Thursday, May 24, 2012

Taskirah Jumaat..(Bakhil Meskipun Kaya)

Jom sama-sama ingat mengingati....


Riwayat:  (Muslim)
Kategori:  Akidah
Hadith:
Daripada Abdullah bin Mas'ud, katanya: Bersabda Rasulullah S.A.W. Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah (atom) daripada sifat takbur (sombong). Berkata seorang laki-laki: Sesungguhnya semua orang ingin agar pakaiannya bagus dan sandalnya bagus. Berkata Rasulullah S.A.W. Sebenarnya Allah SWT itu bagus dan cinta kepada kecantikan); takbur itu adalah menolak kebenaran dan tidak menghargai orang lain.


Huraian Hadith:
  1. Sekiranya hasil daripada kekayaan, manusia menjadi sombong, takbur dan riak terhadap apa yang dimilikinya, asas kebahagiaan hidup itu sebenarnya tidak bererti lagi buatnya. Sesungguhnya apa jua kurniaan Allah SWT perlu dimanfaatkan dengan betul.
  2. Sekiranya Allah SWT bersikap pemurah kepada hamba dan makhluk-Nya bagaimana pula kepemurahan kita sesama manusia? Allah SWT menyarankan agar setiap nikmat diterima dengan kesyukuran dan disalurkan kepada perkara yang baik berupa kebajikan yang boleh memberi manfaat kepada orang lain seperti dalam urusan jual beli, berzakat fitrah dan bersedekah. Iaitu bukan dengan cara menunjuk-nunjuk kekayaan tersebut yang menimbulkan perasaan iri hati orang yang melihatnya.
  3. Sifat menolak dan tidak menghargai orang lain juga menunjukkan sifat seorang yang riak dan takbur. Sifat ini hanya dapat disingkirkan jika kita membiasakan diri menjalani hidup secara sederhana atau sekurang-kurangnya jika kita kaya, kita bersifat pemurah (tidak sombong dan kedekut).
  4. Natijahnya kewujudan kita dalam masyarakat sekeliling akan dipandang tinggi dan mereka akan menghormati, bukan kewujudan kita dibenci disebabkan kebakhilan kita yang juga suka menunjuk-nunjuk.

Wallahu a’lam.

No comments: