Menamakan anak dengan nama-nama baik adalah SUNAT?Ini karana dengan nama-nama itulah juga Allah akan memanggilnya di akhirat nanti.
Dalam menamakan anak ini syarak telah menetapkan beberapa panduan untuk memilih nama anak spt:
- Memberi pengertian dan maksud yang baik.kita dilarang untuk menamakan anak-anak dengan nama yang buruk yg boleh menjejaskan kehormatan dan menjadi sendaan dan memalukan.
- Jangan namakan anak dengan nama-nama yang mencemarkan atau pelik-pelik, yang sukar untuk dimengertikan maknanya.
- Jangan namakan anak dengan nama-nama yang khusus kepada nama Allah seperti Ahad, Ar-Khalid dan sebagainya. Sekiranya nama ini hendak diberikan kepada anak kita hendaklah disertai dengan nama lain di hadapannya seperti abdul Rahman, abdul Khalid dan sebagainya.
- Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (Hamba) kepada lain dari Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Nabi (Hamba kepada nabi) dan sebagainya. Ulama bersepakat mengatakan bahawa menamakan sedemikian adalah HARAM.
- Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama orang bukan islam seperti Jon, Sally dan sebagainya.
* Sharing is caring
No comments:
Post a Comment