Tuesday, April 17, 2012

Solat

Solat adalah tiang agama...

  • Solat adalah tiang agama.  Sesiapa yang mendirikannya dengan sempurna bermakna dia telah mendirikan agama dengan teguh dan sesiapa yang meninggalkannya bermakna dia telah meruntuhkan agama.  Solat juga adalah intipati perjanjian antara Allah dan hambaNya.  Sesiapa yang meninggalkan solat maka bermakna dia telah memutuskan janji dan ikatannya dengan Allah.
  • Solat adalah kewajipan pertama yang akan dihisab di hari akhirat kelak.  sekiranya solat ditunaikan dengan baik maka akan baiklah amalan-amalan lain.  Sekiranya solatnya rosak maka akan rosaklah semua amalan yang lain.
  • Meninggalkan solat adalah antara dosa yang paling besar dan maksiat paling dahsyat di sisi Allah.  Allah telah mengancam orang yang meninggalkan solat di dalam Al-Quran dan melalui lidah NabiNya bahawa Dia akan merasakan azab yang dahsyat kepada orang yang meninggalkan solat.
  • Kesan daripada seseorang insan tidak menunaikan kewajipan dan melanggar batasan larangan haram yg terdapat dalam syariat islam ialah agamanya akan semakin lama semakin menipis.  Apabila keadaan seperti ini berjalan dalam tempoh yang lama, maka penghayatan agama di dalam diri insan akan hilang.

*Peringatan untuk diri sendiri juga

No comments: