Tuesday, May 28, 2013

Aktiviti Anak Beranak

As salam kekawan.......
Hari ni mama nak cite sal aktiviti kami sekuarga pada hari minggu lepas...
Sempena cuti Hari Wesak, Jumaat di tambah dengan cuti hujung minggu jadi kami bercuti selama 3 hari la...best sangat rehat kat umah...

Ah....ah....bila kat umah tu kami mestilah nak makan je keje.......So keje mama hari cuti  masak je lah....mama tak pandai pon masak tapi boleylah makan-makan anak beranak kami...
Bila ada cuti lama sikit dan kebetulan en. somi tak de klas boleylah kami ke Pasar Borong Selangor..kat situ lah semua jenis lauk, sayur mayur, dan buah-buahan berkumpul.....Bila lihat semua rasakan nak tapi kenalah fikirkan jugakkan sebabnya mama dah jarang masak sekarang. kalau hari kerja lansung mama tak masak.   Bila bebanyakkan nanti beku dan terus kejong dalam peti ais tu...Biasanya dah sampai 2 minggu mama pos kan lah ke Tong Sam Pah...Buang duit je kan..Sekarang Masa untuk berjimat....jimatlah sangat...

Kat Pasar Borong Selangor terdapat pelbagai jenis udang, ada udang laut, udang bela kecil besar dan macam-macam pilihanlah.  Dan udanglah makanan kegemaran kuarga mama.... So hari tu kami borong udang je lah sampai berkilo-kilo.  Semuanya udang laut.  Kami memang gemar dan hanya makan udang laut je... Tapi harganya sedikit mahal lah...tapi jika beli saiz yang biasa-biasa je taklah mahal sangat pon.  Dalam 30 -40 je sekilo...ok lah kan janji makanan kegemaran seisi kuarga mama.  Berbaloi-baloi asenya.  Masakan yang kami anak beranak gemar ialah masak lemak kuning udang di campur dengan batang keladi.  Tapi hari tu terlupa nak belikan keladinya...hihihi.. Sebabnya tempat yang selalu mama beli dah habis keladinya jadi dah lupa dah setelah beli sayur-sayur yang lain. 


Masak lemak kuning ni kurang menjadi sebabnya santan yang digunakan sedikit cair...nampak tak menyelerakan kan ?.  Tapi takpelah janji ianya sedap di tekak en.somi dan anak-anak.  Menambah-nambah lagi.  Sekali hadap je habis seperiuk...nampak sangat dah kebuluran masakan mama...almaklumlah lama dah mama tak masak benda-benda kampung sebegini..


Bila ingatkan orang kampung mama masakkan lauk-lauk kampung yang biasa mak mama masakkan...Rindunya kat kampung.


Ini adalah selera anak teruna mama. Suka sangatlah dengan coaktail ni...Jika hari-hari pon tak pe...Nak buatnya amat senang. Pejam mata sebelah pon boleh siapkan...gurauje...


Ni pulak permintaan anak dara mama.  Katanya nak sediakan untuk kawannya yang dah pindah tu.  Katanya ibu kawannya nak hantarkan kawannya kat sekolah untuk sehari bagi melepaskan rindu kepada kekawan....Buatlah si mama ni.. Mama menurut perintah...

Ni pulak big boss umah kami. Semua kene dengar cakap dia.  Nak main game on line  pastu nak kongker tv lagi...geram mama dibuatnya.  Bila hari cuti tu tak de peluang lah mama nak nengok tv.


Bila malam pulak budak berdua ni ajak ke Perhimpunan  Belia Negara...hahaha dah lama tak kuar sampai kul satu dua pagi jugaklah  baru sampai kat umah kami kat Nilai.. Dah lama rasanya kami tak kuar jalan-jalan.  Semenjak ayahnya sambung belajar dah hampir 2 tahun tak kuar ke tempat-tempat gini..Kesian anak-anak mama. Sebenarnya pelbagai mainan yang mereka cuba tapi semuanya mama tak ambik gambar.  Ni je lah yang mama ambik...Layan je lah gambar kat bawah ni dah kering idea mama nak tulis...


Abang dah dimasukan ke dalam belon. Haha duduk lah kat dalam tu...sampai semput nak bernafas..


Ni pon sama tengah memasukan udara ke dalam bebola tu...


Ni pulak giliran adik di masukan ke dalam bebola tu...


Sempat memberikan posing yang menarik gak adik ni...


Nak main bebola ni bukannya senang-senang tau kene ambil nombor giliran dan beratur panjang.  Pastu tiketnya 10 hinggit satu kepala.  Sama gak mainan motor kecik dan menembak...banyak abahnya disembelih oleh budak bedua ni...


Gambar mama pon ada.  Sempat di ambil oleh abahnye...nape dengan mata adik tu...