Saturday, June 2, 2012

Syukur.......selesai

As Salam semua,
Syukur Kehadrat Illahi telah mempermudahkan segala pekerjaan di kampung.  Majlis kenduri Adik lelaki mama pon dah selamat dilaksanakan hari ni di   Kuala Krai..

Semuanya selamat pergi dan balik ketika majlis akad nikah dan sanding tadi...sekarang mama dah lepak-lepak kat umah kg dah ni...kesian dengan En. Suami tak dapat hadir sama kan..huhuhuhu

Wednesday, May 30, 2012

Saat-saat Akhir sebelum Pulang kekampung

As Salam....
Tak panjang pon berleter hari ni coz dah saat-akhir nak pegi airport ni ...sekarang tengah tunggu En. Suami pick- up mama je ni...Terlebih dahulu En. suami pergi pick- up teruna dan dara kat sekolah dan transit so lama dah kul   satu ....Tik Tok Tik Tok tak call pon lagi ni...

Bosan........... keje dah di siapkan semua, cuma tinggal keje yang melibatkan star rating je le maklumat yang En. Rizal mintak saya tak dapat menyediakannya sebab kedua-dua bos tak de...so tak tenang gak lah mama balik kampung ni walaupun sebelum ni mama tak sabar dah tunggu saat-saat  ni...

Doakan kami selamat tiba ye semua kawan-kawan...Wassalam


Sunday, May 27, 2012

Monday Bluesssss........

As salam semua........
Monday bluess....betul....betul  bosan.  Tiba je opis kosong..........Kosong......(Najwa Latif lak hihihihi)
Ramainye tak de kat opis...semua bercuti ke? Tinggal 3 kerat je geng mama ni camne nak buat keje ni tak cukup korum ni....sapa nak ganti PA, sapa nak ganti PAP...Hihihihi nampaknya mama lah kene setlekan apa yang mama boleh tapi bab-bab key in E-surat mama memang tak boleh...

Mood mama pon hari ni bukannya elok sangat pon dah terbang ke kampung sudah tinggal badan je ni!  Lambatnya hari khamis malam....nak balik kampung ......with my son and doughter without Abah ye...Sedih gak ni tinggalkan abah sendirian kan...tapi tak pe lah abah boleh je study dengan aman tanpa ganguan kami kan...kan...!

Saturday, May 26, 2012

Di subuh hari

As salam semua...
Hari ni hari ahad weekend bestnye sambung tidur kan.  time gni lah best tidur sampai matahari tinggi ni. Tapi mama ni hari minggu ke hari kerje ke sama je....sekarang ni dah boleh lepak dah jam 6.20  pg. Tadi bangun jam 5.30 pg siapkan bekal tuk en. suami ke kelas.

Semua dah selesai solat dah, tapau dah, sediakan susu untuk teruna dan dara dah, tup tup mata pulak tak ngantuk ni camne ni....hahaha
Sementara tunggu en. suami bersiap mama buatlah entri ni.....ok tak?

Bihun kosong je sayur kubis + Daging

Air pon turut dibekalkan (Air Nes)

Thursday, May 24, 2012

Taskirah Jumaat..(Bakhil Meskipun Kaya)

Jom sama-sama ingat mengingati....


Riwayat:  (Muslim)
Kategori:  Akidah
Hadith:
Daripada Abdullah bin Mas'ud, katanya: Bersabda Rasulullah S.A.W. Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah (atom) daripada sifat takbur (sombong). Berkata seorang laki-laki: Sesungguhnya semua orang ingin agar pakaiannya bagus dan sandalnya bagus. Berkata Rasulullah S.A.W. Sebenarnya Allah SWT itu bagus dan cinta kepada kecantikan); takbur itu adalah menolak kebenaran dan tidak menghargai orang lain.

Sunday, May 20, 2012

Penat...

As salam semua.......
hari-hari mama penat beleter kt teruna sal gigi kekal sebatang tu..
Sekarang gigi kekal dah tumbuh sebatang so kene lah  jagakan kot-kot kan ?

So mama terjumpalah artikel ni kt Utusan Malaysia on line ni...jom lah sama-sama......

Gula punca gigi reput
PEREPUTAN gigi berlaku apabila asid memusnahkan lapisan keras gigi dipanggil enamel. Asid ini terhasil daripada plak. Plak mempunyai kuman yang hidup dengan makanan bergula. Proses menghadam gula menjadikan asid bertindak balas terhadap permukaan gigi.
Lama-kelamaan, pereputan gigi boleh menyebabkan lubang pada permukaan gigi. Sekiranya dibiarkan, kaviti akan menjadi besar dan akan memusnahkan gigi.
Sekiranya anda mempunyai kaviti, berjumpalah doktor gigi. Doktor gigi akan menampal gigi anda untuk mengelak kaviti menjadi lebih besar.
Asid mulut sentiasa menyerang permukaan gigi anda. Akan tetapi, pereputan gigi tidak berlaku secara serentak. Ini kerana terdapat elemen lain di dalam mulut yang memperkuatkan dan menghalang pereputan gigi. Satu daripada elemen itu ialah air liur. Air liur mempunyai mineral yang membantu memperkuatkan gigi. Florida, mineral semulajadi yang terdapat dalam air dan ubat gigi, juga membantu memperkuatkan gigi.
Berikut adalah beberapa tip untuk menghalang pereputan gigi:

Friday, May 18, 2012

Cuti Sekolah

AsSalam semua....
cuti sekolah dah tak lame dh kemana destinasi percutian kita agaknye ye...
hurm....kami pulak biasalah wajib balik ke kampung tetapi mama dan anak2 je dulu en. suami tak dapat pulang sebab time tu dah nak final dah....all the best ye abang...

thanks jugak untuk suami kerana bermurah hati membenarkan kami balik ke kampung tanpanya dengan menggunakan belanja yg agak banyak...mengepos kami, hihihi thanks ye.?.......

tapi kemana pulak destinasi seterusnya ya....huhuhu.ni mama nak bagitau ni mama ada baucer diskaun ni ke Gambang Water park hasil sumbangan iklas bos kt opis mama thanks ye en. Rizal. Dengan satu Baucer je dapat bawak 6 orang ok tak...so mama ada 4 baucer maknanya dapat bawak 24 orang...agak2 nya ada tak geng2 mama yang nak joint jom la.....Bila ramai ramai ni lagi best kan jom la...cuti sekolah time ni je lah nak berjalan.

Jom jom jom....