Saturday, April 21, 2012

Mee kari


Mee kari adalah feveret en. suami. Resepi mee kari ni adalah dari ibu mertua mama. Sekarang jom sama - sama tengok camne nak masaknya.

Bahan-bahan :

Bawang Merah ( 2 biji saiz besar)
Bawang putih ( 2 @ 3 ulas)
Cili kering ( 7 @ 8)
Taucu ( 1 @ 2 sudu)
Rempah kari ( 3 @ 4 sudu)
Kerang (ikut kemahuan)
Ubi Kentang ( 6 @ 7 biji sederhana besar)
Mee kuning
Taugeh celur
Tauhu goreng/digorengkan
Sawi celur
Telur kalau mahu
Daging lembu/Tulang
Serai

Cara-caranya:

a.  Bawang Merah + Putih + Cili kering di kisar
b.  Kerang di rebus dan di kopek isi
c.  Ubi kentang direbus, kemudian di kopek kulit dan di hancurkan (Blander)
d.  Daging di rebus dengan air yang banyak untuk dibuat kuah

......Bahan a di tumis sehingga naik baun
......kemudian masukkan rempah kari
......Biarkan ia naik minyak + serai + taucu
......masukkan kerang +  daging + tauhu sehingga sebati (b + d)
......masukkan ubi kentang yang telah di hancurkan (c)
......Bila dah sebati masukkan air rebusan tulang/daging
......kemudian tunggu sehingga gelegak.
......Sekiranya inginkan kuah yang pekat biarkan lama mendidih
.....Bila dah mendidih masukkan bahan perasa seperti garam + asam keping/asam jawa
     + Ajinomoto  +  Gula (ikut citarasa sendiri)

Sekiranya berpuas hati dengan rasa bolehlah letakkan telur rebus + sawi + bawang goreng + lobak jeruk dan sebagainya......makan.....sekian

* sharing is caring




No comments: