Wednesday, April 25, 2012

Ketam sambal


Ini makanan feveret teruna dan dara.
Kalau mama masakkan lauk ni alamak mama tak makan nasi la....
sebabnya mama lah terpaksa kopekkan untuk dia orang...apa-apa pon mama bekorban untuk teruna dan dara. demi kesukaannya.

Bahan -bahan :

Ketam
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Bawang besar
Sos cili
Gula
Garam

Cara-cara :

Ketam direbus bersama sedikit garam + serai
Bawang merah + Bawang putih + Bawang besar + lada kering (di blanderkan sehingga lumat)
Di tumis dengan minyak panas sehingga masak (hilang bau bawang)
Kemudian masukkan sedikit air supaya ianya berkuah
Selepas nampak mendidih bolehlah masukkan Garam + Sedikit gula + Perasa + Sos cili + Sedikit air asam jawa (secukup rasa)
bagi sesiapa yang gemarkan tomato + serai boleh lah masukkan terlebih dahulu.
Kemudian masukan bawang besar + ketam yang di rebus tadi.
Bila sebati bolehlah di hidangkan.
Makan.........

* mama tidak menghias makanan mama kerana gambar ini di ambil dalam keadaan betul2 dah nak makan.    Rasanya tak perlulah mama hias bagai  cukuplah sekadar begini saje.hihihi


 

1 comment: