Sunday, November 11, 2012

Hati ku.........



As salam semua kekawan. Hari ni sebenarnya tak dek mood sangat pon nak tulis blog namun paksa jugaklah otak dan kudratni menulis.  Sekarang mama banyak bermain dengan hati... ye lah kan sejak teruna berada di kampung ni macam2 perasaan timbul..

Hati ini amat merindukan teruna namun perasaan ini pendam sahaja . Malah untuk bercakap dalam talian pon mama tak mampu untuk sembunyikan perasaan sedih dan tangisan mama. Sejak peristiwa 3hari lepas sedang asyik bercakap dengan teruna sehingga teruna menangis teresak2 apa tah lagi mama dah mcm nak meraung dah bila teruna bertanya yg mama akn balik minggu ni sambut harijadinya.  Dengan jujur mama berkata mama tak dapat balik kerana bos mama tak bagi cuti sebab ada beberapa perkara yg perlu mama bekerja. Terus saje ia menangis teresak2.


Rupanya ibu mertua mama telah menyatakan kepadanya yg mama akan balik minggu ini.  Mana lah mama tahu akan perkara demikian kan.  Mama pulak yang bersalah. Sekarang dah 2 hari mama pendamkan perasaan rindu ini untuk bercakap dengan teruna. Mama kuatir bila mama call mengundang keadaan yg tak menyenangkan. Mama kuatkan hati mama untuk menerima keadaan ini demi anak mama mencari ilmu dunia akhirat.  Di sini mama tak jumpa kem sebegitu...Maafkan mama ya abang kerana kita terpisah sementara.

Hati ini meronta untuk balik jugak ke kampung sebelum hari jadinya esok.  Sebetulnya besok adalah hari jadi teruna dan mama.  Kami sememangnya berkongsi tarikh tersebut.  Namun hari jadi teruna telah di raikan terlebih awal dengan memberi hadiah dan kek  kesukaannya iaitu SR.. Namun mama pulak tidak mengharapkan apa-apa hadiah pon taun ni sebab mama sedar komitmen en. suami kini dan tahun depan bertambah.. Duit yang ada en. suami simpan sajelah.  Memandangkan semua keperluan mama masih ok lagipon hadiah yang tahun lepas dah banyak taun ni tak de pon takpe...

Mama rindu abang