Thursday, June 21, 2012

Jom Solat......

As salam....
Kawan-kawan ...
Percambahan ilmu hari ini saya pinjam dari Email Biro Agama Kementerian mama...
Di harap boleh lah kiranya kita berkongsi maklumat ini...
Terima kasih yang teramat kepada En. Wan (KR) iaitu PSU (A) yang telah menyampaikan maklumat berguna ini.

Jom........kita baca dulu kasi faham,


Riwayat:  (Muslim)

Hadith:
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya:
”Segerakanlah solat subuh sebelum matahari terbit. Sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar daripada sarangnya. Ketika itu pula orang-orang kafir tengah bersujud kepada matahari.”
Huraian Hadith:
  1. Solat fardhu wajib dilaksanakan dalam waktunya. Ia tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa jua keadaan sekali pun, kerana meninggalkan solat termasuk dalam dosa-dosa besar sehinggakan dalam keadaan sakit yang tenat (teruk) sekali pun di mana jika hanya mata sahaja yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan juga iaitu dengan menggunakan isyarat mata.
  2. Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengerjakan solat pada awal waktu kerana di akhirat kelak, perkara yang pertama sekali disoal oleh Allah S.W.T adalah mengenai solat. Jika sempurna solat seseorang itu maka sempurnalah amalan-amalannya yang lain.
  3. Seorang muslim yang taat tidak akan melewat-lewatkan solatnya. Contohnya bersolat Zohor apabila sudah hampir sampai waktu Asar, solat Maghrib menghampiri waktu Isyak, solat Subuh ketika matahari sudah terbit,  tetapi berusaha memperbaiki solatnya agar menjadi lebih sempurna bukan sahaja dikerjakan dalam waktunya tetapi dikerjakan secara berjemaah sama ada di masjid atau surau dengan menjaga kekusyhukannya, bacaannya serta rukunnya dan mengambil wudhu' secara sempurna.
  4. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang maksudnya: "Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak." (Muttafaqun Alaih)


Wallahu a’lam.
----------------------------------------------
Biro Agama
Kelab Kebajikan dan Sukan, KKLW
Tel     : 03-8891 5662

*Sumber rujukan: JAKIM