Buat anak nda tercinta, sambil mama bermalas-malasan di atas katil ini, terbaring menaip entri kali ini mama terfikir akan masa depan abang...
Mama teramat bimbangkan abang sekiranya abang terbawa-bawa sifat sebegitu dengan insan-insan lain nanti. Setiap hari mama ingatkan abang supaya kita manusia perlu ada ehsan dengan manusia barulah apa yang kita ada akan diberkati dan di rahmati. Sesungguhnya bila kita mempunyai sifat ehsan maka tidak luak sebaliknya berganda-ganda Allah akan membalaskan.
Abang...mama tahu sangat anak mama ini memang seorang yang lembut hatinya namun mungkin disebabkan masih kecil dan belum baligh lagi abang sememangnya tidak dapat memahaminya lagi namun mama harap dan setiap kali berdoa agar besar nanti abang akan menjadi anak yang soleh.
Abang masa depan amat mencabar oleh itu segala nasihat dan pesanan mama dan abah harap abang akan mengingati selalu.Abang sekarang ini abang berada disebelah mama sambil memeluk mama diharap keakrapan kita berkekalan hingga selamanya.Begitu juga abang akan sentiasa akan mempraktikkan didikan mama untuk dunia dan akhirat.
Abang mungkin sekarang mama boleh meleteri abang tapi nanti besar nanti abang hanya boleh membaca entri mama ini sahaja.Abang dikesempatan ini mama nak ucapan terima kasih sangat kerana menjadi anak mama yang baik walaupun ada sesetengah perangai abang yg mama perlu selalu ingati.itu bukan salah abang pon mungkin itu sifat keturunan. Demi kasih sayang mama kepada abang, mama akan selalu akan mengingati abang hingga akhir hayat mama..i love u