Assalamualaikum...
Tak seperti tahun-tahun yang lepas, anak-anak mama bila cuti sekolah dihantar ke kampung, umah nekda dan tokbahnya sebelah suami....Kat kampung mereka di hantar untuk mengaji Quran dan Fardu Ain. Namun tahun ini mama telah nekad tak kan menghantar lagi anak-anak mama ke kampung... Mama rasakan kenapa kami sebagai ibu bapa nak bebankan mak ayah kita kan...itu pendapat mama je lah kan...lain orang lain lah pulak pendekatannya kan...so
Tahun ni kedua-dua anak mama ni mama hantarkan ke Kem Syabab di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin @ (MTMZA) untuk 2 sesi dan 1sesi Kem Mahabbah. Semuanya 3 minggu...Hah duduk lah anak-anak mama kat situ mencari ilmu dan motivasi diri...Ini untuk bekalan dan pengalaman adik dan abang jugak.
Kem Mahabbah ni lebih kepada untuk menjadi anak dan hamba yang soleh. Pengisiannya amat bagus dari segi rohani. Anak-anak di praktik kan dengan cara yang betul dari segi solat, air wuduk dan kehidupan harian dengan keluarga dan masyarakat. Hari-hari bila pulang kerumah akan menangis dan meminta maaf...Kadang-kadang mama pon nangis sama...Huh insaf katanya...Aman damai dalam masa seminggu tu mulut mama pon tak banyak guna tuk membebel....Tapi tak tau lah bertahan sampai bila...
Sekarang sesi ketiga dah masuk ke penghujung dah... Kem Syabab ni mama nampak lebih kepada Kem motivasi dan pupuk semangat. Bagi sesi syabab ni pulang tak pernah nak menangis pulak.. Hari-hari balik seronok je...Siap ada nyanyi lagi..Adik pulak hari-hari balik bercerita perihal cikgu yang baik dan penyanyang...apa yang dipelajari entah...Abang pulak bila balik ke umah je penat-penat..kerja berkumpulan..Macam tak bersemangat je budak ni.. Namun satu yang berubah bila balik kerumah melipat pakaian sendiri ..katanya mereka diajar melipat kain dengan cara yang paling cepat...Hurm...ye lah...lipat lah anak oi senang kerja mama tak yah dah melipat setiap minggu...Sekarang dah nampak semakin senang diurus dan dibawa berbincang ckit.. Bila masuk waktu solat tak perlu dah mama terjerit-jerit , abahnya mengangkat rotan. Ok lah kan sekurang-kurangnya adalah sedikit perubahan...
Harap abang dan adik dapat manfaatkan peluang yang ada. Segala pelajaran diambil sebagai ilmu untuk kehidupan akan datang..Sesungguhnya hidup ini banyak cabaran yang perlu dilalui. Untuk kem ini hanya diperuntukan seramai 150 orang sahaja. Penganjur hadkan untuk memberi tumpuan yang lebih kepada peserta. Yuran pon berpatutan. Harap tahun depan adik dan abang akan berpeluang lagi menyertai kem ini..
Ini gambar menunjukkan penutup bagi sesi 1, yang dihadiri oleh ibu bapa. Moga kem ini berjaya mendidik anak-anak kami membesar dengan jiwa yang bersih, Baik untuk dunia dan akhirat..
InsyaAllah..