Assalam...
masih dalam bulan syawal walau dihujung bulan sudah....Open house masih ada sana sini tak henti-henti tak kiralah hari kerja ke...weekend ke...semua belumba buat open house..tapi saya tak buat pon ini taun....
Tapi weekend lepas hari sabtu memang kami abaikan open house, maaf ye bagi yang sudi mengajak ye....kami memberi ruang kepada adik kepada suami saya yang datang bertandang ke rumah dari Kota Bharu...Selepas mereka berkahwin ni lah kali pertama mereka datang ke rumah...masing-masing sibuk dah bila jadi HO di Salah sebuah Hospital Di Kota Bharu...
Permintaan pertama pasangan ini adalah merealisasikan minat anakkandanya yang sukakan binatang...jadi mereka nak ke Zoo Negara..Kami bersepakat pergi ke Zoo dengan. MAk aiii....tiket masuk Zoo sekarang bukan main dah untuk dewasa tak silap 46 hinggit lebih kurang, untuk kanak-kanak 18 hinggit ke 16 hinggit dah tak ingat...bukan saya yang bayarkan kan....tu yang tak kisah berape tu kan...en somi kan haddo...
Rasanya Zoo sekarang tak de yang menarik sangat pon dah...rasa suasana yang dah cukup tua, tiada pembaharuan pun seiring dengan kenaikan harga...pandangan lagi macam semak dan sedikit tidak menarik....Semua tempat singgah dengan berjalan kaki ajo...sebabnya bila nak naik bas ke ape tu pon kena bayar lagi...rasanya tak berbaloi pon...Saya rasa Zoo negara perlukan perubahan dalam semua segi ...
Mereka juga perlukan penambahan binatang-binatang yang boleh menarik perhatian pengungjung lagi, ubahkan persekiran supaya menjadikan lebih ceria dan menarik, menambahkan lagi keprihatinan kepada pelanggan, mesra pengguna kata orang, dan macam-macam lah perlu ambil langkah perubahan...Binatang-binatang yang ada pon dah macam tak larat je...Kami pengungjung macam tak happy lah...tiada pulangan dari bayaran yang dilaburkan.
Banyak pulak membebel....ye lah kan, dalam kami berjalan-jalan dari stesen ke stesen kami terperangkap dalam sejam jugak lah akibat hujan dan ribut. Dah le kami bawak baby dengan tempat perlindungan yang kurang selamat dan kecik. Pokok kayu yang dah tua, terdapat dahan-dahan pokok yang runtuh, air yang memenuhi jalan-jalan...memang lansung tak selamat. Perasaan time tu amat takut namun sorang pon dari pekerja Zoo tiada kesah dengan pengunjung....Hampa sangat dengan pengurusan...
Lepas hujan reda kami terus bergegas keluar...memang pengalaman yang macam serik jugak lah kat dalam zoo tu. Hanya satu yang kami puas dapat merealisasikan harapan mereka...Tapi sempat jugak lah kami menangkap gambar sebelum kejadian hujan ribut tu...basuh lenjun semua orang yang kebanyakan bawak baby dan kanak-kanak...Sehari selepas kejadian suami dan baby demam...
Ok ...ni je gambornye...
Semua orang yang membayar tiket masuk dibekalkan tag kat tangan ni
Pergi Zoo untuk hiburkan hati baby comel ni je...
Menikmati kelansungan hidup binatang yang bernama Ziraf..
Dia pon nak jugak
Yang ni Cun skit Pasangan HO ni..