Monday, November 11, 2013

Scorpion

Assalam semua kekawan...
Sekejap je dalam tahun ni dah sampai bulan sebelas dah...
Hari ni mama terlebih rajin plak nak tulis entry sal hari jadi untuk kami anak branak..
Sebenarnya ramai yang sambut hari jadi bulan November ni @ SCORPION..

Kebetulan plak dalam bulan november ni kami berkongsi bulan kelahiran bersama dengan bapak mertua mama yang jatuh pada 9 november, manakala 11 november plak jatuh kepada anak saudara mama iaitu iman yang ke 2 tahun..Tarikh kelahirannya ialah 11/11/2011..Cantikkan tarikh itu..hurm...Ingat lagi semasa ibunya mahu lahirkannya memang ditempah-tempah tarikhnya..Macam ibunya senang memang dia bekerja disitu...

Kemudian 13 november plak dikongsi oleh mama dan abang ajiq....Dulu mama terasa teruja sangat dapat berkongsi tarikh yang sama tetapi sejak akhir-akhir ini mama rasakan dah tak best dah...sebabnya orang sekeliling mama tak hiraukan mama semua tumpukan pada teruna ni..Hadiah pon  selalu diingatkan tuk dia je...yang paling tak best mama pon terpaksa habiskan duit sediakan hadiah tuknya...Hurm...sungguh tak best...tapi tak pe lah mama dah tua dah tak kesah da sal hadiah ni asal suami mama ingat dah..peluk cium pon tak pe..


Tahun ni abang ajiq mintak nak kan basikal...semalam baru mama pergi servey yang mana rasanya yang sesuai dengan nya dan mengikut budget..dulu-dulu mama rasa basikal sebegini hanya dalam 100-200 je pon...sekarangni harga dah berganda-ganda dah...fening plak mama nak belikan hadiah tahun ni...manakan tidak jika belikan tuk abang sudah pastilah adiknya sekali...rasa-rasanya dalam setahun 2 kali hadiah birthday kena sediakan..itu pon baru 2 orang anak kalau 3 ke 4 ke cnne ni...kopak...kopak..  Belum lagi masukkan jajan dan kek ni...apa-apa pon tengok je lah besok cnne..


Ah....terlupa lak adik mama pon bulan november jugak iaitu 26/11...hurm...boley lah rai kan skalilah kan..apa-apa pon tunggu....Wassalam

Anak Saudara Baru

Assalam...
Mama dapat lagi anak saudara yang ke....??? ah.....biarkanlah yang ke berapa pon tak hinggat sebab ramai sangat..boley gitu...!ni anak pertama kepada adik lelaki mama....Bestnye dia dah dapat baby boy...sebijik muka dia..Nama baby ni Mohd. Ariq Haiqal...Comel namanya. Lahir pada tanggal 28 Oktober 2013 di Hospital Kuala Krai..Nak jugak 03...Anak kelahiran Kelantan la kan...Haruslah kan. Maknya orang Kelantan, bapaknya orang Terengganu, namun bekerja di Kuala Lumpur...

Minggu lepas mama dah pulang ke kampung untuk menjenguk-jenguk baby baru ni...namun sayang sekalai kami tak dapat melihat dan memegangnya disebabkan kelahiran tidak cukup minggu terpaksalah diletakkan dibawah pengawasan doktor  ICU bagi baby...Kami pulang ke KL dengan hampa, kini katanya ibunya telah sihat dan telah discharge...

Mohd Ariq Haiqal
Sama tak dengan mak bapak nya..
 Harapan mama harap Ariq jadi anak yang soleh...