Thursday, May 16, 2013

Double Triple Celebration.....

Assalam kekawan.....
Mula-mula nak start ta tau kat ne sebab semuanya dah berlalu.......mula-mula mood mama diserang dengan PRU13 dalam masa yang sama hari jururawat...pastu hari ibu dan hari Guru pulak...Semuanya memerlukan ungkapan 'Terima kasih Jasamu Ku Kenang".

Cerita PRU dah basi dah sebenornya...namun di saat itu memang habis-habisan lah berkempeng semasa berada di kampung.  Kemeriahan masih lagi terasa....hurm 5 tahun lagi lah akan jumpa InsyaAllah....tu pon lau  umur panjang.  Sempena PRU hari tu mak ayah mama  buat majlis sembahyang hajat dan makan-makan.  Hidangan yang kami sediakan nasi dagang...Maafye kawan-kawan sebabnya majlis dah nak habis baru berkesempatan untuk mengambil gambar...gambar kat bawah ni dah tak senonoh dah tapi tak ada gambor lain dah ni jelah..........tapi rasanya pasti yang terbaiklah...Gulai ikan tongkol dan itik serati menjadi pilihan kami hari tu...hurm sedap sehingga menjilat jari...


Pastu kisah hari ibu pulak..Kami adik beradik berusaha sediakan hadiah hari ibu untuk ibu kami..  Sebenarnya bukan nak sambut sangat pon hari ibu tu....tapi daripada hari berlalu begitu saje apa salahnya kami hadiahkan sesuatu utuk ingatan ibu kami kan...Bukan niat meraikan sangat just sekadar menghadiahkan je....itu pon salah satu cara menggembirakan hati ibu kami.........Walaupon ketika itu hanya 2 3 orang je adik beradik kami kat kampung tapi kami tetap boleh bersepakat untuk surprisekan ibu.....Ada makan-makan sikit dan hadiah kain pasang (Batik Terengganu). Sebenarnya bukan ibu je yang dapat hadiah ayah pon dapat tapi adik mama tak lah pulak tangkap gambar hadiah ayah....tapi bendanya sama je sedondon..




hahaha..........ni pulak sambutan untuk mama...yang mama dapat ni je kad.  Kad ni dihadiahkan oleh adik nana.  Sebenarnya kan ibu mana yang tak nak diraikan kan...semua insan yang bergelar ibu mengharapkan anak-anak dan suami mengingati jasa dan pengorbanannya...  Kalau adalah  ibu yang kata tidak mengharapkan dan tidak suka diraikan mama rasa mungkin insan itu ada something yang pelik atau takkena dalam perhubungannya.... Mama gembira sangat bila mendapat kad yang di buat sendiri oleh anak-anak ni...bukan riak tapi untuk kenangan lah kan...Ingatan ini iklas dari anak untuk kita sebagai ibunya...Ni nak cite ni Dalam dua hari sebelum dan dua hari selepas anak-anak mama tak habis-habis nyanyi lagi ni...

Satu.............
(Sambung sendiri ye sebab mama tak ingat........) sampai habis lagu tu dia orang nyanyi tapi mama memang tak pernah cuba tuk mengingatinya.....
Kasih mu ibu.........

Walaupun mama pon dapat hadiah dari en. somi tapi mama tak masukkanlah ke dalam entri kali ni bimbang akan mengecikkan hati kekawan dan di katakan yang mama ni menunjuk-nunjuk.....tak nak lahkan....kalau nak tahu datanglah ke rumah mama.... 


Hahaha..ni tulisan anak mama yang comel ni....Sayang semua....


Lepas je sambutan hari ibu kita  pulak menyambut hari guru.....Terima kasih Cikgu.......
 Kerana tunjuk ajar mu......Cikgu...
Kak bawah ni hanya hadiah untuk cikgu-cikgu adik je yang sempat diambil gambar ...semuanya ada lapan orang tetapi last minute abang buat hal nak bagikan semua untuk cikgunya pulak...padahal masa kami membeli tempoh hari sudah ditanya berkali-kali berapa orang  yang nak di kasikan untuk cikgu si abang katanya tiga je  tup.........tup nak tambah pulak jadikan empat.....hahaha bertukar menjadi ???? mama pulak....adik diam kan aje..
Sabor ajelah....terpaksalah keesokkan harinya mama kirimkan kat kawan-kawan mama yang pegi carikan hadiah untuk anak masing-masing. 


Sekian...........kisah perayaan berganda di bulan 5

Monday, April 29, 2013

Lcct

Assalam...
Sekarang kami dah kt LCCT dah. Kami nak balik kg tuk ngundi.Hihihi awal kan bersemangat luar biasa ckit...jadual terbang kul 10pg jadi kami lepak kt KFC dulu...jom makan....




Thursday, April 11, 2013

Ngundi...

mari mengundi...

As salam semua kekawan.
ni nak cite sal ngundi ni...hah lega ngundi 5hb Mei...sebelum ni rata-rata katanya 27...huhuhu dah bedebor sakan dah....lau tak rugi..........rugi....Ni semua salah en. somi  salah perhitungan ni...tak pasal....pasal balik dan balik lagi gara-gara buat keputusan melulu.......  

29 hingga 1hb Mei  fly ke kampung...pastu 4hb nak balik lagi...5hb dah ngundi....tatau berapa lama nak balik tu...nak ambik cuti lelama kan ngamuk lak bos tu...bos tu skang lau mama nak cuti je dia dah mula risau dan tak nak bagi dah...nape dengan dia tu...apa masalah dia sekarang...rindu kat ku ke...lau tak tengok muka mama dalam sehari tak sah ke....nyampah! (prasan le plak).

 Ni nak cite sal ngundi lak ni....
Hari mengundi dah tak  lama lagi dah...tak sabar ase nak pangkah....haha agak-agak pangkah ape ek? Hah undi adalah rahsia tau...Ni dah nak masuk kali ke 3 dah mama ngundi...Dah tua dah asenya...hal-hal pangkah ni dah terer dah kan..kihkihkih. Tapi yang bestnya hari ngundi boleh jumpa kekawan yang lama-lama. Harap tahun ni pon akan jumpa dengan kekawan sekampung dan sekolah dulu-dulu...



Saturday, April 6, 2013

kisah bukan kepalang..,

Assalam semua....saat ni mesti semua dah tidur kan...sekarang 3.05 pg dah...mama masih gigih sediakan makanan tuk en. suami bawa ke kelas pagi besok..,ah...jngn terkejut ye  mama tak tidur pon lagi malam ni...citenye gini esok hari jadi en. somi mama janji untuk membalas budi mama pon tawarkan diri tuk sediakan jamuan tuk kawan kawannya..atas permintaan en. somi pulak nasi lemak 50 bungkus bersambalkan kerang...jadi sambal nya pulak dah pukul 1.00 pagi baru masak sebabnya dapurnya gila slow motion...so alang alang dah pukul pagi mama teruslah tanak nasi lemak...bila semuanya dah setle mama terperasang yg nasi plak tak masak beratahkan...camne ye mama nak buat....pikir punya pikir mama pon kukus lah plak...tu yg masih tak boley tidur ni..otak dah beku ni...

Asenya terjadi sebegini adalah dapur yang amat amat perlahan inya ditambah plak mama tak pernah masak bergantang gantang so trima lah akibatnya...huhuhu sedih asenya mengenangkan nasib...tu la padan muka mamakan....entah jadi entah edak nasi ni....geram asenya...tapi sabar ingat kasih dan sayang en. somi...huhuhu

Sunday, March 10, 2013

Hati ku Gundah...

Assalam semua kekawan...
Hati ini gundah sekali bila mengenangkan masa depan anak cucu ku nanti hidup dibumi bertuah ini.  Bila terjadinya peperangan di Lahat Datu ini bertambah gundah jiwa ini...Baru sekejap lepas berborak dengan kawan yang terlibat dengan krisis di Lahad Datu katanya ini sememagnya dirancang tapi tiada bukti...

Cam mana lah kehidupan nanti...Kerana tamakan hal dunia sanggup buat apa saja. Sedar tak sedar negara kita sekarang telah masuk campur tangan orang asing tapi semuanya dengan cara yang bijak...takutkan bunyinya...Dengan Kaum musuh Allah pon berkawan camne lah nanti nak kekalkan keamanan di bumi bertuah ini.

Kenapalah ada sesetengah rakyat malaysia tak sedar akan wujudkan kuasa asing yang nak hancurkan agama dan bangsa kita.Ya Allah ku mohon padamu Ya Allah agar semua yang dirancang untuk hancurkan agama akan terima balasan didunia dan juga akhirat...

Kenapa kah bangsa kita sendiri sanggup memakan daging sesama insan sebangsa dan se agama.  Di manakah letaknya Iman seseorang  sanggup mempermainkan kaum sendiri..sanggup melihat sesama insan bersedih dan bermasalah....
Semua ini adalah ketamakan urusan dunia tanpa memikirkan orang lain.  Hati ini geram sesangat nak melaungkan satu malaysia yang sebenarnya orang yang kau puja itu adalah musuh negara...Dengan meraih simpati, bertopengkan manusia berjiwa kejam itulah manusia yang di puja oleh sesetengah pihak yang tiada menghargai nikmat yang kita kecapi di bumi bertuah ini Malaysia...Tolonglah wahai rakyat malaysia celeklah mata, buka lah minda, lapangkan dada orang luar tengah mencari peluang untuk hancurkan tanah air kita dan agama yang kita junjung ini...

Di bumi yang indah ini tiada sebab untuk berganti namun apa yang ada baik sajalah kita membaikinya...sama-sama lah kita membaiki dan memperelokkan lagi...demi masa depan anak cucu kita...tanpa keamanan semua itu tiada erti buat semua...ALLAH MAHA MENGETAHUI....




Ini lah bendera Negara Ku Tanah Tumpah Darahku...Tak rela ku biarkan hilang di dunia...







Saturday, March 9, 2013

Gulai Nasi Belauk

Assalam semo kawan2...harapan semua sihat dan dirahmati..
Dalam duduk-duduk pagi ni lepas makan nasi belauk dengan gulai kuning ikan kukus teringat kat kawan opis nak belajar buat gulai kuning ni...

Kalau kat kg. mama gak gulai kuning ni gak sedap makan dengan sambal belacan la...Ikan aya, udang ko,telur itikpon boleh gulai kuning gini...sedap la dengan selero anok beranok mama ni..

Walaupun ni masakan biaso2 jah selero ore kampung tapi ianya memang sesuailah makan nasi belauk selain gulai ayam la dih..


Cara nak buat gini deh. Tapi caro ole lain tatau la ranoh.

Blander bawang merah,lengkuas, kunyit hidup,cili kering,ketumbar bersama dengan santan (semua bahan dalam kuantiti mengikut santan) kalau jumlah yang nak di masak cikit je letak la cikit je spt lengkuas satu hiris je lah...

Pastu letak atas api dan tambah baki santan atau sekiranya agak pekat letaklah air sedikit.

Kemudian masak sehingga sedikit menggelegak masukkan garam,sedikit gula dan asam keping kemudian masukkan ikan,atau udang yg tlh direbus @pecah kan telur itik.

Pastu cuba rasa kene dengan selera  tak...makan lah nasi...

Thursday, March 7, 2013

Birthday Princes

As salam semua...Moga ceria-ceria yop...
hari ni curi masa cikit merapu dalam blog mama yang dah lama tak dek cite...
Sebenarnya....dari hari ke hari duk fikir apa yang nak dibeli tuk hadiah hari jadi adik...pas tu camne pulak majlisnya tahun ni....seme nak pakai duit tu...


Kenangan adik sambut hari jadi 2012.....

Guddies tahun lepas...tahun ni camne ye?Ape yang di kasik ye...

Rasa-rasalahkan kekawan adatak cadangan idea nak bagi ape....yang murah-murah aje...budgetnye ciput je..kedai jajan yang murah kat ne?tolong deh...

Hari jadinya dah dekat ni 18 mac ni...happe pon tak buat dan beli lagi....Barang-barang untuk buat tambahan kek pon tak beli agi ni...selalunya sempat jugak buat cup kek...