Sunday, April 29, 2012

Tip Jimat Tenaga Telefon Pintar

Telefon pintar secara tiba-tiba menjadi kegilaan pada masa kini.  Di mana-mana sahaja pasti dapat melihat individu yang menggunakan gajet canggih itu.

Namun masalah yang sering kedengaran berkaitan gajet dengan pelbagai aplikasi itu adalah ia kerap kehabisan kuasa bateri sehingga ada yang perlu membawa pengecas ke mana-mana sahaja.

Berikut adalah antara langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah bekalan tenaga daripada bateri cepat habis:)


  1. Paparan ~ Hidupkan tetapan automatik kecerahan paparan atau rendahkan tahap keterangan.
  2. Sambungan ~ Matikan sambungan WIFI apabila tidak digunakan kerana ia akan terus mencari sumber sambungan WIFI jika dibiarkan. Cuba guna Bluetooth berbanding WIFI.
  3. Perkhidmatan Lokasi ~ Matikan aplikasi perkhidmatan mencari lokasi kerana ia akan sentiasa mengenal pasti lokasi terbaharu secara automatik.  Ia akan menggunakan bekalan tenaga dalam kuantiti yang banyak.
  4. Data ~ Kurangkan menonton video di youtube kerana sambungan 3G boleh mengurangkan tenaga dengan cepat.  Jika bateri sudah lemah matikan sambungan 3G supaya telefon masih dapat berfungsi untuk membuat panggilan atau SMS.
  5. Perkhidmatan push ~ Matikan perkhidmatan push dan sync latar belakang selain fungsi fetch juga perlu ditukar seting sabagai manual.
  6. Perisian ~ Bagi penggunaan Android.  Muat turun perisian Juice Defender ia berfungsi dengan cara automatik meletakkan set telefon pengguna selain mematikan data pada waktu malam.

Weekend ini

Assalam semua....
Cerita minggu ini cmbiasa2 jugak kene lipat kain, basuh kain,gosok pakaian...hahaha tapi minggu ini nk citenye banyak ckit kene gosok pakaian keje dan sekolah.semuanya untuk 2 minggu.seperti entri sebelum ini ada cite kisah jalan2 kan so planing itu menjadi gak le.  Kata en. suami dia pilih balik kg  sebabnya dh lama dh tak balik rindu sangat dgn suasana kg. Sal teruna sekolah terpaksalh ponteng kelas sehari.hihihi boleh x gini.awal2 lg teruna dh bagitau cikgu kelasnya nk ponteng kihkihkih.klakar asenya.

Sal mkn tengahari lak hari ni mama telah masakan nasi tomato, dalca ayam dan ayam sambal.semua ini hasil rujukan dr My Resepi...tq ye.best sangat..so kita layan gambar ye.  Hidangan yg nak dimakan terus ini tidak dihias bagai....hihihi ala kadar je sebabnya dah nak dimakan.nyumnyum....


ni nasi tomato yg mama buat mengikut My resepi.com.rasanya boley la kan first time buat.anak2 pon suka.


Sambal ayam yg dah selalu buat.....
Dalca yg baru belajar buat tapi menjadi...Air minuman plak adalah jus oren buat hilang sembelit teruna .penyakit yg tak pernah hilang sejak baby lagi....


Thursday, April 26, 2012

Pengganti gula dalam minuman

Baru- baru ini mama ada berborak dengan geng-geng opis mama yang keluarga mama banyak memakan gula dalam sebulan kira-kira 4 @ 5 kg.  Aduh penat mama duk mencari apa yang baik untuk mama lakukan bagi mengurangkan penggunaan gula dalam masakan atau minuman. godek punya godek mama jumpa lah satu artikel ini.


GULA merupakan bahan pemanis utama dalam menghasilkan sesuatu masakan. Rasa kemanisan itu menjadi tarikan kepada masyarakat untuk menikmati masakan seperti kek, kuih muih dan pelbagai minuman.

Sebab itu pengambilan gula merupakan perkara biasa dalam kehidupan harian kita. Ada orang seolah-olah tidak boleh hidup tanpa gula walaupun diri diancam pelbagai penyakit.
Antara masalah kesihatan yang berpunca daripada pengambilan gula berlebihan adalah obesiti, lelah, kencing manis serta penyakit jantung.

Secara ringkas, gula adalah karbohidrat yang mudah diserap tubuh dan bertujuan untuk membekalkan sumber tenaga kepada tubuh badan kita.

Tetapi tahukah kita terdapat pelbagai sumber lain gula yang boleh kita dapati secara lebih sihat. Antaranya daripada nasi, mi dan ubi-ubian.
Selain itu, kita juga boleh mendapatkan bahan penting ini daripada sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai pokok stevia.
Stevia atau nama saintifiknya, stevia rebaudiana merupakan sejenis tumbuhan herba yang mempunyai lebih 10 peratus stevioside pada daunnya dan bahan ini mengandungi 200 hingga 300 kali kemanisan berbanding gula biasa.




Kebaikan stevia

Pokok ini mempunyai pelbagai gelaran antaranya sweetleaf dan sugarleaf serta bagi sesetengah pihak, ia juga digelar daun ajaib yang mengeluarkan manisan.
Kemanisan daripada pokok ini sedikit lambat untuk dirasa tetapi ia akan kekal lebih lama berbanding gula biasa. Ini kerana kelarutan stevia di dalam air sedikit perlahan.
Walaupun begitu, stevia telah mendapat perhatian daripada pengguna bahan rendah karbohidrat bagi pengamal diet dan juga pengguna gula alternatif.

Kajian perubatan yang telah dijalankan menunjukkan keupayaan stevia untuk mengawal penyakit darah tinggi, kencing manis serta hipertensi.

Ini kerana stevia adalah bahan pemanis bersifat semulajadi yang memberikan rasa manis tanpa bahan kimia tambahan seperti glukos atau mana-mana komponen gula lain.
Antara kegunaan stevia dalam produk masakan adalah pemanis untuk pelbagai jenis minuman, ais krim serta gula-gula.

* Boleh lah cubakan!

Menangani tekanan


Mengikut sumber yang mama baca :

FENOMENA stres atau tekanan bukanlah perkara baru yang terjadi dalam masyarakat. Stres amat berkait rapat dengan gaya hidup, perwatakan seseorang, faktor keluarga, tekanan pekerjaan dan kejutan budaya.
Sekiranya tekanan gagal dikawal, ia akan memberikan kesan yang negatif kepada kesihatan emosi, mental dan fizikal. Orang yang tidak mampu mengawal tekanan, ditambah pula dengan iman yang kurang akan cenderung untuk berputus asa dan kecewa.

Akhirnya terjadilah kes kemurungan yang berpanjangan, sakit mental, bunuh diri dan sebagainya.
Dalam Islam, tekanan adalah ujian daripada Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar.
(al-Baqarah:155)

Apabila kita berada dalam keadaan tertekan, terdapat tanda-tanda yang mungkin akan berlaku seperti sakit kepala, letih, mudah marah, cepat terlupa dan sebagainya.
Antara kesemua faktor-faktor berlakunya tekanan, faktor yang paling banyak berlaku ialah tekanan di tempat kerja.

Ini kerana, pada kebiasaannya masyarakat lebih banyak menghabiskan masa di tempat kerja berbanding di rumah. Sehinggakan sewaktu berada di rumah sekalipun masih memikirkan tentang kerja di pejabat.
Akhirnya, kita perlu sedar dan faham bahawa setiap kali kita berdepan dengan masalah, maka setiap kali itulah dosa kita diampunkan. Rasulullah SAW bersabda: "Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang Muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan."
Oleh itu, apabila kita menghadapi tekanan, perbanyakkanlah bersolat dan bersabar. Firman Allah SWT yang bermaksud: Mintalah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang. (al-Baqarah: 153)

Tekanan yang dialami oleh setiap individu adalah berbeza, oleh itu sebagai seorang Muslim haruslah menerima ujian tersebut dengan hati yang tabah dan reda. Mudah-mudahan, berkat kesabaran kita, Allah SWT akan menggantikan dengan keberkatan hidup dan kebaikan yang lain.

InsyaAllah..........

Petua Rawat Tumit Pecah

Jika tumit kaki pecah mahupun merekah, 
tumbuk bawang merah hingga lumat
Tampalkan pada permukaan tumit yang merekah
Hasilnya tumit akan kelihatan cantik dan bersih.

Wednesday, April 25, 2012

Nama-Nama Indah Untuk Anak Lelaki "A"

Di sini mama sempat mencari sedikit nama-nama yang indah untuk diberikan kepada anak lelaki..ianya bermula dengan huruf 'A'

Abu Juhdi     -     Berusaha
Abi karami     -     Murah hati
Abi Nubli     -     Cerdas
Abi Rafdi     -     Pertolongan
Abi Sarwan     -     Dermawan
Abul Auni     -     Yang banyak menolong
Abu farhan     -     Yang banyak menyimpan
Abu Hirzan     -     Yang banyak berusaha
Abul Khairi     -     Yang banyak kebaikan  
Abu Najdi     -     Yang banyak membantu
Abussyamili     - Yang banyak mengumpul
Abul Wardi     -     Yang sangat menyukai mawar
Abhari     -     Lautan
Abaharan     -     Lautan
Abshar     -     Penglihatan
Abthal     -     Pahlawan
Abyat     -     Bait-Bait sajak
Ahmad     -     Terpuji
Adhwa'     -     Cahaya, sinaran
Afandi     -     Gelaran bagi orang yang berpangkat
Amaluddin     -     Cita-cita agama
Amali     -     Cita-citaku, harapanku
Aman     -     Sentosa, keamanan
Abu bakar     -     Gelaran sahabat Nabi yang bersegera
Abu Samah     -     Pemaaf, yang bertoleransi
Afiq     Yang amat pemurah, yang amat berpengetahuan
Afnan     -     Hiasan, keindahan, kesenian
Adabi     -     Kesopananku, kesusasteraan
Adam     -     Ikutan, tauladan, Nama Nabi
Adham     -     Yang hitam, cantik kesan baru
Asyraf     -     Yang mulia
Azfar     -     Yang berjaya, yang menang
Azhar     -     Yang berseri, yang gemilang
Amar     -     Perintah, suruhan, hal
Amin     -     Yang amanah, yang dipercayai
Aminuddin     -     Pengamanah agamas
Azhari     -     Yang berseri, yang gemilang
Aziz     -     Yang mulia, yang kuat, kekasih
Amir     -     Putra, ketua, pemerintah
Aiman     -     Yang bertuah, keberkatan
Asmar     -     Yang hitam manis
Azizi     -     Kesayangan, kekasihku
Azri     -     Kekuatanku, penyokongku
Asna     -     Yang tinggi, yang bersinar
Asnawi     -     yang berseri, yang gemilang
Asy'ari     -     Yang elok, yang berambut lebat dan panjang
Amran     -     Yang memakmurkan
Alauddin     -     Ketinggian agama
Ali     -   Yang mulia, yang tinggi
Aniq     -     Yang kacak
Anis     -     Yang mesra, teman setia
Adli     -     Keadilanku, kelurusanku, balasanku, sukatanku
'Adnan     -     Nama datuk Nabi yang ke 20, yang bermukim, yang menetap pada suatu tempat
Amir     -     Yang memakmurkan, yang mendiami, yang bermukim
Ammar     -     Yang memakmurkan, yang kuat iman, yang lemah lembut
Atiq    -     Yang Indah, yang mulia
Abidin     -     Yang beribadat
Abqari     -     Yang bijaksana, yang kuat
Arif     -     Yang bijak, yang mengetahui
Ariffin     -     Yang bijak, yang mengetahui
Amanna     -     (Kami) beriman
Amar     -     (Dia) Perintah
Amila     -     (Ia) Melaksanakan

bersambung....
       

Gulai kuning udang


Jom kita sama-sama tengok resepinya........

Bahan-Bahan :

Udang
Kunyit hidup
Bawang merah
Lada kering
Ketumbar 
Lengkuas
Santan

Cara-cara :

Sedikit santan + Kunyit Hidup + Bawang merah + lada kering + Ketumbar + Lengkuas (Blanderkan)

Setelah hancur campurkan ke dalam baki santan kemudian masak sehingga mendidih + Garam + Sedikit gula + Asam keping @ Asam jawa  (Secukup rasa)

Masukkan udang sama ada rebus terlebih dahulu atau mentah pon boley..........
Biarkan sehingga keluar sedikit minyak.  Jangan terlebih masak ye nanti pecah minyak.

(Jika nak letak Batang keladi @ Kacang panjang pon boley)
Keladi hendaklah terlebih dahulu direbus dan di toskan ye...

Dah siap....
Senangkan!!!!! 

Kucing kesayangan En. Suami


Cantikkan kucing ni ?
Ni kucing kesayangan en. suami mama yang bernama Abu...
Sebab-sebab nama abu kerana bulunya yang sedikit kelabu.
Walaupun di manjakan tetapi tidak di benarkan di bawa masuk ke ruang tamu.
Mama memang tidak sukakan kucing tetapi soal makan minum kucing memang di jaga.

                                                                 Cantik tak yang ni?
                                    Ini pulak bernama che' Teh sebab bulunya bewarna putih. 
                       Dara memang suka bermain dengan Che' teh ni sebab tak berapa
                               garang sangat boleh di pegang-pegang.  Tapi tetap tidak boleh di bawa masuk umah...hihihi garang  tak mama.!!En. suami pon tak berani bawak masuk umah....

Laksa peneng ala mamanora


Bahan-Bahan :

Ikan Sardin/ selaye ( 8 @ 10 ekor sederhana besar)
Bunga kantan
Daun kesom
Asam keping (secukup rasa)
Bawang merah (2 @ 3 biji yg sederhana besar)
Bawang Besar (1 @ setengah biji)
Cili kering (Ikut kemahuan)
Cili padi

Cara membuat :

 Rebus ikan ( asam keping + sedikit garam)
 Isi ikan rebus + Bawang Merah + Bawang Besar + lada kering + Cili padi
 Masukkan ke dalam periuk + Air (Jangan terlalu banyak air nanti cair yang sedang2 saje)
 Biarkan mendidih kemudian letakkan Daun kesum + Bunga Kantan
 Tunggu sehingga kepekatan yang munasabah,
Masukkan Asam keping + Garam + Sedikit perasa (Secukup rasa)
Bila dah semua rasa mengikut citarasa bolehlah padamkan api.

Laksa boleh dibeli yang segera atau yang kering.  yang kering perlu di rebus terlebih dahulu.

Bila di hidang bolehlah makan bersama ;
# Telur
# Salad
# Nenas
# Timun
# Cili potong

pas tu....makan

  ........ sharing is caring.........


 

Kari kepala ikan

Ini pulak feveret En. suami
Kepala ikan merah agak murah bila dibeli di Pasar Borong Selangor

Bahan-bahan :

Sebiji kepala ikan merah
Santan
serbuk kari
Bawang merah
Bawang putih
Rempah ratus (Bunga lawang + Bunga cengkih+kayu manis+.......)
Halia
Lengkuas
Cili kering @ cili boh

Cara-cara :

Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak
Tumiskan Rempah ratus terlebih dahulu
kemudian terus masukkan bawang merah + bawang putih + halia + Lada kering/cili boh)
Sesudah masak (naik bau) masukkan serbuk kari .
Tumis sehingga naik minyak kemudian masukkan sedikit air
Bila sedikit mendidih masukkan kepala ikan tadi.
Jangan terlalu kerap mengacau atau mengusik kepala ikan nanti hancur ye
hanya sekali sekala je yang penting perlahankan api
Bila dah nampak sedikit mendidih masukkan santan.
Bila dah santan mendidih bolehlah masukkan terung @ bendi
masukkan garam + sedikit gula melaka + Asam keping
Bila dah sedikit naik minyak boleh lah perlahankan api. kemudian letak tepi
jangan biarkan periuk di atas dapur td nanti kuahnya tak cantik....
Makan........

 

Ketam sambal


Ini makanan feveret teruna dan dara.
Kalau mama masakkan lauk ni alamak mama tak makan nasi la....
sebabnya mama lah terpaksa kopekkan untuk dia orang...apa-apa pon mama bekorban untuk teruna dan dara. demi kesukaannya.

Bahan -bahan :

Ketam
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Bawang besar
Sos cili
Gula
Garam

Cara-cara :

Ketam direbus bersama sedikit garam + serai
Bawang merah + Bawang putih + Bawang besar + lada kering (di blanderkan sehingga lumat)
Di tumis dengan minyak panas sehingga masak (hilang bau bawang)
Kemudian masukkan sedikit air supaya ianya berkuah
Selepas nampak mendidih bolehlah masukkan Garam + Sedikit gula + Perasa + Sos cili + Sedikit air asam jawa (secukup rasa)
bagi sesiapa yang gemarkan tomato + serai boleh lah masukkan terlebih dahulu.
Kemudian masukan bawang besar + ketam yang di rebus tadi.
Bila sebati bolehlah di hidangkan.
Makan.........

* mama tidak menghias makanan mama kerana gambar ini di ambil dalam keadaan betul2 dah nak makan.    Rasanya tak perlulah mama hias bagai  cukuplah sekadar begini saje.hihihi


 

Teresek kacang + ayam goreng berempah


Jom belajar makanan orang kampung kami........
Teresek ni makanan yang selalu di sediakan semasa kenduri kendara kt tempat kami...United Jerteh
Amat famous sekali best sangat....hihihi perasan kan?

Jom kita belajar sama-sama:

Bahan-Bahan

Bawang Merah
Bawang Putih (Sedikit sahaja)
Bawang besar
Lada Merah Besar
Lada kering
Rempah kari
Halia
Rempah ratus (Bunga lawang + kayu manis dll)
Kerisik

Cara-cara :
Tumiskan rempah ratus kemudian masukkan bawang merah + putih yang telah di mayang + halia
Bila nampak kekuningan + Lada kering (Di kisar)

Tumis sehingga masak (Hilang bau)
Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air
Tumis sehingga masak@ naik minyak
Masukkan ayam (slalunya kami hanya menggunakan kepak, kaki ayam, lehir)
Sehingga menampakkan sedikit masak + garam + gula melaka (nise)
Bila dah rasa sebati + Santan + Asam keping + Kerisik
Biar kan sehingga menggelegak . Jangan sampai pecah minyak
Angkat ...letak di tempat yang tak panas.. tu je...hidang.

Ayam Rempah simple plak.

Kunyit serbut + Garam + sedikit Ajinomoto  + Serbuk kari + Cili kering
Lumur ke Ayam...Goreng ...Makan



Jom Jalan..

Assalam semua...
dah lama dah rasa tak berjalan-jalan. Teringin la pulak nak berjalan.hehehe sempena en. suami kita ni bercuti seminggu dr kesibukan belajar eloklah rasanya mama ambik kesempatan ini untuk pegi honeymoon yg ke berapa kali kan tak gitu....tapi di mana ye???

Sesekali mama terasa nak pegi ke suasana pulauan. sekali terasa nak ketempat hijau yg luas terbentang sambil menyedut udara yg nyaman.ada jugak terasa nak shopinggggggg je.mentang2 lah tunggakan gaji baru dapat macam2 yg diangankan.  Bukan ape anak2, teruna dan dara asyik cakap je yg kita dah lama dah tak berjalan-jalan....

kesian la pulak lau sebelum ini sebulan sekali mesti balik kampung.  sekarang dah 2 bulan dah tak jenguk mak ayah kt kampung.  Tapi untuk pengetahuan orang yg nun jauh di desa kami teramat rindukan semua. Bila cuti agak panjang nanti barulah kami dapat pulang tapi doakan kami cepat pulang ye.....tapi yang mana satu ni....  Rasanya semua nak...!Boley.........

Apa2 pun kami dalam peringkat perbincangan je pon...harap2 Allah mempermudahkan urusan kami.  ya lah kan kita yang merancang Tuhan yg menentukan....Amin

Tuesday, April 24, 2012

Kata-kata sebelum tidur

Seperti biasalah rutin kami anak beranak seperti yang diceritakan sebelum ini namun malam ni sebelum tidur sambil terbaring di atas katil ni sempat jugak mama coretkan cerita kami anak beranak tuk hari ini. Malam ni mama tunaikan permintaan teruna untuk makan malam dengan bawal sambal. so selamat lah dilaksanakan.  lega rasakan hati seorang ibu bila dapat laksanakan harapan anak walaupun perkara yang dah biasa.  Sekarang teruna pon dah tidur manakala dara masih berkepit di ketiak ni tuk dimanjakan sebelum tidur. mata mama pon dah tak boleh nak bukak dengan seeloknya ngantuk yg amat dah ni. sebab hari ni agak penat sedikit kene drive sendiri ke tempat keje. ok lah sebelum mama tutup untuk malam ni mama sediakan gambar lauk kami malam ini. Wassalam


Ikan bawal sambal ala mamanora.......

Monday, April 23, 2012

Rutin hari ini

Assalam semua...
Seperti biasalah  celik je mata bersiap ke tempat kerja..
turun dari rumah jam 6.30 am masih gelap tak nampak tanah lg bak kata orang tua2. namun pulang kerumah pon gelap gak lebih kurang jam 7.00 pm. hurm gini lah rutin hidup kami hari berganti hari sehinggakan jiran sebelah rumah pon dah lama tak bersua. raya nanti lah agaknya jumpa pulak hihihihi...

Walaupun hari ni agak lewat sampai tapi sempat jugaklah mama masakan lauk permintaan en. suami kita iaitu kerutuk daging dan ikan bawal cermin je...tapi budak berdua ni merajuk lak sebab tak masakan lauk feveret dia orang iaitu bawal sambal.

Tapi mereka berdua tetap memakannya. ya lah nak tak nak kene la jugak makan dah tak de lauk lain dah.  kalau tak berlapar lah malam ni. tapi bila dah makan siap meratah lagi daging tu.so keje mama dah habis lah sebab sekarang kami dah berada di dalam bilik dah bersiap sedia untuk tidur. So selamat malam semua Assalamualaikum.

Sunday, April 22, 2012

Di penghujung ahad

Assalam semua...
Syukur kehadrat Illahi kerana di saat ini masih gagah meniti kehidupan. Rutin hari ini bermula jam 6 pagi tadi. Sekali lagi teramat bersyukur kerana Allah telah kuatkan semangat dan kudrat mama bangkit dr tidur bagi sediakan bekalan untuk suami tercinta .  walaupun semalamnya tidur agk lewat ( seperti yg diceritakan dlm entri sebelum ini) sempat jugak mama sediakan nasi lemak + ayam berempah (ayam tlh diperap terlebih awal).

Suami ke kelas jam 6.45 pg.  bermula saat itu lah mama top up kan tidur plak.  bangun2 jam dah menunjukkan pkul 9.30. am.  Huh mamai jap mama rasa kepala ni manakan tidak matahari dh dikepala.lama dah tak buat keje-keje sebegini asenye tapi badan penat kot sebab uruskan budak berdua ni macam urus sepuluh budak.hihihi sehingga saat ini pon masih berperang dgn budak berdua tu. teruna dan dara masih berlegar-legar dibilik ni tak boleh-boleh tidur lagi esok nak sekolah.biasalah kalau mama tak baring sekali alamak lambat lagi la dia orang tidur.

Sekarang dengan rasmi lah mama nak tutupkan tugasan hari ahad ini.  Semua keje dah mama setle kan gosok baju untuk seminggu terus bagi semua insan dirumah ini, periuk belanga telah di lingkupkan semuanya, keje sekolah+ pilih jadual teruna dah selesai, lipat semua segala pakaian yg berjangkamasa seminggu sudah dan semua lah dah setle...huh sekarang mahu tidur sudah. esok keje malasnye ase.. Wassalam

Saturday, April 21, 2012

Hanya untuk MU

As salam...
Sekarang waktu hampir pukul 2.00 pagi semasa entri ini di tulis. mata mama telah terasa ngantuk yg amat ni.camne ni  ngantuk tapi mama telah berjanji dengan En. suami untuk menemaninya study.  Nampaknya en. suami masih tekun mengulangkaji pelajaran disebabkan esok ada test ...

Kata encik suami esok ada test Material Enggenering.ayoooo mama tak paham pepe pon.  sekarang yang mama paham hanyalah tidur..huhuhu mama kene kuatkan mata dan kudrat untuk duduk di sebelahnya malam ni...agak-agaknya apa yang boleh hilang ngantuk ye? TIDUR zzzzzz

Mee kari


Mee kari adalah feveret en. suami. Resepi mee kari ni adalah dari ibu mertua mama. Sekarang jom sama - sama tengok camne nak masaknya.

Bahan-bahan :

Bawang Merah ( 2 biji saiz besar)
Bawang putih ( 2 @ 3 ulas)
Cili kering ( 7 @ 8)
Taucu ( 1 @ 2 sudu)
Rempah kari ( 3 @ 4 sudu)
Kerang (ikut kemahuan)
Ubi Kentang ( 6 @ 7 biji sederhana besar)
Mee kuning
Taugeh celur
Tauhu goreng/digorengkan
Sawi celur
Telur kalau mahu
Daging lembu/Tulang
Serai

Cara-caranya:

a.  Bawang Merah + Putih + Cili kering di kisar
b.  Kerang di rebus dan di kopek isi
c.  Ubi kentang direbus, kemudian di kopek kulit dan di hancurkan (Blander)
d.  Daging di rebus dengan air yang banyak untuk dibuat kuah

......Bahan a di tumis sehingga naik baun
......kemudian masukkan rempah kari
......Biarkan ia naik minyak + serai + taucu
......masukkan kerang +  daging + tauhu sehingga sebati (b + d)
......masukkan ubi kentang yang telah di hancurkan (c)
......Bila dah sebati masukkan air rebusan tulang/daging
......kemudian tunggu sehingga gelegak.
......Sekiranya inginkan kuah yang pekat biarkan lama mendidih
.....Bila dah mendidih masukkan bahan perasa seperti garam + asam keping/asam jawa
     + Ajinomoto  +  Gula (ikut citarasa sendiri)

Sekiranya berpuas hati dengan rasa bolehlah letakkan telur rebus + sawi + bawang goreng + lobak jeruk dan sebagainya......makan.....sekian

* sharing is caring




Nasi ayam

AsSalam semua....
hari ni walaupun mood tak berapa ok namun mama tetap menjalankan tanggungjawab menyediakan bekal tuk en. suami ke kelas.hari ni mama sediakan nasi ayam. masak yang senang-senang je janji ada dan boleh jimatkan duit en. suami. lau ada labih boleh kasik mama..hum...


Untuk 2 orang lagi rakannya pon juga turut dibekalkan. bukan ape kt UTM Space susah ckit nak dapatkan makanan yang berat seperti nasi. so bila dah ada bekal senang lah terus je makan tak membazir waktu lagi pon rehatnya kejap je pon...isteri senang perut suami kenyang....wassalam

Friday, April 20, 2012

jiwa kacau

Rasa malas nak menaip entri ni tp ase bosan duk kt bilik sesorang, teruna dah tidur manakala dara temankan en. suami nonton tv kt bawah so taip gak lh.  rentetan dari kematian suami kepada kawan opis mama sehingga hari ini masih teringat wajah, kisah dan kehidupan seluruh kuarganya. bila dikenang hati ini menjadi sebak tak tentu arah. semua kerja bagaikan sukar dilakukan.

 semua insan disisi menjadi bahan amarah hati ini. bermula pagi tadi hati ini asyik beremosi je.pg td dara dan en.suami telah sentap dgn amarah ku.namun mama mohon berjuta kali maaf ye..ianya berlarutan sehingga tengah hari.kebetulan ada sahabat opis mama membaca blog rahsia salah seorang bekas kawan dh kot skng ni dh istihar mls kawan menceritakan perkara yg mama tak suka dan sentap bila baca.  bertambahlah hati ini keciwa sangat.kenapalah persahabatan yg dihulurkan tidak iklas menerimanya.

kemudian, petang plak Allah menguji kesabaran hati ini dengan ketiadaan lansung parking kt sekolah dara padahal waktu tu dah pukul 6 petang dah pon...nape?sehinggakan beberapa kali berligar-ligar di PD.huhuhu memang hati panas sangat dah le en. suami bagitau dah lewat sangat yang dia lambat abis mesy paksa mama plak uruskan anak-anak bertambahlah jiwa ini kacau..sesudah selesai mama hanya bole berdiam sahaja sehingga lah en. suami siap masak malam ini.

seharian mama berfikir kenape jiwa ini kacau sebegini rupanya minggu depan mama akan angkat bendera merah..hihihi wassalam

Doa - Iftitah

Melalui doa IFTITAH yang dibaca, kita akan dapat menghayati perkara berikut :

Berdepan dengan pemerhatian Allah 
yang mengetahui zahir dan batin

Rasa malu kalau melanggar perintah Allah
samada meninggalkan yang wajib 
atau melakukan yang dilarang

Berazam akan memperbaiki diri ke arah 
menjadi muslim yang sebenar

Berhati-hati dalam tindak tanduk yang akan
dilakukan di masa depan

Melaksanakan segala perintah Allah
Meninggalkan segala yang di larang.


* Sharing is caring

Thursday, April 19, 2012

Menamakan anak

Di dalam islam, kita dianjurkan supaya memilih nama-nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita. Ini kerana nama itu akan menjadi pengenalan dan panggilan kepada anak kita seterusnya melambangkan dan membezakan antara kita dengan orang lain lebih lagi antara muslim dengan yang bukan muslim.

Menamakan anak dengan nama-nama baik adalah SUNAT?Ini karana dengan nama-nama itulah juga Allah akan memanggilnya di akhirat nanti.

Dalam menamakan anak ini syarak telah menetapkan beberapa panduan untuk memilih nama anak spt:
  • Memberi pengertian dan maksud yang baik.kita dilarang untuk menamakan anak-anak dengan nama yang buruk yg boleh menjejaskan kehormatan dan menjadi sendaan dan memalukan.
  • Jangan namakan anak dengan nama-nama yang mencemarkan atau pelik-pelik, yang sukar untuk dimengertikan maknanya.
  • Jangan namakan anak dengan nama-nama yang khusus kepada nama Allah seperti Ahad, Ar-Khalid dan sebagainya.  Sekiranya nama ini hendak diberikan kepada anak kita hendaklah disertai dengan nama lain di hadapannya seperti abdul Rahman, abdul Khalid dan sebagainya.
  • Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (Hamba) kepada lain dari Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Nabi (Hamba kepada nabi) dan sebagainya. Ulama bersepakat mengatakan bahawa menamakan sedemikian adalah HARAM.
  • Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama orang bukan islam seperti Jon, Sally dan sebagainya.
* Sharing is caring

Wednesday, April 18, 2012

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus

Tunjukkanlah kami untuk menjadikan 
Al-Quran sebagai 
panduan dalam segala aktiviti hidup yang kami lalui

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam
mendekatkan diri kepada Engkau.

Tunjukkanlah kami jalan lurus dalam menunaikan ibadat-
ibadat fardhu agar ia menepati cara yang telah
ditunjukkan oleh Rasul Engkau kepada kami.

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam mengamalkan 
amalan-amalan sunat yang telah di ajarkan oleh 
Rasulullah kepada kami.

Tunjukkanlah  kami jalan yang lurus dalam kami
membersihkan diri daripada dosa-dosa yang kami telah lakukan.

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam mengamalkan
zikir-zikir yang telah disunnahkan oleh Rasul Engkau
 kepada kami.

Tunjukkanlah kami jalan yang
 lurus dalam ketika
menuturkan perkataan samada dalam keadaan suka atau benci.

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam menjalani
kehidupan berkeluarga agar ia menjadi ibadat yang
Engkau berikan ganjaran syurga.

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam mendidik
 anak-anak agar mereka menjadi anak yang soleh dan
 mendoakan kami apabila kami telah mati kelak.

Tunjukkanlah kami jalan lurus dalam menyelesaikan
masalah-masalah yang timbul dalam keluarga kami.

Tunjukkanlah kami jalan lurus dalam menjalani kehidupan
berjiran dan bersosial di kalangan ahli masyarakat.

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam menyanyangi dan
membenci seseorang dalam kehidupan bermasyarakat.

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam memilih sistem 
pemerintahan dan pemimpin di kalangan kami.

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam usaha
 mengembangkan agama islam di kalangan orang islam 
dan orang bukan islam.

Tunjukkanlah jalan yang lurus dalam kami menjalani
kehidupan di dunia ke arah kami mendapat redha dan
syurgaMu di akhirat kelak


......bersamalah kita ......

Tuesday, April 17, 2012

Solat

Solat adalah tiang agama...

  • Solat adalah tiang agama.  Sesiapa yang mendirikannya dengan sempurna bermakna dia telah mendirikan agama dengan teguh dan sesiapa yang meninggalkannya bermakna dia telah meruntuhkan agama.  Solat juga adalah intipati perjanjian antara Allah dan hambaNya.  Sesiapa yang meninggalkan solat maka bermakna dia telah memutuskan janji dan ikatannya dengan Allah.
  • Solat adalah kewajipan pertama yang akan dihisab di hari akhirat kelak.  sekiranya solat ditunaikan dengan baik maka akan baiklah amalan-amalan lain.  Sekiranya solatnya rosak maka akan rosaklah semua amalan yang lain.
  • Meninggalkan solat adalah antara dosa yang paling besar dan maksiat paling dahsyat di sisi Allah.  Allah telah mengancam orang yang meninggalkan solat di dalam Al-Quran dan melalui lidah NabiNya bahawa Dia akan merasakan azab yang dahsyat kepada orang yang meninggalkan solat.
  • Kesan daripada seseorang insan tidak menunaikan kewajipan dan melanggar batasan larangan haram yg terdapat dalam syariat islam ialah agamanya akan semakin lama semakin menipis.  Apabila keadaan seperti ini berjalan dalam tempoh yang lama, maka penghayatan agama di dalam diri insan akan hilang.

*Peringatan untuk diri sendiri juga

Takziah

As salam...
Hari ni rabu yang amat memberi kesan kepada diri mama, jiwa mama memang tak tenang dan sedih yang amat. Suami kepada sahabat mama Zaini telah pergi untuk selama-lamanya.  Tak tahu nak tuturkan perkataan yang bagaimana kepadanya bagi menenangkan hati dan perasaannya bila dia hubungi mama tadi.  Mama adalah salah sorang sahabat yang banyak mengetahui susur galur hubungan rumahtangganya.  Sekarang mama terbayangkan anak-anaknya yang masih dalam pantang dah sebaya dengan kedua-dua anak mama. hah......harap kawan mama tabah dalam menghadapi dugaan ini. Kepada Arwah suaminya agar ianya dicucuri rahmat oleh Maha Esa. Kepada kawan-kawan mama yang lain diharap dapat menghargai hubungan kekeluargaan. Wassalam

Monday, April 16, 2012

Selasa yang kelam kabut

As Salam semua......
Hari ni hari yang paling kelam kabut bila nak ke opis jam 6.30 pagi manakan tidak kan, bila semua dah ready start je kete tak hidup lak..Si kancil tu dari semalam lagi menunjukkan tanda-tanda rajuknya asyik menyala je lampu bateri. Manakala kete yang satu lagi tu wira je pon pon rosak.  enjinnya tak hidup gak...adoyai!!!pagi pagi buat hal la plak.

 So, En. suami rileks je pon kami je lah yg cuak sebabnya nanti teruna lewat masuk perhimpunan mesti lah kene marah kat cikgu kan. Pas2 teruna biasalah nak jaga macho lah tu....!kan nangis plak kan. hihihi.  Bila en. suami gunakan kepakaran yang ada maka kami pon dapat lah bertolak ke Putrajaya.  Fuh...gila lega mama.  Nasib baik le teruna sampai ke sekolah masih di kira waktu yang selamat baginya..Tersenyum je dia!

Di Dalam perjalanan saya terpikirkan cakap-cakap kosong antara mama dan en. suami semalam.  Adakah ke dua-dua kete ni dah merajuk hati dengan kata-kata kami semalam ek?  Kalau lah benar camne ek? tapi tu cuma perancangan atau omongan yang tak tahu bila akan jadi kenyataan pon kot..........!harap-harap jangan ngajuk ye.

Friday, April 13, 2012

Semalam punya cerita

As salam semua....
syukur.. akhirnya en. suami  telah tunaikan janjinya tuk bawak kami semua ke SOGO, KL.semalam dapatlah mama tunaikan niat mama tuk kasik hadiah sempena birthday en, suami.  tq lah buat en. suami kerana bawak kami.huh.... nak cite kt cni sejurus tamat keje lebih kurang jam 6.30 ptg terus je terjah ke kl namun terlalu perit terpaksa kami alami keadaan kesesakan jalan kt kl....fuh peritnya....kalau lah gni keadaannya tak kuasa mama nak ye kan cadangan en. suami.namun setelah berjam2 di jln raya kami sempat gak sampai kul 9.00 mlm lg sejam je sogo dah nak tutup.

..hihihi gile stress mama time tu.tp tak pe en. suami ckup pantas memilih barangan yg tlh ditargetnya.cukup manfaatkan budget mama.syabas buat en. suami ats comitmen itu kahkahkah.ops...jangan tak tau mama pon dapat gak hadiah yg en. suami kasik lebih kurang dgn budget mama gak.huhuhu..o rupanya  sape yang kene.upenya budget en. suami lg banyak habis dr mama manakan tidak semua dapat dgn teruna 2 3 jenis, dara 3 4 jenis ditambah mama jugak dapat...aik pelek sape yg sepatutnya berhabis kan?berbaloi baloi......

Thursday, April 12, 2012

ada satu kisah....

AsSalam semua....
syukur baru skrang mama baru boleh melabuhkan bontot mama ni ke sofa yg tak seberapa empuk ni.walaupun hari ni mama tak masak hnya mkn kt luar je tapi mama tetap penat melayan karenah teruna dan dara.  enchik suami terchinta dah pegi study dgn kawan2 nya dh kt putrajaya tinggal lah mama sendirian urus bebudak ni...penat sangat layan dia org.  teruna dengan keje sekolahnya yang belambak nk disiapkan manakala dara yg terlebih manja jelesssnye bila mamanya asyik dgn teruna je penat memujuk rajuknya tu..kemas pakaian lagi tuk esok dan macam2 lah.however mama enjoy dlm kehidupan ini...Amin Ya Rabbi...

Wednesday, April 11, 2012

hari ini punya cerita..

As salam....
camne dengan kawan2 semua cukup sihat x.ok hari ni punya cite tak de cite la...hihihi.  post sy yg sebelum ni ada cite yg enchik suami kita ajak p shoping2 kan kt SOGO tp kan hari ni punya cite tak pegi pon hihihi padan muka mama sebabnya ape kan enchik suami kita tak larat smlm study sampai kul 4 pg...huhuhu skali ada gk ase nk ngajuk ni tp mama msih waras lg ni..ahaks.tp dara dan teruna pon duk mengajak je ke funfair kt tesco tu katanya x pernah pegi ag. tp mama ni tak boleh nak kata apa lah yg punya kuasa kekanda terchinta..ok lah nanti lau petang  ada cite ag mama up date lg ye...bye Assalamualaikum

opsssss....AsSalam semua, skng jam 9.25 mlm mama sambung lagi kisah hari ni .petang td anak anak mama teruna dan dara disambar pak saudaranya ke nilai 3...jadi mama dan en. suami ambil kesempatan lah kepasar tuk jenguk2 lauk apa yang nak dibeli minggu ni.so mama berjalan lah berdua seiring dan sejalan.sekali sekala mama rasa best jugak kan...hihihi.

kisah teruna dan dara lak dengan pak saudaranya..fuh sah2 kene sembelih dgn dua orangni yang dara lak pau mainan manakala teruna lak mainak gak masing2 panjang akal dalam mengepau....skali skala apa salahnya kan uncle wa...






Monday, April 9, 2012

Sedih Dan Gembira

Assalamualaikum...Syukur kehadrat Illahi kerana hari ini masih bernafas dan boleh menjalankan aktiviti seperti biasa datang ke tempat mencari rezeki.  Hari ini banyak sangat perasaan bercampur gaul dah jadi macam kerabu nangka dah...lau di makan dengan kerutuk daging best gak ni kan...tak gitu!

*S*E*D*I*H
Hari ni perasaan mama sedih sangat sebab bangun-bangun je pagi tadi terkejut dengan keadaan kesihatan dara yang agak teruk panasnya macam bara bak kata teruna letak telur pun masak...kihkihkih sempat agi mama senyum ye...Bila dah panas sangat badan dara abahnya cepat-cepat bawak ke Klinik Putrajaya terus sebabnya dah beberapa bulan dara demam berlarutan tapi ni dah lama berlarutan asal malam je badan panas....takutnya mama kot-kot dara ada penyakit yang berbahaya!!!(Tuhan ku tolong lah jangan biarkan anakku mengalami masalah sedemikian sambil melangkah menyiapkan urusan rumah tangga pagi tadi....)

Awal  pagi dah sampai kt klinik Putrajaya setelah drop kan teruna kt Sekolah Rendah Presint 16 (2).  Bila dapat saringan terus dara ke makmal tuk di ambil darah.  dara menangis tersedu-sedu katanya sakit sangat bila jarum tercucuk kat tangan semasa proses pengambilan darah tadi  pas2 banyak le plak di ambilnya.  Seram mama... teringat le plak semasa mengandung dulu-dullu..huhuhu mama takut sesangat tapi nakkan  baby baru, camne tu?

Setelah selesai dara terus ke bilik 31 jumpa MA. Syukur sangat dara tak ada sebarang penyakit asing yang merbahaya just MA cakap  hanya ada TONSIL je...tapi ianya kecik je lagi. Apabila sihat tak demam dara harus di bawa kembali untuk temujanji TONSIL tu.  Harap-harap tak de apa-apa le..sebabnya lau tonsil tu memang ada di kala tidak demam dara perlu di operat buangkan benda tu...ngeri jugak mama dengar, tapi mama tetap bersyukur lah dara tak punya penyakit yang lain-lain macam.hihihi


*
Dara semasa menjalani rawatan.  Mukanya pucat sesangat.  Terkejut bila di cucuk di tangan. 
*GEMBIRA*
Apatah mama gembira sangat ni.....ar ah.. hari rabu ni CUTI bersempena dengan hari Pertabalan yang di Pertuan Agung ke ape...hahaha mama lupa x pe le cuti ape pun janji cuti.  Dalam calendar ni tak di nyatakan cuti pe pe.  hihihi En. suami janji dengan mama semalam sambil berehat-rehat anak beranak di atas katil katanya nak bawak ke KL SOGO tuk shoping-shoping..bestnya dah lama mama tak jejalan dan shoping bersama dengan family. ye lah kan en. suami dah masuk ke alam Siswazah ni kan....bz nye lain macam ckit banyak topik nak kene cover katanya.  mama pon kene lah paham kan..ok lah nanti kita tengok apa yang mama shoping nanti entah-entah duk kt umah je...baru lah padan muka mama excited sangat nak shoping.  niat hati nak le shoping hadiah hari jadi en. suami sebabnya en. suami kita ni lau nak belikan barangan pakaian kene lah bawak tuannya sebabnya bentuk badan en. suami kite ni special ckit susah sesangat dan kene. patern model-modul katanya hukhukhuk.tak de der surprise-surprise ni .

Saturday, April 7, 2012

tibalah masanya...

As salam semua...
semalam tibalah hari jadi my hubby..ianya berlalu begitu saje. ye lah kan  en. suami sejak 2 menjak sambung belajar punyalah cbuk aje tak sempat nak buat ape pe. nak membeli barang tuk buat kek pon tak sempat apatah lagi nak ke kedai kek tuk tempah kek nantikan kene pegiiii ambik lagikan. tak de le surprisenye sebab ape en. suami gak yang kene bawakkan mama ke sana kan!!!.lau hari keje pon sibuk dgn study group le... apatah ag hari sabtu dan ahad dah memang ada kelas je....tension jugak lah mama skng ni, lansung tak de masa nak kuar kuar..,..hari minggu lak mama tak blh kuar sebab en. suami slalu guna kete mama si kancil tu...mama x pandai lak nak guna kete en. suami...hihihi peeerak orgnya kan:) kata en. suami kete mama senang bila nak parking and paling best jimat minyak... budget  nampak  huhuhu. ok lah tak pe lah mama pon suka gak lau laki mama pandai berjimat cermat ni duit yang lebih blh le belikan barang keperluan mama ahhak.... walau bagaimana pon mama tak nak lah plak menjadikan ini sebagai alasan mama cuba jugak tuk sediakan kek tuk en. suami walaupun tak seberapa....sementara en. suami kt kelas hari sabtu, malam baru balik so mama buat lah projek kek coklat moist dengan anak-anak. nasib baik anak-anak pon sporting gak le...walaupon kek yang mama buat ni tak lah seperti yang kita belikan kat kedai namun ianya bersih lagi halal..ye ye je mama ni kan bukan apa nak kata lebih baik le suami makan air tangan isteri kan!!!Iklas dari hati mama tuk en. suami terchinta.

  • ok ye kita layan dulu gambar yg disediakan...


Ni kek cawan tuk teruna dan dara.....mereka dah susun dalam bekas tuk mereka berdua bawak tuk kawan masing-masing.
Ni kek yang di ambil gambar oleh dara kerana terlalu excited sebab dia pon terlibat sama dalam projek kek ni. Atas periuk mama lagi dara letak kek tu...tak pe lah kan nampak kekreatifan dara.


Ni lah rupa bentuk kek coklat moist mama yang belum di mac up lagi.  tapi mama pon buntu nak mc up kan camne .sebabnye barang-barang kat umah tak de yang menarik.  walau pon begini bentuknya tapi rasanya menepati jugak lah piawaian sebijik kek.  memang kek mama kali ni agak menjadi lah. tersangat lah berpuas hati sebab teksturnya lembut dan moist sangat...huhuhu teruja rasanya setelah mampu menyediakan sendiri kek untuk my hubby walaupon mama ni pandainya tak seberapa..hihihi terima lah en. suami buah tangan mama tuk hari jadinya yang iklas dan paling jimat kosnya..
 

Ni kek yang telah di tambah dengan toping coklat dan icing putih aje sebab tak de pewarna.  mama ni tak pandai serta tiada bakat semula jadi nak buatkan kek tu menjadi cantik kerana tindak tanduk mama terlalu kasar dan nak cepat siap je. lain kali mama nak buat dengan tekun dan fokus. lagi pon ni merupakan kali pertama mama membuat icing tuk tulis-tulis tu....tak pe lah ni sebagai permulaan mama mencuba.