Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat Allah. Kami masih lagi bersama dalam susah dan senang..Masih utuh cinta kami...masih tebal tanggungjawab kami laksanakan bersama demi anak-anak.
Bila teringat tarikh keramat 19.8. . terasa semuanya masih baru dalam ingat ini...masih berdarah dihati...Semuanya dilakukan dalam keadaan yang sederhana dan penuh konflik...Syukur mama mempunyai keluarga, adik bradik dan saudara mara yang amat memahami diri ini...
Syukur sangat dikurniakan keluarga yang penyanyang...cuma masa itu hanya keluarga mertua yang memang tak memahami kami dan suami...Kesian suamiku...hanya berdiri teguh seorang diri...kuatnye semangatnya untuk memiliki ku...semuanya ditempuh dengan tekad dan nekad berserah pada Allah yang satu tanpa hiraukan tentangan..
Walaupun hati ini hancur pada waktu itu, namun demi semangat yang dibawa oleh encik somi kami gagahkan jugak..Kami mulakan hidup berumah tangga tanpa ada apa-apa. Tanpa sokongan oleh orang tua sebelah suami pon pada ketika itu...Namun kisahnya amat panjang. Tapi untuk mencerikan kisah perit itu rasanya tak perlu bongkarkan kubu kesedhan lama kan...Sebabnya kini kami bahagia, telah berdiri teguh berbekalkan keyakinan kepada Allah....Tapi ingat ye semua, jika Anak-anak kita mohon untuk berkahwin awal tolong izinkan....Sebabnya rezeki bukan ditangan kita....Seluruh perjalan hidup ini Allah telah siapkan Jalan ceritanya...
Walaupun kami tidak kaya raya namun kami bahgia, kehidupan kami lengkap..Yang penting kita berusaha..Dari mula-mula kahwin tanpa kerja, kini kami berdua telah mempunyai pekerjaan...Dari tiada kereta kami dapat memiliki kereta keluarga....dari tiada rumah kami mampu memiliki sebuah rumah....anak-anak yang sihat rohani dan jasmani...
Walaupun kehidupan dalam 11tahun ini berbagai onak duri...kami lalui dengan tabah...Kami saling mencintai...Cuma masih ada satu hutang yang perlu kami bayar iaitu impian keluarga sebelah suami yang inginkan suami melanjutkan pelajaran keperingkat Degree dan master...Cuma sedikt masa lagi somi akan menamatkannya...Selepas semuanya selesai rasanya rasa bersalah akan hilang dan tenang. Kami berjaya membuktikan yang berkahwin bukan penghalang pada kejayaan...
Ingat Semua Kerja Allah..Tinggal Yakin, berusaha dan Tawakkal
Sekian, tuk tahun ini cerita tentang Anniversary
Sempat jugak hari ni mengedit gambar tuk kenangan...tu 11 tahun dulu....ruphe sekarang setelah dijaga penuh rapi gitulah ruphenye...memang membesar dengan sihat dan kuat..
4 comments:
happy anniversary dear...may Allah bless u n ur family!
Salam Ukhuwah,
Happy Anniversary diucapkan.. Alhamdulillah saya tumpang gembira.
Semoga terus bahagia & dirahmatiNya selalu.. :-)
lieyalatif....Tq dear..harap kita semua dibawah rahmatNya
LZ-TQ dear, Salam ukhwah muga kita bersahabat keranaNya...Selamanya ye...
Post a Comment