Tuesday, December 6, 2016

Morib - Percutian Ala kadar

Assalam...
Hah..berzaman mengabaikan blog ni....
Bukan tak ingat tapi memang mama dan keadaan tidak mengizinkan....Ya lah kan sekarang dah pindah tempat kerja dah...dari KKLW ke JKM Putrajaya...
Rupanya dulu kita tengok je dari jauh bestnya kerja di bangunan KPWKM...sekarang dan kat sini tapi baru ku tahu kesibukan yang amat sangat...almaklumlah kan kebajikan kepada masyarakat...Boleh dikatakan Oh My GOD...memang bizi lain macam upanya kat sini.....nangis weh...

Baru sekarang ada mood nak up date blog ...ada sedikit semangat setelah ditimpa sunami kerja ....
Dah tak tahu nak up date apa dah...semuanya dah bercampur aduk dah terlalu banyak cite...sudahnya langsung tak tau nak tulis apa dah...semuanya cerita dah basi....

Ok lah saya cite kisah yang suam-suam kuku je lah dulu baru weekend lepas ...Sempena  cuti sekolah bapaknya telah booking Morib Goalcoast..2 hari 1 malam...Untuk anak-anaknya bermain air..Secara ringkasnya biliknya bolehlah tahan luasnya untuk kami 4 beranak..2 Katil King...Gambar bilik memang lansung tak ambik rasanya...kelengkapan macam biasalah tv..peti ais tu je lah..Tapi yang jadi kegilaan anak-anak kami ialah jakuzi....betul ke idak ejaan tu almaklumlah 1st time kot gi hotel ada benda alah ni....


Budak berdua ni ...tak sudah-sudah berendam dalam air..memang berbaloi-baloi lah percutian kali ni...bila siang hari kat waterpark disambung pulak kat bilik..Waterpark dibuka pada pukul 8.00 pagi hingga 7 petang.  Kami check in kul 3.00 petang terus terjun kolam sampai kul 6.30 petang.  Keesokan check out kul 12.00 tepat...sepagi itu lah mereka berendam kat kolam bawah tu.

Gambar Ehsan dari Fb anak dara
Suasana dan persekitaran boleh dikatakan cantik dan bersih.  Anak-anak selesa untuk main.  Disebelah malamnya ada permainan berbayar seperti memanah..permainan yang macam dekat funfair tu la...anak-anak pon tak main just main memanah je 10hinggit 15 mata panah...dah cukup...



Bagi sesiapa yang malas nak kemana-mana kat tepian pantai ada tempat yang romantik untuk menikmati makan malam dengan hidangan panas seperti ikan dan sea food bakar...memang best sangat....harganya pon tak mahal...hanya boleh menikmati ikan kembung seekor hanya harga 1.90 seekor..pelbagai masakan boleh pilih...

Dengan percutian yang pertama di musim cuti sekolah ini anak-anak amat gembira...Lain kami bolehlah berkunjung lagi


No comments: