Salam Ramadhan. Hah.......bulan 8 je terasa macam hati berbunga2 ye lahkan bulan lapan lah bulan penyatuan 2 jiwa mama n en. suami. 19 ogos ni genaplah 8 tahun kami melayari bahtera rumah tangga. hihihi sekejap je masa berlalu kan.Dalam tempoh percubaan ini bermacam dugaan kami lalui. Bukan senang ye dalam berumah tangga.Ianya perlu mempunyai banyak kesabaran dan tolak ansur.
Namun ada juga masa kesabaran ditahap tepu tidak boleh dinilai dengan akal dan iman...hihihi. Namun mama bersyukur kerana masih bertahan sehingga kini walaupun ujiannya amat kuat. Ujian buat kami memang hebat dari awal perancangan hinggalah meniti tahap kematangan kot 8 tahun. Kalau nak diceritakan pahit manis perkahwinan mencecah 8 tahun ni 40 hari 40 malam pon tak habis asenya.... hah biarlah ianya menjadi lipatan sejarah dan asam garam rumah tanggakan...
Namun yg menjadi persoalan buat mama ni hadiah apa nak kasi kt en. suami ni ye.....jom la sama2 pk ye...tapi hadiah tuk mama ada ke??? persoalan yg perlu di ungkaikan....so kita tunggu dan lihat lah ye...
Gambar semasa persandingan kami. kelakar rasanya bila lihat kembali gambar-gambar lama ....... |
No comments:
Post a Comment