Thursday, September 27, 2012

Takde Tajuk Boley..............

As salam semua.........
Asenya dah lama dah mama tak up date blog mama ni ckit dah berhabuk dah kan...
Al kisahnya bukan bz sangat pon tapi rasa untuk mencurah kata-kata kat diari ni agak kureng sampai hidayah kot...hihihi boleh ke cakap begitu.

Ok sebenarnya dalam masa yang agak lama ini banyak perkara yang berlaku ke atas kami dan kawan2 mama n en. suami.  Tetapi secara ringkas dan tak berapa nak padat sangat ni mama hanya nak menyatakan yang hidup kita ini perlu sangat kawan, saudara mara and off couse ibu bapa ....Kasih sayang adalah segalanya.


Apa yang mama melalut ni,  sebenarnya mama ni nak cakap  apa ek?  Setahu mama sepanjang detik yang tak up date ni mama banyak menghadirkan diri ke rumah terbuka hari raya kekawan en. suami itu pun di kala hari minggu je......sekali sekali pada hari kerja. En. suami pun bz gak duk pulun study siang malam, tak lekat kat umah coz final exam tuk sem 2.    So haruslah mama pon berganda2 bz kan.  Penat dan ke awan-awangan sekejap.

Tapi nak citenya bila habisnya exam kami kembali berpijak ke dunia nyata hihihi...tiada lagi kelam kabut dan ala-ala hidup cam robot dengan semuanya nak cepat.  Kami sempat bersuka ria dengan geng-geng  en. suami bercuti-cuti malaysia, majlis makan-makan yang sempat mama sediakan di rumah mama sendiri...Ala-ala open house la tapi yang hadir hanya geng suami je lah dan seorang dua je geng mama.  Tapi x pe lah mama amat berpuas hati sebab boley jugak buat open house taun ni.(Tapi dalam kami bersuka ria satu keping pon x sempat mama nak ambik gambar) hurm maaf ye tak dek bukti).

Walaubagimana pun dalam bergumbira terselit jugak perkara sedih dan mengejutkan.........kisahnya semasa kami konvoi dengan geng2 en. suami salah seorang kawan kami mengalami kemalangan.  Ianya betul2 di depan mata kami...ah...ah....ngeri dan tak tahu nak buat ape...bila melihat isterinya meraung ketika sang suami tidak sedarkan diri mama kuatkan diri untuk berusaha menghadapi situasi ini.  Di saat ini,  mama sedar akan talian persahabatan dan kasih sayang.  Kita tidak perlu ego dengan kekuasaan Allah taala.  Dalam sekelip mata atas kehendaknya semuanya boleh terjadi...Syukur kecederaannya tidak parah sehingga sempat suami kejarkan ke hospital dengan kenderaan kami sendiri.  Sekejap terlupa dengan anak2 mujurlah kekawan yang lain sedia membantu seolah-olah saudara sendiri..

Dalam beberapa hari trauma keadaan kembali seperti sedia kala kami sentiasa berhubung dan saling kunjung mengunjung.  Mama bersyukur kerana Allah berikan kami sahabat yang sejati di dalam susah dan senang..  So akhir kata Semua yang berlaku dapat menambahkan kekuatan iman kami.






No comments: