Monday, December 31, 2012

2013 vs 2012

As salam semua.......
Dalam beberapa jam lagi kita akan memasuki tahun baru 2013......2012 akan hilang hanya tinggal kenangan yang tak mungkin di lupakan....Bercakap mengenai azam hari-hari kita dituntut berubah dan berazam ke arah kebaikan...tak gitu?  Oleh yang demikian tahun baru di harap akan lebih beroleh kebaikan dan dirahmati Allah...

Kat umah mama sekarang ni bedeboom debaam dengan dentuman bunga api...awalnya dah start main dah kan..Kat ne kawan-kawan berjalan sambil melihat bunga api bagi memenuhi permintaan anak-anak.  Mama kat umah je le...Anak-anak mama tak dek plak mintak nak kuar malam ni. Baguslah...benda yang tak mendatangkan kebaikan tak perlu lah bersungguh-sungguhkan...Bukan apa berada di rumah lebih elok kot bagi kanak-kanak..Mama pon boleh menemani en. somi study kat umah ni sebabnya minggu ni final exam tuk semesta ni.  Nonton cite pon best kat umah kan..sambil-sambil makan...layan habis gitu..

Ok lah...sempena tahun baru ni mama ucapkan kan 'SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013'
Moga tahun ini lebih beroleh kebaikan dan kerahmatan...
AMIN...

Ops....terlupa lak sal 2012...
2012 tahun yang menerbitkan lagi sinaran dan percikan cinta kami suami isteri...Banyak kami belajar dari tahun sebelum...Pengalam itu amat berharga bagi rumah tangga kami..
Tahun ini teruna menempuh hari sebagai pelajar sekolah rendah...amat penat bagi seorang ibu untuk memenuhi hari persekolahan.  Namun ianya banyak mengajar mama bagi meneruskan ke tahun 2013.  Ditambah pulak jadual pembelajaran en. suami pada hujung minggu.  Banyak mama perlu lakukan sendiri.  

Namun ianya lebih memberikan kebaikan untuk kami.
Walaupun tahun 2012 kami tak kaya...kami tak mewah...kami tak dek kumpul aset berjuta...kami tak kumpul kereta mewah tak jugak yang baru namun kami hidup dengan tenang dengan rezeki yang halal dan berkat bukan dari hasil yang meminta....

Syukur Kehadrat ALLAH keatas kenikmatan ini....