Sunday, March 10, 2013

Hati ku Gundah...

Assalam semua kekawan...
Hati ini gundah sekali bila mengenangkan masa depan anak cucu ku nanti hidup dibumi bertuah ini.  Bila terjadinya peperangan di Lahat Datu ini bertambah gundah jiwa ini...Baru sekejap lepas berborak dengan kawan yang terlibat dengan krisis di Lahad Datu katanya ini sememagnya dirancang tapi tiada bukti...

Cam mana lah kehidupan nanti...Kerana tamakan hal dunia sanggup buat apa saja. Sedar tak sedar negara kita sekarang telah masuk campur tangan orang asing tapi semuanya dengan cara yang bijak...takutkan bunyinya...Dengan Kaum musuh Allah pon berkawan camne lah nanti nak kekalkan keamanan di bumi bertuah ini.

Kenapalah ada sesetengah rakyat malaysia tak sedar akan wujudkan kuasa asing yang nak hancurkan agama dan bangsa kita.Ya Allah ku mohon padamu Ya Allah agar semua yang dirancang untuk hancurkan agama akan terima balasan didunia dan juga akhirat...

Kenapa kah bangsa kita sendiri sanggup memakan daging sesama insan sebangsa dan se agama.  Di manakah letaknya Iman seseorang  sanggup mempermainkan kaum sendiri..sanggup melihat sesama insan bersedih dan bermasalah....
Semua ini adalah ketamakan urusan dunia tanpa memikirkan orang lain.  Hati ini geram sesangat nak melaungkan satu malaysia yang sebenarnya orang yang kau puja itu adalah musuh negara...Dengan meraih simpati, bertopengkan manusia berjiwa kejam itulah manusia yang di puja oleh sesetengah pihak yang tiada menghargai nikmat yang kita kecapi di bumi bertuah ini Malaysia...Tolonglah wahai rakyat malaysia celeklah mata, buka lah minda, lapangkan dada orang luar tengah mencari peluang untuk hancurkan tanah air kita dan agama yang kita junjung ini...

Di bumi yang indah ini tiada sebab untuk berganti namun apa yang ada baik sajalah kita membaikinya...sama-sama lah kita membaiki dan memperelokkan lagi...demi masa depan anak cucu kita...tanpa keamanan semua itu tiada erti buat semua...ALLAH MAHA MENGETAHUI....




Ini lah bendera Negara Ku Tanah Tumpah Darahku...Tak rela ku biarkan hilang di dunia...







Saturday, March 9, 2013

Gulai Nasi Belauk

Assalam semo kawan2...harapan semua sihat dan dirahmati..
Dalam duduk-duduk pagi ni lepas makan nasi belauk dengan gulai kuning ikan kukus teringat kat kawan opis nak belajar buat gulai kuning ni...

Kalau kat kg. mama gak gulai kuning ni gak sedap makan dengan sambal belacan la...Ikan aya, udang ko,telur itikpon boleh gulai kuning gini...sedap la dengan selero anok beranok mama ni..

Walaupun ni masakan biaso2 jah selero ore kampung tapi ianya memang sesuailah makan nasi belauk selain gulai ayam la dih..


Cara nak buat gini deh. Tapi caro ole lain tatau la ranoh.

Blander bawang merah,lengkuas, kunyit hidup,cili kering,ketumbar bersama dengan santan (semua bahan dalam kuantiti mengikut santan) kalau jumlah yang nak di masak cikit je letak la cikit je spt lengkuas satu hiris je lah...

Pastu letak atas api dan tambah baki santan atau sekiranya agak pekat letaklah air sedikit.

Kemudian masak sehingga sedikit menggelegak masukkan garam,sedikit gula dan asam keping kemudian masukkan ikan,atau udang yg tlh direbus @pecah kan telur itik.

Pastu cuba rasa kene dengan selera  tak...makan lah nasi...

Thursday, March 7, 2013

Birthday Princes

As salam semua...Moga ceria-ceria yop...
hari ni curi masa cikit merapu dalam blog mama yang dah lama tak dek cite...
Sebenarnya....dari hari ke hari duk fikir apa yang nak dibeli tuk hadiah hari jadi adik...pas tu camne pulak majlisnya tahun ni....seme nak pakai duit tu...


Kenangan adik sambut hari jadi 2012.....

Guddies tahun lepas...tahun ni camne ye?Ape yang di kasik ye...

Rasa-rasalahkan kekawan adatak cadangan idea nak bagi ape....yang murah-murah aje...budgetnye ciput je..kedai jajan yang murah kat ne?tolong deh...

Hari jadinya dah dekat ni 18 mac ni...happe pon tak buat dan beli lagi....Barang-barang untuk buat tambahan kek pon tak beli agi ni...selalunya sempat jugak buat cup kek...