hari ni mama berkesempatan untuk mencari ilmu dalam mendidik anak-anak. Sekian lama mama gusar dalam mendidik anak-anak mama dengan kaedah dan teknik yang betul...Dalam mendidik anak-anak adalah bukan senang dan perlu banyak bersabar. Pastinya kita perlu berbanyak bersabar dengan anak-anak bahkan dengan suami juga. Mama perlu bertoleransi dan berbincang sentiasa dengan en. suami. Ini kerana berlaku banyak perselisihan pendapat dan kaedah dengan en. suami.
Kekadang mama buntu dan sedih kerana di dalam mendidik anak-anak sentiasa berlaku kecelaruan dan tidak konsisten dalam mendisiplint kan teruna dan dara. Ini kerana sebagai mama banyak bermain dengan emosi manakala si suami mungkin jiwanya kental dan tegas tak berubah.
Mama sentiasa cuba untuk memberi pendekatan nasihat dan leteran. Bagi mama kekerasan adalah salah dalam mendidik anak yang berumur 7 tahun dan 5 tahun. Adalah tidak adil sekiranya kita ibu bapa menyekal minat dan aktiviti yang menyeronokkannya seperti menonton tv siaran kegemarannya dalam sehari. Namun ianya perlu di kawal waktunya supaya seimbang. Walaubagaimana pun dalam mencari artikel-artikel mengenai didikan anak-anak mama terbaca artikel dari blog ini (Jutaan terima kasih kerana apa yang saya cari dapat di blog ini). Ianya amat menarik perhatian mama. Kawan-kawan pon bolehlah menambahkan pengetahuan dalam hal ehwal mendidik anak. Terima
7
Kaedah
Mendidik
Anak
Cemerlang
–
Dr.
Fadzilah
Kamsah
Kaedah dalam mendidik anak-anak supaya cemerlang sebenarnya tiada formula
khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang
luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.Menurut Datuk Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.
Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:
Tahap pertama:Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.
Tahap kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
Tahap ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
Tahap keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.
1.
Kaedah
pesanan
dan
arahan.
Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh
Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu
terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya
hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan
berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan
kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa
bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan
baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :- Mengenai solat di awal waktu
- Adab dengan orang tua-tua
- Adab dengan guru
- Adab dengan kawan-kawan
- Tugas harian di rumah
- Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
- Tatacara makan mengikut sunnah nabi
- Cara belajar yang berkesan
- Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
- Keselamatan jalan raya
- Tanggungjawab melindungi adik-adik.
2.
Kaedah
Bercerita
Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya
kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan
bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam
minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang
boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak
dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas
dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.
3.
Kaedah
Soal
jawab
Kaedah ke-3 dalam mendidik anak cemerlang ialah dengan bersoal jawab.
Bersoalajawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang
cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak
dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah
dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti
ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.
4.
Kaedah
merujuk
pengalaman
lalu
Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif
boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen
atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah
untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan
iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa
perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau
peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.
5.
Kaedah
nasihat
dan
teguran
Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah,
akhlak, tanggungjawab, kesihatan,
suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan
kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat
setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan
bosan.Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.
6.
Kaedah
bermain
dan
bergurau
Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau
dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan
anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau
dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.
Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.
7.
Kaedah
latihan
yang
berterusan
Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini
juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu
dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada
beberapa ciri diantaranya :-a. Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.
b. Usia
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.
Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.
Sumber: Majalah Wanita November 2005 - 7 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang oleh Noraishah Ismail