Assalam...
Rasa dah lama beno tak menulis blog ni bagaikan bertahun lamanya kan..
Malasnya makin menjadi-jadi...Aktiviti percutian berjalan seperti biasa boleh dikatakan dalam tempoh 2@3 bulan mesti je pergi bercuti ke tempat-tempat menarik dalam malaysia samada hari minggu atau hari bekerja (Anak-anak sekolah mama dan abah cutikan) Tapi tak jugak tertarik nak menulis...Virus apakah yang sedang melanda ni...
Namun petang ni memandangkan kedua-dua bos tak de kak opis dan kerja pon tiada semuanya telah diselesaikan mama cuba lah jugak menaip pos yang tak tau nak cite apa sebenor-benornya ni.. Sebenarnya idea pon macam takde tapi menaip lah jugak...Hati masih berbaki kesedihan berkenaan dengan "Pemulangan Jenazah Mangsa MH17...otak pon tepu je bila ingatkan kisah ini..
Namun berbalik kepada tajuk asal mama yang usia perkahwinan mama dah menjangkau 10 tahun..Sekejap je rasa dalam kita menggagah meneruskan kehidupan yang biasa-biasa saje telah pon mencapai jubli perak dah..Tarikh keramat tersebut ialah 19 Ogos 2014..
Mama amat bersyukur kerana diberi kekuatan dalam mengharungi perkahwinan ini. Sesungguhnya badai perkahwinan ini bukan sedikit namun ketabahan, kesabaran serta redha itu amat perlu ada dalam perhubungan suami isteri. Untuk menghadapi karenah anak-anak juga perlu persefahaman yang tinggi antara suami isteri.. Bermacam-macam dugaan samada kecil atau besar perlukan tolak ansur...
Sepanjang perjalanan ini banyak kenangan manis dan pahit yang telah kami harungi. Dan mama amat berterima kasih kepada suami yang selama ini cuba untuk memahami, belajar dan bersama-sama membina institusi kekeluargaan kami...Walaupun tahun ini banyak dugaan yang Allah Taala menguji kami namun kami masih gagah bersatu...Tiada apa pon lagi yang mama minta sebagai hadiah kerana semuanya mama telah miliki dan en. suami cuba penuhkan dengan sekadar yang mampu...
Setelah 10 tahun mengharungi kehidupan kini kami mempunyai target dalam mencari simpanan dan bekalan dunia dan akhirat. Diharap perjalanan hidup kami akan lebih berkat dan berjaya...
Selamat menyambut Anniversary yang ke 10 buat mama dan abah...Moga kita kekal bersama dunia dan akhirat. Moga next target berjaya...Amin