Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Friday, September 28, 2012

Bonus

As salam semua kawan2
Syukur ke hadrat Illahi kerana sekali lagi dgn izinNya PM kita telah mengumumkan bonus 1 stngh bln kepada semua penjawat awam. Terima kasih banyak2 di ucapkan..

Terasa diri ini bertuah sangat kerana tergolong dalam golongan itu..  Amat besar nilainya bila boleh di manfaatkan.  Pelbagai perubahan telah dibaiki bagi kestabilan negara kita kan. Syukur sangat berada di bumi yg indah dan damai ni.

Seperti ibu2 dan isteri2lain jugak bersempena dengan bonus ni mama pon ada wish list jugak tuk en. suami.(kalau en. suami baca -seperti yg dinyakan petang tadi itu lah ya):Bonus en. suami bonus mama jugakkan...ahak!



Tuesday, April 17, 2012

Takziah

As salam...
Hari ni rabu yang amat memberi kesan kepada diri mama, jiwa mama memang tak tenang dan sedih yang amat. Suami kepada sahabat mama Zaini telah pergi untuk selama-lamanya.  Tak tahu nak tuturkan perkataan yang bagaimana kepadanya bagi menenangkan hati dan perasaannya bila dia hubungi mama tadi.  Mama adalah salah sorang sahabat yang banyak mengetahui susur galur hubungan rumahtangganya.  Sekarang mama terbayangkan anak-anaknya yang masih dalam pantang dah sebaya dengan kedua-dua anak mama. hah......harap kawan mama tabah dalam menghadapi dugaan ini. Kepada Arwah suaminya agar ianya dicucuri rahmat oleh Maha Esa. Kepada kawan-kawan mama yang lain diharap dapat menghargai hubungan kekeluargaan. Wassalam