As salam...
Sekarang waktu hampir pukul 2.00 pagi semasa entri ini di tulis. mata mama telah terasa ngantuk yg amat ni.camne ni ngantuk tapi mama telah berjanji dengan En. suami untuk menemaninya study. Nampaknya en. suami masih tekun mengulangkaji pelajaran disebabkan esok ada test ...
Kata encik suami esok ada test Material Enggenering.ayoooo mama tak paham pepe pon. sekarang yang mama paham hanyalah tidur..huhuhu mama kene kuatkan mata dan kudrat untuk duduk di sebelahnya malam ni...agak-agaknya apa yang boleh hilang ngantuk ye? TIDUR zzzzzz
Saturday, April 21, 2012
Mee kari
Mee kari adalah feveret en. suami. Resepi mee kari ni adalah dari ibu mertua mama. Sekarang jom sama - sama tengok camne nak masaknya.
Bahan-bahan :
Bawang Merah ( 2 biji saiz besar)
Bawang putih ( 2 @ 3 ulas)
Cili kering ( 7 @ 8)
Taucu ( 1 @ 2 sudu)
Rempah kari ( 3 @ 4 sudu)
Kerang (ikut kemahuan)
Ubi Kentang ( 6 @ 7 biji sederhana besar)
Mee kuning
Taugeh celur
Tauhu goreng/digorengkan
Sawi celur
Telur kalau mahu
Daging lembu/Tulang
Serai
Cara-caranya:
a. Bawang Merah + Putih + Cili kering di kisar
b. Kerang di rebus dan di kopek isi
c. Ubi kentang direbus, kemudian di kopek kulit dan di hancurkan (Blander)
d. Daging di rebus dengan air yang banyak untuk dibuat kuah
......Bahan a di tumis sehingga naik baun
......kemudian masukkan rempah kari
......Biarkan ia naik minyak + serai + taucu
......masukkan kerang + daging + tauhu sehingga sebati (b + d)
......masukkan ubi kentang yang telah di hancurkan (c)
......Bila dah sebati masukkan air rebusan tulang/daging
......kemudian tunggu sehingga gelegak.
......Sekiranya inginkan kuah yang pekat biarkan lama mendidih
.....Bila dah mendidih masukkan bahan perasa seperti garam + asam keping/asam jawa
+ Ajinomoto + Gula (ikut citarasa sendiri)
Sekiranya berpuas hati dengan rasa bolehlah letakkan telur rebus + sawi + bawang goreng + lobak jeruk dan sebagainya......makan.....sekian
* sharing is caring
Nasi ayam
AsSalam semua....
hari ni walaupun mood tak berapa ok namun mama tetap menjalankan tanggungjawab menyediakan bekal tuk en. suami ke kelas.hari ni mama sediakan nasi ayam. masak yang senang-senang je janji ada dan boleh jimatkan duit en. suami. lau ada labih boleh kasik mama..hum...
Untuk 2 orang lagi rakannya pon juga turut dibekalkan. bukan ape kt UTM Space susah ckit nak dapatkan makanan yang berat seperti nasi. so bila dah ada bekal senang lah terus je makan tak membazir waktu lagi pon rehatnya kejap je pon...isteri senang perut suami kenyang....wassalam
hari ni walaupun mood tak berapa ok namun mama tetap menjalankan tanggungjawab menyediakan bekal tuk en. suami ke kelas.hari ni mama sediakan nasi ayam. masak yang senang-senang je janji ada dan boleh jimatkan duit en. suami. lau ada labih boleh kasik mama..hum...
Untuk 2 orang lagi rakannya pon juga turut dibekalkan. bukan ape kt UTM Space susah ckit nak dapatkan makanan yang berat seperti nasi. so bila dah ada bekal senang lah terus je makan tak membazir waktu lagi pon rehatnya kejap je pon...isteri senang perut suami kenyang....wassalam
Friday, April 20, 2012
jiwa kacau
Rasa malas nak menaip entri ni tp ase bosan duk kt bilik sesorang, teruna dah tidur manakala dara temankan en. suami nonton tv kt bawah so taip gak lh. rentetan dari kematian suami kepada kawan opis mama sehingga hari ini masih teringat wajah, kisah dan kehidupan seluruh kuarganya. bila dikenang hati ini menjadi sebak tak tentu arah. semua kerja bagaikan sukar dilakukan.
semua insan disisi menjadi bahan amarah hati ini. bermula pagi tadi hati ini asyik beremosi je.pg td dara dan en.suami telah sentap dgn amarah ku.namun mama mohon berjuta kali maaf ye..ianya berlarutan sehingga tengah hari.kebetulan ada sahabat opis mama membaca blog rahsia salah seorang bekas kawan dh kot skng ni dhistihar mls kawan menceritakan perkara yg mama tak suka dan sentap bila baca. bertambahlah hati ini keciwa sangat.kenapalah persahabatan yg dihulurkan tidak iklas menerimanya.
kemudian, petang plak Allah menguji kesabaran hati ini dengan ketiadaan lansung parking kt sekolah dara padahal waktu tu dah pukul 6 petang dah pon...nape?sehinggakan beberapa kali berligar-ligar di PD.huhuhu memang hati panas sangat dah le en. suami bagitau dah lewat sangat yang dia lambat abis mesy paksa mama plak uruskan anak-anak bertambahlah jiwa ini kacau..sesudah selesai mama hanya bole berdiam sahaja sehingga lah en. suami siap masak malam ini.
seharian mama berfikir kenape jiwa ini kacau sebegini rupanya minggu depan mama akan angkat bendera merah..hihihi wassalam
semua insan disisi menjadi bahan amarah hati ini. bermula pagi tadi hati ini asyik beremosi je.pg td dara dan en.suami telah sentap dgn amarah ku.namun mama mohon berjuta kali maaf ye..ianya berlarutan sehingga tengah hari.kebetulan ada sahabat opis mama membaca blog rahsia salah seorang bekas kawan dh kot skng ni dh
kemudian, petang plak Allah menguji kesabaran hati ini dengan ketiadaan lansung parking kt sekolah dara padahal waktu tu dah pukul 6 petang dah pon...nape?sehinggakan beberapa kali berligar-ligar di PD.huhuhu memang hati panas sangat dah le en. suami bagitau dah lewat sangat yang dia lambat abis mesy paksa mama plak uruskan anak-anak bertambahlah jiwa ini kacau..sesudah selesai mama hanya bole berdiam sahaja sehingga lah en. suami siap masak malam ini.
seharian mama berfikir kenape jiwa ini kacau sebegini rupanya minggu depan mama akan angkat bendera merah..hihihi wassalam
Doa - Iftitah
Melalui doa IFTITAH yang dibaca, kita akan dapat menghayati perkara berikut :
Berdepan dengan pemerhatian Allah
yang mengetahui zahir dan batin
Rasa malu kalau melanggar perintah Allah
samada meninggalkan yang wajib
atau melakukan yang dilarang
Berazam akan memperbaiki diri ke arah
menjadi muslim yang sebenar
Berhati-hati dalam tindak tanduk yang akan
dilakukan di masa depan
Melaksanakan segala perintah Allah
Meninggalkan segala yang di larang.
* Sharing is caring
Thursday, April 19, 2012
Menamakan anak
Di dalam islam, kita dianjurkan supaya memilih nama-nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita. Ini kerana nama itu akan menjadi pengenalan dan panggilan kepada anak kita seterusnya melambangkan dan membezakan antara kita dengan orang lain lebih lagi antara muslim dengan yang bukan muslim.
Menamakan anak dengan nama-nama baik adalah SUNAT?Ini karana dengan nama-nama itulah juga Allah akan memanggilnya di akhirat nanti.
Dalam menamakan anak ini syarak telah menetapkan beberapa panduan untuk memilih nama anak spt:
Menamakan anak dengan nama-nama baik adalah SUNAT?Ini karana dengan nama-nama itulah juga Allah akan memanggilnya di akhirat nanti.
Dalam menamakan anak ini syarak telah menetapkan beberapa panduan untuk memilih nama anak spt:
- Memberi pengertian dan maksud yang baik.kita dilarang untuk menamakan anak-anak dengan nama yang buruk yg boleh menjejaskan kehormatan dan menjadi sendaan dan memalukan.
- Jangan namakan anak dengan nama-nama yang mencemarkan atau pelik-pelik, yang sukar untuk dimengertikan maknanya.
- Jangan namakan anak dengan nama-nama yang khusus kepada nama Allah seperti Ahad, Ar-Khalid dan sebagainya. Sekiranya nama ini hendak diberikan kepada anak kita hendaklah disertai dengan nama lain di hadapannya seperti abdul Rahman, abdul Khalid dan sebagainya.
- Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (Hamba) kepada lain dari Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Nabi (Hamba kepada nabi) dan sebagainya. Ulama bersepakat mengatakan bahawa menamakan sedemikian adalah HARAM.
- Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama orang bukan islam seperti Jon, Sally dan sebagainya.
* Sharing is caring
Wednesday, April 18, 2012
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Tunjukkanlah kami untuk menjadikan
Al-Quran sebagai
Al-Quran sebagai
panduan dalam segala aktiviti hidup yang kami lalui
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam
mendekatkan diri kepada Engkau.
Tunjukkanlah kami jalan lurus dalam menunaikan ibadat-
ibadat fardhu agar ia menepati cara yang telah
ditunjukkan oleh Rasul Engkau kepada kami.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam mengamalkan
amalan-amalan sunat yang telah di ajarkan oleh
Rasulullah kepada kami.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam kami
membersihkan diri daripada dosa-dosa yang kami telah lakukan.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam mengamalkan
zikir-zikir yang telah disunnahkan oleh Rasul Engkau
kepada kami.
Tunjukkanlah kami jalan yang
lurus dalam ketika
lurus dalam ketika
menuturkan perkataan samada dalam keadaan suka atau benci.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam menjalani
kehidupan berkeluarga agar ia menjadi ibadat yang
Engkau berikan ganjaran syurga.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam mendidik
anak-anak agar mereka menjadi anak yang soleh dan
mendoakan kami apabila kami telah mati kelak.
Tunjukkanlah kami jalan lurus dalam menyelesaikan
masalah-masalah yang timbul dalam keluarga kami.
Tunjukkanlah kami jalan lurus dalam menjalani kehidupan
berjiran dan bersosial di kalangan ahli masyarakat.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam menyanyangi dan
membenci seseorang dalam kehidupan bermasyarakat.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam memilih sistem
pemerintahan dan pemimpin di kalangan kami.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam usaha
mengembangkan agama islam di kalangan orang islam
dan orang bukan islam.
Tunjukkanlah jalan yang lurus dalam kami menjalani
kehidupan di dunia ke arah kami mendapat redha dan
syurgaMu di akhirat kelak
......bersamalah kita ......
Subscribe to:
Posts (Atom)

