Thursday, May 17, 2012

Diari hati..

AsSalam...ni lah nak cite diari hati mama yang mama  gunakan sekarang ni...ianya senang untuk berfb tetapi susah untuk berbloger hingga ada time2 nk hempas je...terutamanya dalam meng upload maklumat atau gambar2.  susah sangat terutamanya time2 line internet nyawa2 ikan....Setiap malam nak up date je blog mesti memakan masa yang agak lama dan emosi menjadi tak terarah...

Adakah kerana Diari ni @ Internet yang tak begitu bagus walaupun cajnya agak mahal.  Tak berbaloi asenya menggunakan line ni tetapi masalah sekarang ni nak pegi terminate tu lah yang menjadi susah tul......dah le perlu ke seremban, time pejabat je dan hari sabtu en. suami lak tak de....camne ni semakin hari dah semakin tertekan dengan Internet asenya..

Fungsinya hanya sebuah telefon yang besar.....ya tak?
Ipad best tak...? 


Ikan Siakap Stim Tomato

Resepi ni seingat mama mengambilnya di dalam kongsi resepi kot....Dah tak ingat dah  sebabnya dah bertahun sudah.  Sekarang kalau nak masak stim dah tak yang tengok resepi dah kan...hihihi (berlagak ye!)

Lauk ini hanya En. suami je yg teramat suka....so dalam sebulan ada lah 2 @ 3 kali buatnya.  Cara membuatnya agak senang dan cepat campak je pon dah boleh makan dengan berselera.

Bahan-Bahannya ialah : 

Ikan siakap
Serai 
Halia
Bawang putih 
Bawang besar
Tomato
Cili api
Limau nipis/limau kasturi
Jikalau suka boleh lah letak daun limau purut
(semua di hiris dadu)

Cara-caranya ialah :
Lumurkan ikan dengan Garam + Gula + Ajinomoto
Perapkan seketika di dalam aluminium foil
Kemudian Taburkan dengan bahan-bahan yang di hiris dadu tadi
Kemudia lagi perahkan limau nipis@kasturi semacam ada air yang boleh di buat kuah
atau boleh jugak tambahkan air
Disini saya hanya menagak-agak rasanya biar secukup rasa...
Setakat ni ok la lagi rasa boleh di terima oleh en. suami.
Sedap.......dan berkhasiat

Ikan feveret en. suami...

Ikan Bawal Sambal

Hah..........ni  feveret teruna dan dara ni.  Best katanya isi yang lemak dan lembut.
Jom kita sama-sama belajar memasak ...

Bahan-bahannya :

Ikan bawal
Bawang Merah (A)
Bawang Putih (B)
Bawang besar (C)
cili kering yang telah di hancurkan (D)
Sos cili
Garam
Gula Bahan perasa/Ajinomoto

Cara-caranya:

Hancurkan Bahan ABCD
Tumis hingga naik bau
Masukkan sedikit air (Untuk dapatkan sambal yang banyak lebihkan sedikit air)
Bila dah agak hilang bau bawang@naik minyak masukkan bahan perasa Gula + Garam + Asam jawa + Sos Cili +Bawang Besar (Secukup rasa)
Angkat

* Terlebih dahulu Ikan mestilah di goreng masak


Jamuan. ...

AsSalam semua...
ok kali ni mama nak kongsi pasal minggu yang agak penat memandangkan semua hari jatuh pada minggu ni ....di mulakan dengan hari pekerja...pastu  hari ibu le....di susuli plak dengan hari guru. Pastu pelbagai sambutan pulak di rancang.  Kat opis,  sekolah teruna dan dara pon sama gak sambutannya..So terpaksalah mama kene sediakan pelbagai makanan dan hadiah untuk guru teruna dan dara.

Untuk sediakan itu tak siap dengan dua hari membeli belah hari-hari kene pulang lambat kerana abis je waktu kerja barulah dapat bershoping keperluan di waktu itu.  Pulang ke rumah dah malam kerana terpaksa kene sediakan hadiah la...barang-barang sampingan yang lain lah...huh... penat lah jugak. Minggu ni pon tak masak pon.  Tapi takpe lah en. suami sporting dan surport...wang dan tenaga. Thanks ye my dear..

 Nak cite sal teruna tahun ni tahun pertama di sekolah rendah so excitednye lebih la ckit segala bagai nak hadiahkan kt guru. Hargai jasa guru katakan....ok lah tu kan...jasa guru mesti di kenang sepanjang hayat.  Terima kasih bebanyak guru2 mama jugak...hihihi. Tanpa guru entah jadi apa ntah kan...

ok berbalik pada cerita teruna esok ada sambutan hari guru kt sekolahnya bersama jamuan ringan kt kelas masing2 so memang wajiblah bawak makanan kan nantikan spoile... mood plak teruna dia sorang tak bawak so mama buat lah kek yang mama pandai tu je le...

Kek coklat moist ni je lah yang mama pandai buat  kerana ianya senang , sedap, murah kosnya...Kek ni sepatutnya di letakkan gambar kete tu kat permukaannya tapi mama terlupa nak letakkannya lalu  menabur coklat rise...alamak ape la mama ni kan terlupa je....teruna cakap...Sentap lagi...tak pe lain kali mama pastikan ianya pasti menjadi ye sayang.
Ni pulak hadiah yang disediakan untuk guru-guru yang mengajarnya...... Se bahagian lagi untuk si dara tapi tak sempat mama nak balutnya sebab dah ngantuk dah ni penat sangat..

Ni lah gambar kete tu yang sepatutnya di lekatkan ke atas kek tu....huhuhu kesian kan!

Yang ni toping untuk kek kat atas tu.....terima kasih kepada ofis mate mama yang sudi berkongsi pengalaman dan ilmunya...Thanks ye!Cantik sangat kilatannya..tetapi mama tak pandai nak menganggarkan sukatannya untuk sebijik kek jadi sebahagian kek tidak di tutup dengan sempurna.  Takpe lah kan untuk menjadi pembuat kek yang bagus perlu melalui benda-benda cam gini sekali menjadi sekali tak menjadi lumrah dalam membuat kek....Teruskan usaha.  nanti mama buatkan cheese kek plak ye dah lama dah tak buat sebab bahan-bahannya sedikit mahal.....
Oren ni pon terna nak bawak jugak ke jamuan tu....huhuhu bawak lah teruna .....Kebetulan En. Suami ke Cameron untuk bermesyuarat so En. Suami mama belilah kan lagi pon dara amat menyukainya.  Buah Oren ni lain cikit Buahnya amat besar dan manis....Terbaiklah..