Wednesday, April 25, 2012

Laksa peneng ala mamanora


Bahan-Bahan :

Ikan Sardin/ selaye ( 8 @ 10 ekor sederhana besar)
Bunga kantan
Daun kesom
Asam keping (secukup rasa)
Bawang merah (2 @ 3 biji yg sederhana besar)
Bawang Besar (1 @ setengah biji)
Cili kering (Ikut kemahuan)
Cili padi

Cara membuat :

 Rebus ikan ( asam keping + sedikit garam)
 Isi ikan rebus + Bawang Merah + Bawang Besar + lada kering + Cili padi
 Masukkan ke dalam periuk + Air (Jangan terlalu banyak air nanti cair yang sedang2 saje)
 Biarkan mendidih kemudian letakkan Daun kesum + Bunga Kantan
 Tunggu sehingga kepekatan yang munasabah,
Masukkan Asam keping + Garam + Sedikit perasa (Secukup rasa)
Bila dah semua rasa mengikut citarasa bolehlah padamkan api.

Laksa boleh dibeli yang segera atau yang kering.  yang kering perlu di rebus terlebih dahulu.

Bila di hidang bolehlah makan bersama ;
# Telur
# Salad
# Nenas
# Timun
# Cili potong

pas tu....makan

  ........ sharing is caring.........


 

Kari kepala ikan

Ini pulak feveret En. suami
Kepala ikan merah agak murah bila dibeli di Pasar Borong Selangor

Bahan-bahan :

Sebiji kepala ikan merah
Santan
serbuk kari
Bawang merah
Bawang putih
Rempah ratus (Bunga lawang + Bunga cengkih+kayu manis+.......)
Halia
Lengkuas
Cili kering @ cili boh

Cara-cara :

Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak
Tumiskan Rempah ratus terlebih dahulu
kemudian terus masukkan bawang merah + bawang putih + halia + Lada kering/cili boh)
Sesudah masak (naik bau) masukkan serbuk kari .
Tumis sehingga naik minyak kemudian masukkan sedikit air
Bila sedikit mendidih masukkan kepala ikan tadi.
Jangan terlalu kerap mengacau atau mengusik kepala ikan nanti hancur ye
hanya sekali sekala je yang penting perlahankan api
Bila dah nampak sedikit mendidih masukkan santan.
Bila dah santan mendidih bolehlah masukkan terung @ bendi
masukkan garam + sedikit gula melaka + Asam keping
Bila dah sedikit naik minyak boleh lah perlahankan api. kemudian letak tepi
jangan biarkan periuk di atas dapur td nanti kuahnya tak cantik....
Makan........

 

Ketam sambal


Ini makanan feveret teruna dan dara.
Kalau mama masakkan lauk ni alamak mama tak makan nasi la....
sebabnya mama lah terpaksa kopekkan untuk dia orang...apa-apa pon mama bekorban untuk teruna dan dara. demi kesukaannya.

Bahan -bahan :

Ketam
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Bawang besar
Sos cili
Gula
Garam

Cara-cara :

Ketam direbus bersama sedikit garam + serai
Bawang merah + Bawang putih + Bawang besar + lada kering (di blanderkan sehingga lumat)
Di tumis dengan minyak panas sehingga masak (hilang bau bawang)
Kemudian masukkan sedikit air supaya ianya berkuah
Selepas nampak mendidih bolehlah masukkan Garam + Sedikit gula + Perasa + Sos cili + Sedikit air asam jawa (secukup rasa)
bagi sesiapa yang gemarkan tomato + serai boleh lah masukkan terlebih dahulu.
Kemudian masukan bawang besar + ketam yang di rebus tadi.
Bila sebati bolehlah di hidangkan.
Makan.........

* mama tidak menghias makanan mama kerana gambar ini di ambil dalam keadaan betul2 dah nak makan.    Rasanya tak perlulah mama hias bagai  cukuplah sekadar begini saje.hihihi


 

Teresek kacang + ayam goreng berempah


Jom belajar makanan orang kampung kami........
Teresek ni makanan yang selalu di sediakan semasa kenduri kendara kt tempat kami...United Jerteh
Amat famous sekali best sangat....hihihi perasan kan?

Jom kita belajar sama-sama:

Bahan-Bahan

Bawang Merah
Bawang Putih (Sedikit sahaja)
Bawang besar
Lada Merah Besar
Lada kering
Rempah kari
Halia
Rempah ratus (Bunga lawang + kayu manis dll)
Kerisik

Cara-cara :
Tumiskan rempah ratus kemudian masukkan bawang merah + putih yang telah di mayang + halia
Bila nampak kekuningan + Lada kering (Di kisar)

Tumis sehingga masak (Hilang bau)
Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air
Tumis sehingga masak@ naik minyak
Masukkan ayam (slalunya kami hanya menggunakan kepak, kaki ayam, lehir)
Sehingga menampakkan sedikit masak + garam + gula melaka (nise)
Bila dah rasa sebati + Santan + Asam keping + Kerisik
Biar kan sehingga menggelegak . Jangan sampai pecah minyak
Angkat ...letak di tempat yang tak panas.. tu je...hidang.

Ayam Rempah simple plak.

Kunyit serbut + Garam + sedikit Ajinomoto  + Serbuk kari + Cili kering
Lumur ke Ayam...Goreng ...Makan



Jom Jalan..

Assalam semua...
dah lama dah rasa tak berjalan-jalan. Teringin la pulak nak berjalan.hehehe sempena en. suami kita ni bercuti seminggu dr kesibukan belajar eloklah rasanya mama ambik kesempatan ini untuk pegi honeymoon yg ke berapa kali kan tak gitu....tapi di mana ye???

Sesekali mama terasa nak pegi ke suasana pulauan. sekali terasa nak ketempat hijau yg luas terbentang sambil menyedut udara yg nyaman.ada jugak terasa nak shopinggggggg je.mentang2 lah tunggakan gaji baru dapat macam2 yg diangankan.  Bukan ape anak2, teruna dan dara asyik cakap je yg kita dah lama dah tak berjalan-jalan....

kesian la pulak lau sebelum ini sebulan sekali mesti balik kampung.  sekarang dah 2 bulan dah tak jenguk mak ayah kt kampung.  Tapi untuk pengetahuan orang yg nun jauh di desa kami teramat rindukan semua. Bila cuti agak panjang nanti barulah kami dapat pulang tapi doakan kami cepat pulang ye.....tapi yang mana satu ni....  Rasanya semua nak...!Boley.........

Apa2 pun kami dalam peringkat perbincangan je pon...harap2 Allah mempermudahkan urusan kami.  ya lah kan kita yang merancang Tuhan yg menentukan....Amin

Tuesday, April 24, 2012

Kata-kata sebelum tidur

Seperti biasalah rutin kami anak beranak seperti yang diceritakan sebelum ini namun malam ni sebelum tidur sambil terbaring di atas katil ni sempat jugak mama coretkan cerita kami anak beranak tuk hari ini. Malam ni mama tunaikan permintaan teruna untuk makan malam dengan bawal sambal. so selamat lah dilaksanakan.  lega rasakan hati seorang ibu bila dapat laksanakan harapan anak walaupun perkara yang dah biasa.  Sekarang teruna pon dah tidur manakala dara masih berkepit di ketiak ni tuk dimanjakan sebelum tidur. mata mama pon dah tak boleh nak bukak dengan seeloknya ngantuk yg amat dah ni. sebab hari ni agak penat sedikit kene drive sendiri ke tempat keje. ok lah sebelum mama tutup untuk malam ni mama sediakan gambar lauk kami malam ini. Wassalam


Ikan bawal sambal ala mamanora.......

Monday, April 23, 2012

Rutin hari ini

Assalam semua...
Seperti biasalah  celik je mata bersiap ke tempat kerja..
turun dari rumah jam 6.30 am masih gelap tak nampak tanah lg bak kata orang tua2. namun pulang kerumah pon gelap gak lebih kurang jam 7.00 pm. hurm gini lah rutin hidup kami hari berganti hari sehinggakan jiran sebelah rumah pon dah lama tak bersua. raya nanti lah agaknya jumpa pulak hihihihi...

Walaupun hari ni agak lewat sampai tapi sempat jugaklah mama masakan lauk permintaan en. suami kita iaitu kerutuk daging dan ikan bawal cermin je...tapi budak berdua ni merajuk lak sebab tak masakan lauk feveret dia orang iaitu bawal sambal.

Tapi mereka berdua tetap memakannya. ya lah nak tak nak kene la jugak makan dah tak de lauk lain dah.  kalau tak berlapar lah malam ni. tapi bila dah makan siap meratah lagi daging tu.so keje mama dah habis lah sebab sekarang kami dah berada di dalam bilik dah bersiap sedia untuk tidur. So selamat malam semua Assalamualaikum.