Monday, February 4, 2013

Makan Angin Keluar Asap (Part 1)

As salam semua...
moga orang tak jemu membaca blog mama. Kalau dah jemu atau menyampah di nasihatkan janganlah lagi membuka blog mama ini.  Ini kerana blog mama ini hanya lah coretan peribadi untuk anak-anak mama dan saje suka-suka...Manalah tau kan tua nanti boley baca balik.

Cuti minggu lepas sempena Hari Wilayah, Jumaat... tiba-tiba planing mengejut menjadi...Slalunya tak jadi je..Tapi memandangkan En. suami dalam mood cuti semesta jadi ianya berjalan lancar...Kami berangkat ke Cameron Highland jumaat malam...Sampai di sana lebih kurang pukul 1.00...pagi jumaat. Tu kami sempat lah menikmati bayaran hotel yang murah sebabnya di kira hari biasa..Hotel kami nginap 'Country Lodge' betul-betul belakang Balai Bomba dekat sangat dengan pasar malam...Satu malam hanya RM118 je...Hotelnye pon selesa bersih...itu yang penting..Bau nya harum je..walaupun murah. Tapi malam kedua kami telah di caj pada harga lebih kurang RM200. Caj tambahan tilam RM30 je...Ok lah kan untuk anak beranak kami..yang penting boleh bercuti macam orang lain gak...walaupun dalam keadaan yang tidak mewah. Kami anak beranak memang sporting terutama en. suami...


Ni lah pintu depan Hotel kami nginap



Tangkap gambar dulu spukol...sebelum kuar makan pada hari pertama



Cantikkan bunga ni macam tanglung...Bunga ni nampak unikkan...Mulanya mama ingat tuan punya hotel ni gantungkan tanglung kat pokok upenya sememangnya itulah bunganya...

Lokasi mama yang pertama ialah ke ladang sayur...kat sana tak sempat nak ambik gambar sebabnya gairah nengok salad dan tomato...anak-anak pon asyik nak tarik-tarik je buah tu..mama terlebih protect anak-anak...nantikan di marahnya uncle kebun tu...Nak beli sikit je tapi di baginya berkotak-kotak tomato, salad dan kubis...hurm...berbaloi-baloi..bolehlah diberikan jiran depan rumah dan opis..Ek...lupa sebelum tu kami break first kat medan selera je...macam-macam pilihan dan harganya biasa-biasa saje...rasanya boley la asalkan melayu muslim masak...mama ok je..


Berselera je adik makan...mama dan abah tunggu makanan

Kemudian...kami balik kehotel dah sebabnya waktu tu dah pukul 12.00 tengahari en. somi  nak sembahyang jumaat.  Selepas makan tengahari kat medan selera yang sama jugak ..baliklah kebilik berehat...penat tapi sejuk je...syoknya tidur...

Sambung ke entry seterusnya ya..........kering kontang ni..