Saturday, April 21, 2012

Hanya untuk MU

As salam...
Sekarang waktu hampir pukul 2.00 pagi semasa entri ini di tulis. mata mama telah terasa ngantuk yg amat ni.camne ni  ngantuk tapi mama telah berjanji dengan En. suami untuk menemaninya study.  Nampaknya en. suami masih tekun mengulangkaji pelajaran disebabkan esok ada test ...

Kata encik suami esok ada test Material Enggenering.ayoooo mama tak paham pepe pon.  sekarang yang mama paham hanyalah tidur..huhuhu mama kene kuatkan mata dan kudrat untuk duduk di sebelahnya malam ni...agak-agaknya apa yang boleh hilang ngantuk ye? TIDUR zzzzzz

Mee kari


Mee kari adalah feveret en. suami. Resepi mee kari ni adalah dari ibu mertua mama. Sekarang jom sama - sama tengok camne nak masaknya.

Bahan-bahan :

Bawang Merah ( 2 biji saiz besar)
Bawang putih ( 2 @ 3 ulas)
Cili kering ( 7 @ 8)
Taucu ( 1 @ 2 sudu)
Rempah kari ( 3 @ 4 sudu)
Kerang (ikut kemahuan)
Ubi Kentang ( 6 @ 7 biji sederhana besar)
Mee kuning
Taugeh celur
Tauhu goreng/digorengkan
Sawi celur
Telur kalau mahu
Daging lembu/Tulang
Serai

Cara-caranya:

a.  Bawang Merah + Putih + Cili kering di kisar
b.  Kerang di rebus dan di kopek isi
c.  Ubi kentang direbus, kemudian di kopek kulit dan di hancurkan (Blander)
d.  Daging di rebus dengan air yang banyak untuk dibuat kuah

......Bahan a di tumis sehingga naik baun
......kemudian masukkan rempah kari
......Biarkan ia naik minyak + serai + taucu
......masukkan kerang +  daging + tauhu sehingga sebati (b + d)
......masukkan ubi kentang yang telah di hancurkan (c)
......Bila dah sebati masukkan air rebusan tulang/daging
......kemudian tunggu sehingga gelegak.
......Sekiranya inginkan kuah yang pekat biarkan lama mendidih
.....Bila dah mendidih masukkan bahan perasa seperti garam + asam keping/asam jawa
     + Ajinomoto  +  Gula (ikut citarasa sendiri)

Sekiranya berpuas hati dengan rasa bolehlah letakkan telur rebus + sawi + bawang goreng + lobak jeruk dan sebagainya......makan.....sekian

* sharing is caring




Nasi ayam

AsSalam semua....
hari ni walaupun mood tak berapa ok namun mama tetap menjalankan tanggungjawab menyediakan bekal tuk en. suami ke kelas.hari ni mama sediakan nasi ayam. masak yang senang-senang je janji ada dan boleh jimatkan duit en. suami. lau ada labih boleh kasik mama..hum...


Untuk 2 orang lagi rakannya pon juga turut dibekalkan. bukan ape kt UTM Space susah ckit nak dapatkan makanan yang berat seperti nasi. so bila dah ada bekal senang lah terus je makan tak membazir waktu lagi pon rehatnya kejap je pon...isteri senang perut suami kenyang....wassalam