Sunday, May 20, 2012

Penat...

As salam semua.......
hari-hari mama penat beleter kt teruna sal gigi kekal sebatang tu..
Sekarang gigi kekal dah tumbuh sebatang so kene lah  jagakan kot-kot kan ?

So mama terjumpalah artikel ni kt Utusan Malaysia on line ni...jom lah sama-sama......

Gula punca gigi reput
PEREPUTAN gigi berlaku apabila asid memusnahkan lapisan keras gigi dipanggil enamel. Asid ini terhasil daripada plak. Plak mempunyai kuman yang hidup dengan makanan bergula. Proses menghadam gula menjadikan asid bertindak balas terhadap permukaan gigi.
Lama-kelamaan, pereputan gigi boleh menyebabkan lubang pada permukaan gigi. Sekiranya dibiarkan, kaviti akan menjadi besar dan akan memusnahkan gigi.
Sekiranya anda mempunyai kaviti, berjumpalah doktor gigi. Doktor gigi akan menampal gigi anda untuk mengelak kaviti menjadi lebih besar.
Asid mulut sentiasa menyerang permukaan gigi anda. Akan tetapi, pereputan gigi tidak berlaku secara serentak. Ini kerana terdapat elemen lain di dalam mulut yang memperkuatkan dan menghalang pereputan gigi. Satu daripada elemen itu ialah air liur. Air liur mempunyai mineral yang membantu memperkuatkan gigi. Florida, mineral semulajadi yang terdapat dalam air dan ubat gigi, juga membantu memperkuatkan gigi.
Berikut adalah beberapa tip untuk menghalang pereputan gigi: