Assalam...
Alhamdulillah...harini baru terasa nak up date kisah dulu kala...dah basi dah ni...tapi nak jugak lah letak kat sini...Nak cite laki kita akhirnya telah graduate jugak Ijazah Sarjana nya..Selama 4 tahun setengah akirnya menamatkan tanpa sebarang penangguhan dan penambahan kertas yang perlu repeat...Amat berbangga mak rasa...hahahaah
Bila mengenangkan sepanjang pengajian terasa diri ini jugak seolah-olah belajar sama...ye lah mana taknya..Asigment dia pon separuh-separuh mak yang kene bantu....Boleh dikatakan setiap semesta mak tak tidur sampai pagi kerna terpaksa bantu siap kan projek tahunan dan segala jenis assigment pak enciknya.
Sebab itu jugaklah mak terasa sedikit bangga dan riak dapat habiskan dalam masa yang ditetapkan...Seolah mak pon berjaya gak...Pelbagai onak duri dalam jangkamasa ini...semua mak dan anak-anak perlu korbankan....wang ringgit, masa, tolak ansur dan macam-macam lah...berat bebenor bunyikan...betul..betul tau memang terasa sangat....sebabnya kami sememaangnya tidak mengharapkan apa-apa bantuan dari ahli keluarga samada keluarganya atau keluarga saya...semua kami bersusah sendiri laki bini...
Kalau difikirkan permulaan hidup kami memang agak susah dan naif..Semuanya kami bangkit dari selangkah demi selangkah...Kami memang bangkit membuktikan diri dan keluarga kecil kami dipandang tinggi oleh keluarga . Terasa lebih yakin bila selangkah kami berjaya...Tunggu selangkah lagi suami daftarkan untuk kelas IR..Harap-harap langkah seterusnya akan diredhai Allah..Tanpa bantuan dari semua juga mungkin kami tidak berjaya.
Tersenyum bangga dengan penuh Kesyukuran...Diraikan oleh keseluruhan oleh ahli keluarga mertua. Semua adik bradik ipar duai sebelahnya hadir memberi sokongan. Mak bersyukur sangat kerana dapat berjaya menebuskan kesalahan lampau. Segalanya telah mak bayar balik...
Rakan-rakan sekelas semuanya ada 30 puluh orang..yang layak dan mampu untuk grad hanya 9 orang sahaja termasuk encik somi...Tahniah mama ucapkan...sedih campor gembira...DAlam kepayahan ada jugak manisnya kan..
Anak-anak pon nak merasa jugak pakai jubah...apa-apa lah anak..harap lebih bersemangat untuk menjadai anak yang berjaya dunia akhirat...sdikit sebanyak dapat memberi motivasi untuk budak berdua ni..
Sekian, lah tak de idea petang-petangni..ngantuk sangat....
Wassalam..