Thursday, May 17, 2012

Ikan Siakap Stim Tomato

Resepi ni seingat mama mengambilnya di dalam kongsi resepi kot....Dah tak ingat dah  sebabnya dah bertahun sudah.  Sekarang kalau nak masak stim dah tak yang tengok resepi dah kan...hihihi (berlagak ye!)

Lauk ini hanya En. suami je yg teramat suka....so dalam sebulan ada lah 2 @ 3 kali buatnya.  Cara membuatnya agak senang dan cepat campak je pon dah boleh makan dengan berselera.

Bahan-Bahannya ialah : 

Ikan siakap
Serai 
Halia
Bawang putih 
Bawang besar
Tomato
Cili api
Limau nipis/limau kasturi
Jikalau suka boleh lah letak daun limau purut
(semua di hiris dadu)

Cara-caranya ialah :
Lumurkan ikan dengan Garam + Gula + Ajinomoto
Perapkan seketika di dalam aluminium foil
Kemudian Taburkan dengan bahan-bahan yang di hiris dadu tadi
Kemudia lagi perahkan limau nipis@kasturi semacam ada air yang boleh di buat kuah
atau boleh jugak tambahkan air
Disini saya hanya menagak-agak rasanya biar secukup rasa...
Setakat ni ok la lagi rasa boleh di terima oleh en. suami.
Sedap.......dan berkhasiat

Ikan feveret en. suami...

No comments: