Saturday, August 11, 2012

Ketupat Sotong

AsSalam semua....
hurm.... dah buntu dah memikirkan menu apa nk masak...walaupun hari minggu je masak pon tetap xtauuuu nak makan apa. Walaubagaimanapun tahun ni masih gagal mengotakan janji untuk masak setiap hari tak kira hari minggu atau keje.

Hari kerja memang tak sempat lansung sebabnya perjalanan untuk mengutip budak berduani pon dah memakan masa hampir 40minit. Itu baru dalam Putrajaya sahaja belum lagi bertolak ke Nilai yg memakan masa hampir lebih kurang gak...so what to do.....sentiasa lah berbukak kt restoran pilihan la dulu...setiap hari kerja pasti kami menjelajah kedai2 yg best yg dah lama kami tak berkunjung. Biasanya kedai disekitar Bangi dan Kajang je....

Panjangnye mama melalut dah lupa dah pada tajuk hihihi. Ok lah nak cite sal ketupat sotong ni sebab semalam mama telah membikinnya. So jom kita layan gambar je lah dulu......kata en. suami mama sodaaaap sangat. Sebab dah lama tak makan. Ianya tak terlalu manis dan menggunakan gula melaka yg best.