Assalam...
ni lagi berkurun punya cite da....Sebelum cite syawal lagi ni....bln pose dulu...
tapi apa mama kesah...nak jugak letak kat sini...
Seperti sebelum ni...tempat peveret tuk makan sea food kami adalah Tanjung Lumpur lah..
'Ana ikan Bakar'.. Kami akan cuba -cuba cilot masa yang mana... tuk wajib datang sini...
Kebetulan dalam bulan pose lepas berkesempatan beberapa kali balik kampung....so OTW tu kami singgah lah bukok pose sini...
Kadang-kadang, kami pon pelek padahal belambak je makan canggini kat kl ke...kat kg ke...mana-mana lah tapi kat Ana Ikan Bakar Tanjung Lumpur Kuantan Jugak lah jadi pujaan' Apa jampilah yang tokey ana ni buat ek...Padahal harganya boleh tahan mahal...Sekali makan mestilah lebih 100 hinggit...Kira mahal lah kan bagi kami golongan miskin ni kan...
Nampaknya adik dah memang tak tahan lapar dah...pose katakan..Lau hari puasa ni mama pon adik nak telankan...Pantang mama tegur sikit dah nangis...Sebenarnya anak-anak jugak terlalu suka dengan tempat ni...Rasanya kawasan yang tenang dan boleh makan sambil main taman permaianan kot...kawasannya berdekatannya..
Walaupun banyak unit bangunan kat sini tapi kami wajib pilih unit yang kebelakang berhampiran dengan tempat permainan kanak-kanak dan tempat pemilihan seafood spt udang, ketam, kerang, dan macam-macam lah...Kat sini boleh pilih nak duduk dalam pondok kecik-kecik, rumah kedai atas bawah, mana-mana pon boleh...Maaf ye...sememangnya tiada kesempatan nak snap gambar kawasan sekitar sebabnya malu sangat kat orang sekitar...orangnya amat ramai, semua tempat penuh.
Abaikan beg madam tu ye...meja tu dah dicop awal-awal lagi tau...sebabnya kot lambat tada tempat...dah lah datang dari kejauhan...tak dek tempat pulak...menangis lah oi anak hambe...Ruangnya amat luas seluas dewan. Boleh dikatakan semuanya penuh...Bila makan kat sini boleh lah bertahan kegianan tu dalam sebulan dua...nanti kita akan repeat lagi makan kat sini...
IsnyaAllah...
No comments:
Post a Comment