Monday, October 15, 2012

Deco D' Nilai 3

As salam semua....
Hurm hari ni mama nak cite sal hari minggu lepas....... sal deco umah lagi. Sila jangan bohsan ye.......
Hari sabtu lepas mama sempat lah pusing-pusing kat Nilai 3 tu untuk servey barang-barang umah.  Pusing punya pusing tak tahu apa yang sebenarnya nak cari.....Buntu dan no ideal.  Sebabnya yang selalu sumbangkan idea adalah abah (en. suami mama la....)kali ni dia tak de buntu wei...
Alih-alih balik je tak sempat beli apa-apa.

Sememangnya pegi ke sana hanya tuk servey je pon sebabnya kan blum gaji lagi ni....tapi slalunya servey pon sempat gak la grap 2 3 barang.  Tu pon yang murah-murah aje...Kat sana boleh jadi kelam lah dengan pelbagaai pilihan contohnya mama mencari karpet.  Sesampai sana karpet tu nampaklah tapi dah tak tahu pilih warna apa dan jenis material dah.........kelam....x tau kosong....kosong dah..

Tu pon baru karpet lau fram bergambar plak.........hah boley pengsang asenya semua nak....semuanya lawa....hahahahah tidak..... Perabot jati pon teramat murah...Budget 100 hingga 200 pon dah boley dapat.

Bagi pendapat kekawan apa yang patut mama letak di ruang tamu ni.......Tolong ye bagi idea! Please?????
Dah buntu habis ni...



Sunday, October 7, 2012

Ayam Nadi

As salam semua....hari ni mama nak kongsi satu resepi keluarga en. suami(abah). Resepi ni telah agak lama dan sebelum ini pon mama tak pernah tahu akan nama masakan ini..rasa apatah lagi kan. Ianya agak pedas dan lemak.

Ok sekarang mama terus ke tajuk utama sbb x tahu dah nk tulis apa...


Bahan2 nya ialah...

Ayam Separuh ekor
Serbuk kas2 (3 sudu besar)
1 inci halia tuk perap
1 inci lg untuk tumis
Garam
Bawang putih  (4 ulas)
sos cili
Sos tomato


Cara2 buat

Perap ayam(30 mnt - 1 jam) + halia (ditumbuk lumat)+garam+Serbuk kas2 (1stngh sudu besar)
Goreng hingga masak tp tdk terlalu garing

Untuk kuah

Tumbuk Bawang Putih + Halia + Kas-kas
Tumis Dalam minyak yang sedikit
Setelah sedikit kekuningan + Sos Cili dan Sos Tomato
Bila dah sebati Masukkan Separuh Tin susu cair
Tambahkan perasa secukup rasa (Garam + Gula + Ajinomoto) + Serbuk Lada Putih
Sekiranya ianya amat pekat masukkan Air sehingga sesuai.
Rasanya sedikit Pedas dan best..........
Pilihan keluarga kami...

Wednesday, October 3, 2012

Angan-angan...........

As salam semua..
Hari ni nak cite sal angan-angan mama lak.......
Perkaranya tetap sama iaitu perihal rumah......Asyik sal umah
je mama ni kan. Tak pe lah sebab mama sekarang di landa meroyan nak up grade umah kan.  Tapi hari ni mama nak berangan bukan hiasan ruang tamu tapi hari ni angin meroyan mama sal kichen lak...Tak tahan lah bila mama melihat wet kichen and dry kichen kekawan blogger mama kan.

Hurm..........mama berangan sangat nak web kitchen cam gini....Dalam banyak-banyak gambar yang mama jumpa, yang ni je sesuai dengan keluasan dapur  mama....

Tapi lau dapat cam gini pon ok gak kan.  Warna hitam tu nampak elegant kan... Lau kotor ke tak lah nampak sangat kan.  Almaklumlahkan anak mama kecik lagi...Andainya Encik suami terbaca lah entry mama kali ni harap En.Suami hadiahkanlah salah satu kitchen yang kat sini sempena hari jadi mama tahun ni..........Huwaaa.....gila meroyan dah ni... pas2 ditambah dengan peti ais yang besar ye...2 pintu ek...kan dah janji?????



Yang ni pon ok lah kan...........Ya Allah kau jadikanlah angan-angan ku kenyataan...Amin.
Kenapalah mama ni meroyan sangat nak kan kitchen kabinet yang lain kan.  Padahal yang kat umah dah punya kabinet.?????  Sebenarnya mama nak kan pilihan mama sendiri..Itu idea tuan rumah lama.  Mama tak berapa berkenan sangat sebabnya material dan warna yang di gunakan tidak menepati citarasa mama. 




Abaikan ya ketidak kemasan dan penyepahan barangan di dalam gambar tersebut serta gambar yang di warnakan hitam itu.  Sebabnya seksa bila melihatnya.  Hah......... tak sanggup asenya.  Ini  gambar di ambil semasa  proses  kemasukan rumah 2 tahun lepas. Tidak habis berkemas dan menyusun pon lagi ketika ini.  Walaubagaimanapun ini lah satu dan dua gambar sahaja yang sempat di ambil.  Maaflah ya mama tak sempat nak mengambil gambar terkini,  sebabnya entri ini ditaip semasa kat opis.  So mama guna je lah gambar yang ada dalam folder komputer ofis.  Hehehehe...jangan mare ye bos.

Akhir kata harap impian mama come true............................Amin


Monday, October 1, 2012

Deco...Deco


As salam semua kawan-kawan bloger...
Rasa tak boley blah dengan tajuk kan cam budget ribu riban lah pulak..
Dulu pernah mama ceritakan yang mama ada membuat sedikit perubahan dan hias-hias ke atas rumah mama.  Syukur dalam  saat ini mama telah sedikit merealisasikan rumah mama untuk mencantikkan sedikit tak berapa banyak pon....kekawan sudi sudilah singgah ke teratak mama tu....

Dulu rumah mama lansung tidak di hias dan diisi dengan barang-barang almaklumlah ongkosnya kureng........
so sekarang entah camne angin meroyan nak hias rumah datang....tapi hanya budget kecil-kecilan je lah kan. Barang yang bernilai ribuan tak lah mampu nak di angkut masuk ke teratak usang kami tu jus yang kecil-kecil aje..murah-murahan...


..Di petang-petang ni terasa ngantuk sangat walaupun terdapat lambakan fail dan kerja yang tak habis-habis ...Dah nak hampir 8 jam buat kerja berkaitan surat je......Naik ngantuk gak mata ni...so mama cuba lah kan buka web deco bersama eric. Kalau kawan-kawan dah kering idea nak mencantikkan umah boley lah melihat contoh-contoh di sini.

Bila mama duk asyik melihat gambar di laman ni tetiba tertarik lak dengan hiasan ni...Sekali lihat dah macam hiasan kat umah kami dah...hebat jugak idea mama kan.







Ingatkan mama je yang di landa angin meroyan mendeco-deco ni upenye adik ipar mama pon sama...hahaha ada geng la mama tuk berkongsi idea. ..Ini semua panahan dari 'open house' raya lepas...katanya semua umah yang diaorang pergi semua cantik-cantik belaka dengan hiasan dan perabot...so bersemangat bangat lah ia...tambah-tambah dapat bonus sebulan gaji...sebulan gajinya bagaikan setahun gaji mama....  

Mama pon sama, di tambah bila melihat rumah kekawan mama kat blog2 semuanya cantik-cantik terutamanya kitchen samada wet tau kering..Tergila-gila mama ni tapikan budgetnya perlulah puluh-puluhan ribu kan....mana lah mama nak cekau ni..

Konsep bali gini pon cantikkan..........kat umah tu dah ada separuh je perabot yang kt dalam ni.....nak  cari dana di mana ya tuk menghias cam gambar hiasan ni...Tapikan semua ini nak di letakkan kat ruangan mana lak ye...umahnya sempit aje...Hurm....

Walau apa pon deco oleh eric memberi idea tuk mama mendeco umah kami , just sekadar idea je lah.  Masakaan mama mampu tuk tiru 100% kan...........tapi kami tengah berusaha ke arah itu....IsyaAllah semangat berkobar-kobar ni.  Sekarang dalam 60% telah mencapai target bagi hiasan ruang tamu.. Selebihnya tunggu............

Friday, September 28, 2012

Tunaikan Permintaan Mu.........

As salam semua...
Petang yang damai ini,di samping mendengar Pengumuman budget tahunan, tetiba mama teringatkan permintaan berpuluh-puluh puluh kali kawan mama itu untuk melihat keluasan dan jenis rumah mama.  Adakah bentuk dan keluasan memenuhi kehendaknya.  Katanya ianya dalam proses mendapatkan rumah.  Maka mama harus tunaikan permintaan kawan mama lah kan..   Ianya hanya nak bandingkan je dengan  umah dia kot...Ahak...Dengar2 dia dah beli pon tapi mama buat jugaklah entry ni tuk dia...untuk dia.........

Azza entry ini untuk awak ye....Sudi sudi lah datang umah kita ye...nanti nak borong barang rumah boley lah singgah umah kita dulu kan....saya suka sangat dah ada geng untuk men DECO kan umah sendiri....jom sama-sama yup!!!

Nah tengoklah kawasan n petern umah kita ni.  Petern lama la ckit.  Ya lahkan ni kan rumah lelong yang tak berapa mahal pon..



Gambar ini di ambil semasa di awal nak masuk umah ni...baru selesai di baiki serba sedikit. Depan umah bolehlah diletakkan 3 biji kereta. Di bahagian belakang telah disambungkan dapun dan masih lagi mempunyai ruang untuk bercucuk tanam.  Memang ianya berbaloi-baloi lah tuk buat aset.


Dan ini antara keluasan ruang tamu.  Gambar ini diambil semasa mula2 masuk umah ni.  Memang tak sempat mengemas apatah lagi nak menghias. Tapi sehingga saat ini adalah sedikit perubahan tentang deco2 dan tambahan sedikit barangan hiasan.  Namun nak menghias 100% perlukan modal yang banyak la,...cuma sekarang kami hanya menambah dengan sedikit demi sedikit je.  Se andainya kekawan nak singgah ke teratak kami boley la...namub bagitau lah dulu ye....

Bonus

As salam semua kawan2
Syukur ke hadrat Illahi kerana sekali lagi dgn izinNya PM kita telah mengumumkan bonus 1 stngh bln kepada semua penjawat awam. Terima kasih banyak2 di ucapkan..

Terasa diri ini bertuah sangat kerana tergolong dalam golongan itu..  Amat besar nilainya bila boleh di manfaatkan.  Pelbagai perubahan telah dibaiki bagi kestabilan negara kita kan. Syukur sangat berada di bumi yg indah dan damai ni.

Seperti ibu2 dan isteri2lain jugak bersempena dengan bonus ni mama pon ada wish list jugak tuk en. suami.(kalau en. suami baca -seperti yg dinyakan petang tadi itu lah ya):Bonus en. suami bonus mama jugakkan...ahak!



Thursday, September 27, 2012

Takde Tajuk Boley..............

As salam semua.........
Asenya dah lama dah mama tak up date blog mama ni ckit dah berhabuk dah kan...
Al kisahnya bukan bz sangat pon tapi rasa untuk mencurah kata-kata kat diari ni agak kureng sampai hidayah kot...hihihi boleh ke cakap begitu.

Ok sebenarnya dalam masa yang agak lama ini banyak perkara yang berlaku ke atas kami dan kawan2 mama n en. suami.  Tetapi secara ringkas dan tak berapa nak padat sangat ni mama hanya nak menyatakan yang hidup kita ini perlu sangat kawan, saudara mara and off couse ibu bapa ....Kasih sayang adalah segalanya.