Monday, April 23, 2012

Rutin hari ini

Assalam semua...
Seperti biasalah  celik je mata bersiap ke tempat kerja..
turun dari rumah jam 6.30 am masih gelap tak nampak tanah lg bak kata orang tua2. namun pulang kerumah pon gelap gak lebih kurang jam 7.00 pm. hurm gini lah rutin hidup kami hari berganti hari sehinggakan jiran sebelah rumah pon dah lama tak bersua. raya nanti lah agaknya jumpa pulak hihihihi...

Walaupun hari ni agak lewat sampai tapi sempat jugaklah mama masakan lauk permintaan en. suami kita iaitu kerutuk daging dan ikan bawal cermin je...tapi budak berdua ni merajuk lak sebab tak masakan lauk feveret dia orang iaitu bawal sambal.

Tapi mereka berdua tetap memakannya. ya lah nak tak nak kene la jugak makan dah tak de lauk lain dah.  kalau tak berlapar lah malam ni. tapi bila dah makan siap meratah lagi daging tu.so keje mama dah habis lah sebab sekarang kami dah berada di dalam bilik dah bersiap sedia untuk tidur. So selamat malam semua Assalamualaikum.