Thursday, July 21, 2016

Raya 2016

Assalamualaikum....
hari-hari duk baca crita orang pasal hari raya...baca...dan baca...tak dek rasa pon nak up date pasal raya sendiri...Tapi hari ni terasa amat bosan lah pulak semua bos-bos tak dek kat opis ...up date lah kan...lagi pun guna tablet sendiri....apa kesahkan..

Macam orang-orang lain jugak beraya...meriah...pegi sana pegi sini, buat ketubat daun palas sendiri dengan mak,  tapai daun getah, kek, biskut dan macam-macam....kemeriahan tetap sama di hati ini dan anak-anak serta seluruh keluarga namun agak sedikit sangat gambar raya tahun ini...Macam diseru-seru tahap kemalasan untuk berposing ...

Bersyukur masih diberi pinjam ibu dan ayah, mertua adik beradik, suami dan anak-anak serta keperluan...Bersyukur sangat....Beraya dalam keadaan besederhana sahaja namun tetap meriah dan menghargai satu sama lain.  Tahun ini beraya dalam keadaan berhati-hati kerana kesihatan ayah tidak begitu baik...Ayah disahkan ada penyakit buah pinggang tahap 3....kami banyak beri tumpuan untuk ayah.... 

Walau agak sikit posing raya namun tetap nak simpan kat sini...Harapan Ramadhan dan Syawal tahun hadapan akan ketemu lagi dengan nikmat yang masih diberi pinjam ini...Malasnya nak menulis...tengok je lah gambar-gambar yang agak biasa-biasa saje...


 Ni beraya kat opis je..dengan kawan-kawan opis sempena Majlis Raya KKLW


 Ni pon sama, berposing sakan dengan geng opis



 Bergambar dengan mak dan ayah...Mohon sangat agar Allah panjangkan usia orang-orang yang ku sayang.. Lepas salam-salam terus melompat umah mertua pulak...dah sekampung senang... 



 Bersama ipar duai, ibu bapa mertua semestinya sebelah suami...Kami dari kampung yang sama, agak senanglah berlari kat sini sekejap kat umah sendiri sekejap.  Dalam sehari berpuluh kali pon tak pe...Janji semua merasa..

Tu je gambar raya 2016