Monday, August 27, 2012

Thanks...

Loverly husband....

Kesempatan ini mama ingin merakamkan ucapan terima kasih tak terhingga kepada en. suami kerana masih mengingati aniversery kita yang ke 8.  Terima kasih juga di atas pemberian hadiah itu..? Mama suka dan amat teruja sekali menerima kesemua hadiah itu.  Tahun depan jangan lupa kasik lagi ye....hihihihi i love u lah..4ever. Thanks

Saturday, August 25, 2012

Gambar je....




mama, ayah.,zarith (sepupu)



Bersama adik bongsu 
separuh dari family mama

Gambar yang lebih kurang sama gak...

Abang long dan anak daranya...

Saturday, August 11, 2012

Ketupat Sotong

AsSalam semua....
hurm.... dah buntu dah memikirkan menu apa nk masak...walaupun hari minggu je masak pon tetap xtauuuu nak makan apa. Walaubagaimanapun tahun ni masih gagal mengotakan janji untuk masak setiap hari tak kira hari minggu atau keje.

Hari kerja memang tak sempat lansung sebabnya perjalanan untuk mengutip budak berduani pon dah memakan masa hampir 40minit. Itu baru dalam Putrajaya sahaja belum lagi bertolak ke Nilai yg memakan masa hampir lebih kurang gak...so what to do.....sentiasa lah berbukak kt restoran pilihan la dulu...setiap hari kerja pasti kami menjelajah kedai2 yg best yg dah lama kami tak berkunjung. Biasanya kedai disekitar Bangi dan Kajang je....

Panjangnye mama melalut dah lupa dah pada tajuk hihihi. Ok lah nak cite sal ketupat sotong ni sebab semalam mama telah membikinnya. So jom kita layan gambar je lah dulu......kata en. suami mama sodaaaap sangat. Sebab dah lama tak makan. Ianya tak terlalu manis dan menggunakan gula melaka yg best.



Thursday, August 9, 2012

Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

As salam semua kekawan.....
Lagi seminggu kita semua umat islam akan mendapat hadiah istimewa daripada Allah S.W.T atas kemenangan umat islam dalam menghayati bulan Ramadhan iaitu Idulftri.

Di sini saya berkesempatan untuk belajar dan menghayati langkah-langkah sembahyang raya.  Bukan apakan  hanya memperangatkan kembali almaklumlah hadiah ini hanya setahun sekali sahaja namun tak salah kita mempelajari dan memperangatkan balik bacaan dan langkah-langkahnya kan.  So jom kita sama-sama mempelajarinya.

Lafaz Takbir:

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ 

Niat Solat Sunat Aidilfitri:

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Rakaat pertama : Takbir 7 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar) dan doa iftitah. Kemudian Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun.

Rakaat kedua : Takbir 5 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar) dan Al-Fatihah serta Al-Ikhlas

SUMBER: ABGTEROR.COM: http://www.abgteror.com/panduan-solat-sunat-aidilfitri-sembahyang-raya/#ixzz236EQALyL

Wednesday, August 1, 2012

Ogos a.k.a. Anniversery

Assalam semua......
Salam Ramadhan.  Hah.......bulan 8 je terasa macam hati berbunga2 ye lahkan bulan lapan lah bulan penyatuan 2 jiwa mama n en. suami. 19 ogos ni genaplah 8 tahun kami melayari bahtera rumah tangga.   hihihi sekejap je masa berlalu kan.Dalam tempoh percubaan ini bermacam dugaan kami lalui.  Bukan senang ye dalam berumah tangga.Ianya perlu mempunyai banyak kesabaran dan tolak ansur.

Namun ada juga masa kesabaran ditahap tepu tidak boleh dinilai dengan akal dan iman...hihihi.  Namun mama bersyukur kerana masih bertahan sehingga kini walaupun ujiannya amat kuat.  Ujian buat kami memang hebat dari awal perancangan hinggalah meniti tahap kematangan kot 8 tahun. Kalau nak diceritakan pahit manis perkahwinan mencecah 8 tahun ni 40 hari 40 malam pon tak habis asenya.... hah biarlah ianya menjadi lipatan sejarah dan asam garam rumah tanggakan...

Namun yg menjadi persoalan buat mama ni hadiah apa nak kasi kt en. suami ni ye.....jom la sama2 pk ye...tapi hadiah tuk mama ada ke??? persoalan yg perlu di ungkaikan....so kita tunggu dan lihat lah ye...

Gambar semasa persandingan kami.  kelakar rasanya bila lihat kembali gambar-gambar lama .......