Wednesday, December 7, 2016

Berjaya Habiskan

Assalam...
Alhamdulillah...harini baru terasa nak up date kisah dulu kala...dah basi dah ni...tapi nak jugak lah letak kat sini...Nak cite laki kita akhirnya telah graduate jugak Ijazah Sarjana nya..Selama 4 tahun setengah akirnya menamatkan tanpa sebarang penangguhan dan penambahan kertas yang perlu repeat...Amat berbangga mak rasa...hahahaah

Bila mengenangkan sepanjang pengajian terasa diri ini jugak seolah-olah belajar sama...ye lah mana taknya..Asigment dia pon separuh-separuh mak yang kene bantu....Boleh dikatakan setiap semesta mak tak tidur sampai pagi kerna terpaksa bantu siap kan projek tahunan dan segala jenis assigment pak enciknya.

Sebab itu jugaklah mak terasa sedikit bangga dan riak dapat habiskan dalam masa yang ditetapkan...Seolah mak pon berjaya gak...Pelbagai onak duri dalam jangkamasa ini...semua mak dan anak-anak perlu korbankan....wang ringgit, masa, tolak ansur dan macam-macam lah...berat bebenor bunyikan...betul..betul tau memang terasa sangat....sebabnya kami sememaangnya tidak mengharapkan apa-apa bantuan dari ahli keluarga samada keluarganya atau keluarga saya...semua kami bersusah sendiri laki bini...

Kalau difikirkan permulaan hidup kami memang agak susah dan naif..Semuanya kami bangkit dari selangkah demi selangkah...Kami memang bangkit membuktikan diri dan keluarga kecil kami dipandang tinggi oleh keluarga .  Terasa lebih yakin bila selangkah kami berjaya...Tunggu selangkah lagi suami daftarkan untuk kelas IR..Harap-harap langkah seterusnya akan diredhai Allah..Tanpa bantuan dari semua juga mungkin kami tidak berjaya.


Tersenyum bangga dengan penuh Kesyukuran...Diraikan oleh keseluruhan oleh ahli keluarga mertua.  Semua adik bradik ipar duai sebelahnya hadir memberi sokongan. Mak bersyukur sangat kerana dapat berjaya menebuskan kesalahan lampau.  Segalanya telah mak bayar balik...


 Rakan-rakan sekelas semuanya ada 30 puluh orang..yang layak dan mampu untuk grad hanya 9 orang sahaja termasuk encik somi...Tahniah mama ucapkan...sedih campor gembira...DAlam kepayahan ada jugak manisnya kan..


 Anak-anak pon nak merasa jugak pakai jubah...apa-apa lah anak..harap lebih bersemangat untuk menjadai anak yang berjaya dunia akhirat...sdikit sebanyak dapat memberi motivasi untuk budak berdua ni..

Sekian, lah tak de idea petang-petangni..ngantuk sangat....
Wassalam..

Tuesday, December 6, 2016

Morib - Percutian Ala kadar

Assalam...
Hah..berzaman mengabaikan blog ni....
Bukan tak ingat tapi memang mama dan keadaan tidak mengizinkan....Ya lah kan sekarang dah pindah tempat kerja dah...dari KKLW ke JKM Putrajaya...
Rupanya dulu kita tengok je dari jauh bestnya kerja di bangunan KPWKM...sekarang dan kat sini tapi baru ku tahu kesibukan yang amat sangat...almaklumlah kan kebajikan kepada masyarakat...Boleh dikatakan Oh My GOD...memang bizi lain macam upanya kat sini.....nangis weh...

Baru sekarang ada mood nak up date blog ...ada sedikit semangat setelah ditimpa sunami kerja ....
Dah tak tahu nak up date apa dah...semuanya dah bercampur aduk dah terlalu banyak cite...sudahnya langsung tak tau nak tulis apa dah...semuanya cerita dah basi....

Ok lah saya cite kisah yang suam-suam kuku je lah dulu baru weekend lepas ...Sempena  cuti sekolah bapaknya telah booking Morib Goalcoast..2 hari 1 malam...Untuk anak-anaknya bermain air..Secara ringkasnya biliknya bolehlah tahan luasnya untuk kami 4 beranak..2 Katil King...Gambar bilik memang lansung tak ambik rasanya...kelengkapan macam biasalah tv..peti ais tu je lah..Tapi yang jadi kegilaan anak-anak kami ialah jakuzi....betul ke idak ejaan tu almaklumlah 1st time kot gi hotel ada benda alah ni....


Budak berdua ni ...tak sudah-sudah berendam dalam air..memang berbaloi-baloi lah percutian kali ni...bila siang hari kat waterpark disambung pulak kat bilik..Waterpark dibuka pada pukul 8.00 pagi hingga 7 petang.  Kami check in kul 3.00 petang terus terjun kolam sampai kul 6.30 petang.  Keesokan check out kul 12.00 tepat...sepagi itu lah mereka berendam kat kolam bawah tu.

Gambar Ehsan dari Fb anak dara
Suasana dan persekitaran boleh dikatakan cantik dan bersih.  Anak-anak selesa untuk main.  Disebelah malamnya ada permainan berbayar seperti memanah..permainan yang macam dekat funfair tu la...anak-anak pon tak main just main memanah je 10hinggit 15 mata panah...dah cukup...



Bagi sesiapa yang malas nak kemana-mana kat tepian pantai ada tempat yang romantik untuk menikmati makan malam dengan hidangan panas seperti ikan dan sea food bakar...memang best sangat....harganya pon tak mahal...hanya boleh menikmati ikan kembung seekor hanya harga 1.90 seekor..pelbagai masakan boleh pilih...

Dengan percutian yang pertama di musim cuti sekolah ini anak-anak amat gembira...Lain kami bolehlah berkunjung lagi