As salam semua....hari ni mama nak kongsi satu resepi keluarga en. suami(abah). Resepi ni telah agak lama dan sebelum ini pon mama tak pernah tahu akan nama masakan ini..rasa apatah lagi kan. Ianya agak pedas dan lemak.
Ok sekarang mama terus ke tajuk utama sbb x tahu dah nk tulis apa...
Bahan2 nya ialah...
Ayam Separuh ekor
Serbuk kas2 (3 sudu besar)
1 inci halia tuk perap
1 inci lg untuk tumis
Garam
Bawang putih (4 ulas)
sos cili
Sos tomato
Cara2 buat
Perap ayam(30 mnt - 1 jam) + halia (ditumbuk lumat)+garam+Serbuk kas2 (1stngh sudu besar)
Goreng hingga masak tp tdk terlalu garing
Untuk kuah
Tumbuk Bawang Putih + Halia + Kas-kas
Tumis Dalam minyak yang sedikit
Setelah sedikit kekuningan + Sos Cili dan Sos Tomato
Bila dah sebati Masukkan Separuh Tin susu cair
Tambahkan perasa secukup rasa (Garam + Gula + Ajinomoto) + Serbuk Lada Putih
Sekiranya ianya amat pekat masukkan Air sehingga sesuai.
Rasanya sedikit Pedas dan best..........
Pilihan keluarga kami...