Thursday, August 9, 2012

Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

As salam semua kekawan.....
Lagi seminggu kita semua umat islam akan mendapat hadiah istimewa daripada Allah S.W.T atas kemenangan umat islam dalam menghayati bulan Ramadhan iaitu Idulftri.

Di sini saya berkesempatan untuk belajar dan menghayati langkah-langkah sembahyang raya.  Bukan apakan  hanya memperangatkan kembali almaklumlah hadiah ini hanya setahun sekali sahaja namun tak salah kita mempelajari dan memperangatkan balik bacaan dan langkah-langkahnya kan.  So jom kita sama-sama mempelajarinya.

Lafaz Takbir:

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ 

Niat Solat Sunat Aidilfitri:

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Rakaat pertama : Takbir 7 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar) dan doa iftitah. Kemudian Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun.

Rakaat kedua : Takbir 5 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar) dan Al-Fatihah serta Al-Ikhlas

SUMBER: ABGTEROR.COM: http://www.abgteror.com/panduan-solat-sunat-aidilfitri-sembahyang-raya/#ixzz236EQALyL

Wednesday, August 1, 2012

Ogos a.k.a. Anniversery

Assalam semua......
Salam Ramadhan.  Hah.......bulan 8 je terasa macam hati berbunga2 ye lahkan bulan lapan lah bulan penyatuan 2 jiwa mama n en. suami. 19 ogos ni genaplah 8 tahun kami melayari bahtera rumah tangga.   hihihi sekejap je masa berlalu kan.Dalam tempoh percubaan ini bermacam dugaan kami lalui.  Bukan senang ye dalam berumah tangga.Ianya perlu mempunyai banyak kesabaran dan tolak ansur.

Namun ada juga masa kesabaran ditahap tepu tidak boleh dinilai dengan akal dan iman...hihihi.  Namun mama bersyukur kerana masih bertahan sehingga kini walaupun ujiannya amat kuat.  Ujian buat kami memang hebat dari awal perancangan hinggalah meniti tahap kematangan kot 8 tahun. Kalau nak diceritakan pahit manis perkahwinan mencecah 8 tahun ni 40 hari 40 malam pon tak habis asenya.... hah biarlah ianya menjadi lipatan sejarah dan asam garam rumah tanggakan...

Namun yg menjadi persoalan buat mama ni hadiah apa nak kasi kt en. suami ni ye.....jom la sama2 pk ye...tapi hadiah tuk mama ada ke??? persoalan yg perlu di ungkaikan....so kita tunggu dan lihat lah ye...

Gambar semasa persandingan kami.  kelakar rasanya bila lihat kembali gambar-gambar lama .......

Tuesday, July 24, 2012

Rabu mood malas

As salam semua...
Mama baru lepas sahur ni sambil tunggu masa nak mandi solat dan pegi kerja.  Hari ni rabu malasnya nak pegi kerja coz dah 2 hari dah lepak kt umah menjaga teruna demam dan naik bertih. So hari ni tiba turn en. suami lak yg cuti.  Tapi mama rasa malas betul nak siapkan diri ketempat keje lau tak ingatkan nak simpan cuti tuk raya ni mama sambung je tidur ....zzzzzz best..dengki asenye dgn en. suami....

So wassalam lah mama perlu mandi n solat...jom


Monday, July 23, 2012

Ramadhan

As salam....jom kawan2 kita menghayati nasihat dan panduan yang mama pinjam kan ini dr Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.

moga Ramadhan tahun ini lebih baik dr tshun yg sudah.


3 Ramadhan...selamat datang

As salam semua...
hari ni dah tiga Ramadhan dah baru lah mama terpanggil nak post kan sal Ramadhan bulan yang mulia ni...Harapan tidak terlambat untuk ucapan selamat menyambut bulan Ramadhan. Harapan mama agar kita sama2 menghidupkan bulan yg mulia, berkat dengan amalan yang baik belaka.

Tahun ni Ramadhan mama berhasrat untuk berjimat dan mengurangkan aktiviti menjelajah pasar Ramadhan bukan apa seperti tahun2 yg lepas mama banyakberbelanja membeli makanan kat bazaar tetapi hanya makan lebih kurang sahaja. Banyak yg tidak menepati selera.  ya lah tahun yg sudah en.suami selalu lambat keluar ofis maka haruslah membelinya kerana kekangan masa.hihihi.Alhamdulillah tahun ni sedikit kurang bznya.

Tuesday, July 17, 2012

Singge Tulang Lembu


Kalau lauk 'singge' ni popular sangat orang kt kampung kita....jerteh lah mane lagi kan. Selalunya time raya korban bertambah-tambah lah banyaknya  sebab ianya tidak terlalu muak berbanding dengan gulai daging...Lauk ni pon salah satu feveret kami sekeluarga.  Tak sah lah kalau dalam sebulan 3 @ 4 kali.  Biasalah menu masakan sentiasa berulang-ulang je mama ni buat apa yang suke je.....

Untuk masak ni senang je.....





Weekend

As salam semua......
Dalam minggu ni banyak sangat hal yang telah kami lalui namun tak terpanggil nak up date blog mama ni oleh kerana ' spoil mood'.....le rase..entah nape?  Nak cite satu persatu rasanya banyak sangat la....plak kan tapi ok lah mama pendekkan ye.

Weekend lepas bermula dengan penat dan berakhir dengan penat  di Casa Calcado..huhuhu. tapi best la jugakkan dapat bersama geng-geng and family diaorang. Anak-anak pulak berpeluang mandi kolam sampai puas.  Mungkin ini pengalaman baru bagi anak-anak.walaupun en. suami sibuk namun ianya banyak berbakti kepada kami ketika itu...

 Di penghujung ahad syukur jugak dapat bersama dengan mak, nenek dan adik beradik bershoping di IOI Mall Puchong..Puas hati dapat melayan kuarga cam gini sekali sekala bershoping sakan dan makan-makan.  Walaupun perjumpaan agak sekejap dengan mereka tapi cukup berpuas hati.  Selepas itu mereka terus pulang ke kampung halaman...

Kini kepenatan beransur hilang walaupun banyak kerja rumah telah tertangguh.  Ianya  perlu di lakukan dengan segera sebelum menjelang Bulan Ramadhan ini.  Syukur jugak kehadrat Illahi kerana telah memberikan kekuatan dan kesabaran dalam menggantikan puasa yang lepas...

Kini kita sama-sama menunggu kedatangan bulan mulia...


Bersungguh-sungguh afik n amirah bermain air sampaikan baju yg sepatutnya kt depan dah berubah ke belakang...hihihi