Monday, May 14, 2012

Terima kasih Pendampingku...

As Salam semua.....
malam ini adalah salah satu malam yang menggembirakan mama kerana walaupun tak pernah meminta dan menyebut untuk diraikan atau di ingatkan namun en suami telah membuat satu kali lagi kejutan untuk mama bersama anak2nya....syukur ke hadrat Illahi kerana titipkan kasih sayang yg tak berbelah bagi tuk mama dan anak2. En. suami selalu memahami hati ini walaupun mama tidak pernah meminta. Bagi mama cukup hanya kasih sayang dan belas ehsan sahaja untuk kami meniti hari2 bersama.

Walaupun mama tahu hari ibu tak wajib di raikan namun entah mengapa ntah en. suami mama ni terdetik untuk surprise kan mama .........mungkin ia hanya sekadar meraikan mama sebagai isteri dan ibu kepada anak-anaknya je kot...kankankan..Walaubagaimanapun mama berbanyak-banyak terima kasih untuk en. suami kerana sudi menghargai mama sebagai isteri dan ibu kepada zuriat-zuriat comelnya...mama teramat sayangkan kamu semua abang adik dan abah.
Dah tak tahu apa dah mama nak tulis tetapi yang lahir dari hati ini i love u all 4ever. Abah bila abah baca entri ni mama nak ucapkan yang mama sayangkan abah hingga ke syurga...Moga kita kekal bersama.


tq ats kesudian maraikan....