Monday, July 23, 2012

3 Ramadhan...selamat datang

As salam semua...
hari ni dah tiga Ramadhan dah baru lah mama terpanggil nak post kan sal Ramadhan bulan yang mulia ni...Harapan tidak terlambat untuk ucapan selamat menyambut bulan Ramadhan. Harapan mama agar kita sama2 menghidupkan bulan yg mulia, berkat dengan amalan yang baik belaka.

Tahun ni Ramadhan mama berhasrat untuk berjimat dan mengurangkan aktiviti menjelajah pasar Ramadhan bukan apa seperti tahun2 yg lepas mama banyakberbelanja membeli makanan kat bazaar tetapi hanya makan lebih kurang sahaja. Banyak yg tidak menepati selera.  ya lah tahun yg sudah en.suami selalu lambat keluar ofis maka haruslah membelinya kerana kekangan masa.hihihi.Alhamdulillah tahun ni sedikit kurang bznya.


Ramadhan tahun ni telah membuka tirai dengan keadaan mama yg uzur maka tak dapatlah mama memulakan puasa 1st Ramadhan namun2nd mama dh diboleykan.Ramadhan kali ini juga menguji kami dengan kesakitan teruna dengan bertih.  Dah empat hari teruna mengalami bertih. esoknya masuk hari kedua mama cuti kerja menjaga nya. Namun hari rabu dan khamis tiba pula giliran en. suami cuti menjaga teruna. Teruna mendapat Mc Selama 3 hari je namun giliran en. suami akan membawanya kembali ke klinik.Harapan mama agar teruna cepat sembuh.

Di sini jugak mama berkesempatan meletak gambar2 menu yg telah menjadi juadah pembuka puasa mama sekeluarga. ooopssss sori ye mama lupa dan up load ke dlm tab ni.  lain kali ye mama cuba ya....sori ye jangan marah...








No comments: