Hari ni nak bebel pasal makan lagi...Macam biasalah kami kumpulan orang-orang tua kat opis ni menjelajah lagi mencari kelainan dalam santapan tengahari...
Minggu lepas kami ke Kedai Tapak Sulaiman katanya..Nak citepon payah lokasinya ape ek...cer google kot ada sebabnya kedia ni pernah masuk dalam JJCM tahun bila entah. Untuk makan tengah hari harus lah di booking terlebih dahulu..Sekiranya tidak menempah terlebih dahulu katanya tidak dilayan...Menu adalah sama semuanya. Menu yang berbeza mengikut hari. Kebetulan hari yang kami booking tu adalah menu ketam masak lemak cili padi, ikan goreng kicap, ayam goreng, sambal, air boleh dipilih lah..MAsakannya boleh tahan lah sedapnya tapi yang tak tahannya sayalah sebab jenis lidah tak tahan pedas. Maaf ye disini tidak mengambil menu-menu yang disediakan mengikut hari ye...sebab memang dapat meja paling belakang...itu pon berebut-rebut. Konsep makan disini sapa datang cepat dialah yang dapat meja terlebih dahulu. Sekiranya tiada meja alamaknya kenalah tunggu giliran...
Hah nampak tak makanan kami tu...Menyelerakan kan..Ala-ala makan kat umah gitu dengan gaya masakan yang bersahaja..Bila makan je ingat mak je..Stail kampung-kampung ni.. Nasib baik kami cepat dapat meja , tapi adatlahkan menunggu tu.. Kedai femes amos ni haruslah beratur..kihkihkih
Geng rombongan mak jemah...nampak dah tak sabar dah ni..hanya tunggu pinggan nasi je ni dah nak ngap dah...Air sirap limaunya memang best..Teringatkan kenduri kahwin pulak...
Gambar tidak menunjukkan kesesakan yang real sebabnya tak berani nak bangun dengan beria-ria nak snap pic...malu owh ramai gile orangnya..Dengan yang berkumpul kat luar lagi menunggu meja...hurm...Canne lah orang sekitar Putrajaya ni tahukan kedai dalam hutan pon... kan..???
Maka...kami se rombongan menuju lah kekedai yang dituju...dari jauh dah nampak orang ramai menunggu meja kat situ...Dengan gigih menuruni bukit...
sekian tuk hari ini...