Thursday, August 9, 2012

Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

As salam semua kekawan.....
Lagi seminggu kita semua umat islam akan mendapat hadiah istimewa daripada Allah S.W.T atas kemenangan umat islam dalam menghayati bulan Ramadhan iaitu Idulftri.

Di sini saya berkesempatan untuk belajar dan menghayati langkah-langkah sembahyang raya.  Bukan apakan  hanya memperangatkan kembali almaklumlah hadiah ini hanya setahun sekali sahaja namun tak salah kita mempelajari dan memperangatkan balik bacaan dan langkah-langkahnya kan.  So jom kita sama-sama mempelajarinya.

Lafaz Takbir:

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ 

Niat Solat Sunat Aidilfitri:

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Rakaat pertama : Takbir 7 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar) dan doa iftitah. Kemudian Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun.

Rakaat kedua : Takbir 5 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar) dan Al-Fatihah serta Al-Ikhlas

SUMBER: ABGTEROR.COM: http://www.abgteror.com/panduan-solat-sunat-aidilfitri-sembahyang-raya/#ixzz236EQALyL