Sunday, April 29, 2012

Tip Jimat Tenaga Telefon Pintar

Telefon pintar secara tiba-tiba menjadi kegilaan pada masa kini.  Di mana-mana sahaja pasti dapat melihat individu yang menggunakan gajet canggih itu.

Namun masalah yang sering kedengaran berkaitan gajet dengan pelbagai aplikasi itu adalah ia kerap kehabisan kuasa bateri sehingga ada yang perlu membawa pengecas ke mana-mana sahaja.

Berikut adalah antara langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah bekalan tenaga daripada bateri cepat habis:)


  1. Paparan ~ Hidupkan tetapan automatik kecerahan paparan atau rendahkan tahap keterangan.
  2. Sambungan ~ Matikan sambungan WIFI apabila tidak digunakan kerana ia akan terus mencari sumber sambungan WIFI jika dibiarkan. Cuba guna Bluetooth berbanding WIFI.
  3. Perkhidmatan Lokasi ~ Matikan aplikasi perkhidmatan mencari lokasi kerana ia akan sentiasa mengenal pasti lokasi terbaharu secara automatik.  Ia akan menggunakan bekalan tenaga dalam kuantiti yang banyak.
  4. Data ~ Kurangkan menonton video di youtube kerana sambungan 3G boleh mengurangkan tenaga dengan cepat.  Jika bateri sudah lemah matikan sambungan 3G supaya telefon masih dapat berfungsi untuk membuat panggilan atau SMS.
  5. Perkhidmatan push ~ Matikan perkhidmatan push dan sync latar belakang selain fungsi fetch juga perlu ditukar seting sabagai manual.
  6. Perisian ~ Bagi penggunaan Android.  Muat turun perisian Juice Defender ia berfungsi dengan cara automatik meletakkan set telefon pengguna selain mematikan data pada waktu malam.

Weekend ini

Assalam semua....
Cerita minggu ini cmbiasa2 jugak kene lipat kain, basuh kain,gosok pakaian...hahaha tapi minggu ini nk citenye banyak ckit kene gosok pakaian keje dan sekolah.semuanya untuk 2 minggu.seperti entri sebelum ini ada cite kisah jalan2 kan so planing itu menjadi gak le.  Kata en. suami dia pilih balik kg  sebabnya dh lama dh tak balik rindu sangat dgn suasana kg. Sal teruna sekolah terpaksalh ponteng kelas sehari.hihihi boleh x gini.awal2 lg teruna dh bagitau cikgu kelasnya nk ponteng kihkihkih.klakar asenya.

Sal mkn tengahari lak hari ni mama telah masakan nasi tomato, dalca ayam dan ayam sambal.semua ini hasil rujukan dr My Resepi...tq ye.best sangat..so kita layan gambar ye.  Hidangan yg nak dimakan terus ini tidak dihias bagai....hihihi ala kadar je sebabnya dah nak dimakan.nyumnyum....


ni nasi tomato yg mama buat mengikut My resepi.com.rasanya boley la kan first time buat.anak2 pon suka.


Sambal ayam yg dah selalu buat.....
Dalca yg baru belajar buat tapi menjadi...Air minuman plak adalah jus oren buat hilang sembelit teruna .penyakit yg tak pernah hilang sejak baby lagi....


Thursday, April 26, 2012

Pengganti gula dalam minuman

Baru- baru ini mama ada berborak dengan geng-geng opis mama yang keluarga mama banyak memakan gula dalam sebulan kira-kira 4 @ 5 kg.  Aduh penat mama duk mencari apa yang baik untuk mama lakukan bagi mengurangkan penggunaan gula dalam masakan atau minuman. godek punya godek mama jumpa lah satu artikel ini.


GULA merupakan bahan pemanis utama dalam menghasilkan sesuatu masakan. Rasa kemanisan itu menjadi tarikan kepada masyarakat untuk menikmati masakan seperti kek, kuih muih dan pelbagai minuman.

Sebab itu pengambilan gula merupakan perkara biasa dalam kehidupan harian kita. Ada orang seolah-olah tidak boleh hidup tanpa gula walaupun diri diancam pelbagai penyakit.
Antara masalah kesihatan yang berpunca daripada pengambilan gula berlebihan adalah obesiti, lelah, kencing manis serta penyakit jantung.

Secara ringkas, gula adalah karbohidrat yang mudah diserap tubuh dan bertujuan untuk membekalkan sumber tenaga kepada tubuh badan kita.

Tetapi tahukah kita terdapat pelbagai sumber lain gula yang boleh kita dapati secara lebih sihat. Antaranya daripada nasi, mi dan ubi-ubian.
Selain itu, kita juga boleh mendapatkan bahan penting ini daripada sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai pokok stevia.
Stevia atau nama saintifiknya, stevia rebaudiana merupakan sejenis tumbuhan herba yang mempunyai lebih 10 peratus stevioside pada daunnya dan bahan ini mengandungi 200 hingga 300 kali kemanisan berbanding gula biasa.




Kebaikan stevia

Pokok ini mempunyai pelbagai gelaran antaranya sweetleaf dan sugarleaf serta bagi sesetengah pihak, ia juga digelar daun ajaib yang mengeluarkan manisan.
Kemanisan daripada pokok ini sedikit lambat untuk dirasa tetapi ia akan kekal lebih lama berbanding gula biasa. Ini kerana kelarutan stevia di dalam air sedikit perlahan.
Walaupun begitu, stevia telah mendapat perhatian daripada pengguna bahan rendah karbohidrat bagi pengamal diet dan juga pengguna gula alternatif.

Kajian perubatan yang telah dijalankan menunjukkan keupayaan stevia untuk mengawal penyakit darah tinggi, kencing manis serta hipertensi.

Ini kerana stevia adalah bahan pemanis bersifat semulajadi yang memberikan rasa manis tanpa bahan kimia tambahan seperti glukos atau mana-mana komponen gula lain.
Antara kegunaan stevia dalam produk masakan adalah pemanis untuk pelbagai jenis minuman, ais krim serta gula-gula.

* Boleh lah cubakan!

Menangani tekanan


Mengikut sumber yang mama baca :

FENOMENA stres atau tekanan bukanlah perkara baru yang terjadi dalam masyarakat. Stres amat berkait rapat dengan gaya hidup, perwatakan seseorang, faktor keluarga, tekanan pekerjaan dan kejutan budaya.
Sekiranya tekanan gagal dikawal, ia akan memberikan kesan yang negatif kepada kesihatan emosi, mental dan fizikal. Orang yang tidak mampu mengawal tekanan, ditambah pula dengan iman yang kurang akan cenderung untuk berputus asa dan kecewa.

Akhirnya terjadilah kes kemurungan yang berpanjangan, sakit mental, bunuh diri dan sebagainya.
Dalam Islam, tekanan adalah ujian daripada Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar.
(al-Baqarah:155)

Apabila kita berada dalam keadaan tertekan, terdapat tanda-tanda yang mungkin akan berlaku seperti sakit kepala, letih, mudah marah, cepat terlupa dan sebagainya.
Antara kesemua faktor-faktor berlakunya tekanan, faktor yang paling banyak berlaku ialah tekanan di tempat kerja.

Ini kerana, pada kebiasaannya masyarakat lebih banyak menghabiskan masa di tempat kerja berbanding di rumah. Sehinggakan sewaktu berada di rumah sekalipun masih memikirkan tentang kerja di pejabat.
Akhirnya, kita perlu sedar dan faham bahawa setiap kali kita berdepan dengan masalah, maka setiap kali itulah dosa kita diampunkan. Rasulullah SAW bersabda: "Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang Muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan."
Oleh itu, apabila kita menghadapi tekanan, perbanyakkanlah bersolat dan bersabar. Firman Allah SWT yang bermaksud: Mintalah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang. (al-Baqarah: 153)

Tekanan yang dialami oleh setiap individu adalah berbeza, oleh itu sebagai seorang Muslim haruslah menerima ujian tersebut dengan hati yang tabah dan reda. Mudah-mudahan, berkat kesabaran kita, Allah SWT akan menggantikan dengan keberkatan hidup dan kebaikan yang lain.

InsyaAllah..........

Petua Rawat Tumit Pecah

Jika tumit kaki pecah mahupun merekah, 
tumbuk bawang merah hingga lumat
Tampalkan pada permukaan tumit yang merekah
Hasilnya tumit akan kelihatan cantik dan bersih.

Wednesday, April 25, 2012

Nama-Nama Indah Untuk Anak Lelaki "A"

Di sini mama sempat mencari sedikit nama-nama yang indah untuk diberikan kepada anak lelaki..ianya bermula dengan huruf 'A'

Abu Juhdi     -     Berusaha
Abi karami     -     Murah hati
Abi Nubli     -     Cerdas
Abi Rafdi     -     Pertolongan
Abi Sarwan     -     Dermawan
Abul Auni     -     Yang banyak menolong
Abu farhan     -     Yang banyak menyimpan
Abu Hirzan     -     Yang banyak berusaha
Abul Khairi     -     Yang banyak kebaikan  
Abu Najdi     -     Yang banyak membantu
Abussyamili     - Yang banyak mengumpul
Abul Wardi     -     Yang sangat menyukai mawar
Abhari     -     Lautan
Abaharan     -     Lautan
Abshar     -     Penglihatan
Abthal     -     Pahlawan
Abyat     -     Bait-Bait sajak
Ahmad     -     Terpuji
Adhwa'     -     Cahaya, sinaran
Afandi     -     Gelaran bagi orang yang berpangkat
Amaluddin     -     Cita-cita agama
Amali     -     Cita-citaku, harapanku
Aman     -     Sentosa, keamanan
Abu bakar     -     Gelaran sahabat Nabi yang bersegera
Abu Samah     -     Pemaaf, yang bertoleransi
Afiq     Yang amat pemurah, yang amat berpengetahuan
Afnan     -     Hiasan, keindahan, kesenian
Adabi     -     Kesopananku, kesusasteraan
Adam     -     Ikutan, tauladan, Nama Nabi
Adham     -     Yang hitam, cantik kesan baru
Asyraf     -     Yang mulia
Azfar     -     Yang berjaya, yang menang
Azhar     -     Yang berseri, yang gemilang
Amar     -     Perintah, suruhan, hal
Amin     -     Yang amanah, yang dipercayai
Aminuddin     -     Pengamanah agamas
Azhari     -     Yang berseri, yang gemilang
Aziz     -     Yang mulia, yang kuat, kekasih
Amir     -     Putra, ketua, pemerintah
Aiman     -     Yang bertuah, keberkatan
Asmar     -     Yang hitam manis
Azizi     -     Kesayangan, kekasihku
Azri     -     Kekuatanku, penyokongku
Asna     -     Yang tinggi, yang bersinar
Asnawi     -     yang berseri, yang gemilang
Asy'ari     -     Yang elok, yang berambut lebat dan panjang
Amran     -     Yang memakmurkan
Alauddin     -     Ketinggian agama
Ali     -   Yang mulia, yang tinggi
Aniq     -     Yang kacak
Anis     -     Yang mesra, teman setia
Adli     -     Keadilanku, kelurusanku, balasanku, sukatanku
'Adnan     -     Nama datuk Nabi yang ke 20, yang bermukim, yang menetap pada suatu tempat
Amir     -     Yang memakmurkan, yang mendiami, yang bermukim
Ammar     -     Yang memakmurkan, yang kuat iman, yang lemah lembut
Atiq    -     Yang Indah, yang mulia
Abidin     -     Yang beribadat
Abqari     -     Yang bijaksana, yang kuat
Arif     -     Yang bijak, yang mengetahui
Ariffin     -     Yang bijak, yang mengetahui
Amanna     -     (Kami) beriman
Amar     -     (Dia) Perintah
Amila     -     (Ia) Melaksanakan

bersambung....
       

Gulai kuning udang


Jom kita sama-sama tengok resepinya........

Bahan-Bahan :

Udang
Kunyit hidup
Bawang merah
Lada kering
Ketumbar 
Lengkuas
Santan

Cara-cara :

Sedikit santan + Kunyit Hidup + Bawang merah + lada kering + Ketumbar + Lengkuas (Blanderkan)

Setelah hancur campurkan ke dalam baki santan kemudian masak sehingga mendidih + Garam + Sedikit gula + Asam keping @ Asam jawa  (Secukup rasa)

Masukkan udang sama ada rebus terlebih dahulu atau mentah pon boley..........
Biarkan sehingga keluar sedikit minyak.  Jangan terlebih masak ye nanti pecah minyak.

(Jika nak letak Batang keladi @ Kacang panjang pon boley)
Keladi hendaklah terlebih dahulu direbus dan di toskan ye...

Dah siap....
Senangkan!!!!!