Wednesday, April 18, 2012

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus

Tunjukkanlah kami untuk menjadikan 
Al-Quran sebagai 
panduan dalam segala aktiviti hidup yang kami lalui

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam
mendekatkan diri kepada Engkau.

Tunjukkanlah kami jalan lurus dalam menunaikan ibadat-
ibadat fardhu agar ia menepati cara yang telah
ditunjukkan oleh Rasul Engkau kepada kami.

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam mengamalkan 
amalan-amalan sunat yang telah di ajarkan oleh 
Rasulullah kepada kami.

Tunjukkanlah  kami jalan yang lurus dalam kami
membersihkan diri daripada dosa-dosa yang kami telah lakukan.

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam mengamalkan
zikir-zikir yang telah disunnahkan oleh Rasul Engkau
 kepada kami.

Tunjukkanlah kami jalan yang
 lurus dalam ketika
menuturkan perkataan samada dalam keadaan suka atau benci.

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam menjalani
kehidupan berkeluarga agar ia menjadi ibadat yang
Engkau berikan ganjaran syurga.

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam mendidik
 anak-anak agar mereka menjadi anak yang soleh dan
 mendoakan kami apabila kami telah mati kelak.

Tunjukkanlah kami jalan lurus dalam menyelesaikan
masalah-masalah yang timbul dalam keluarga kami.

Tunjukkanlah kami jalan lurus dalam menjalani kehidupan
berjiran dan bersosial di kalangan ahli masyarakat.

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam menyanyangi dan
membenci seseorang dalam kehidupan bermasyarakat.

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam memilih sistem 
pemerintahan dan pemimpin di kalangan kami.

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam usaha
 mengembangkan agama islam di kalangan orang islam 
dan orang bukan islam.

Tunjukkanlah jalan yang lurus dalam kami menjalani
kehidupan di dunia ke arah kami mendapat redha dan
syurgaMu di akhirat kelak


......bersamalah kita ......

Tuesday, April 17, 2012

Solat

Solat adalah tiang agama...

  • Solat adalah tiang agama.  Sesiapa yang mendirikannya dengan sempurna bermakna dia telah mendirikan agama dengan teguh dan sesiapa yang meninggalkannya bermakna dia telah meruntuhkan agama.  Solat juga adalah intipati perjanjian antara Allah dan hambaNya.  Sesiapa yang meninggalkan solat maka bermakna dia telah memutuskan janji dan ikatannya dengan Allah.
  • Solat adalah kewajipan pertama yang akan dihisab di hari akhirat kelak.  sekiranya solat ditunaikan dengan baik maka akan baiklah amalan-amalan lain.  Sekiranya solatnya rosak maka akan rosaklah semua amalan yang lain.
  • Meninggalkan solat adalah antara dosa yang paling besar dan maksiat paling dahsyat di sisi Allah.  Allah telah mengancam orang yang meninggalkan solat di dalam Al-Quran dan melalui lidah NabiNya bahawa Dia akan merasakan azab yang dahsyat kepada orang yang meninggalkan solat.
  • Kesan daripada seseorang insan tidak menunaikan kewajipan dan melanggar batasan larangan haram yg terdapat dalam syariat islam ialah agamanya akan semakin lama semakin menipis.  Apabila keadaan seperti ini berjalan dalam tempoh yang lama, maka penghayatan agama di dalam diri insan akan hilang.

*Peringatan untuk diri sendiri juga

Takziah

As salam...
Hari ni rabu yang amat memberi kesan kepada diri mama, jiwa mama memang tak tenang dan sedih yang amat. Suami kepada sahabat mama Zaini telah pergi untuk selama-lamanya.  Tak tahu nak tuturkan perkataan yang bagaimana kepadanya bagi menenangkan hati dan perasaannya bila dia hubungi mama tadi.  Mama adalah salah sorang sahabat yang banyak mengetahui susur galur hubungan rumahtangganya.  Sekarang mama terbayangkan anak-anaknya yang masih dalam pantang dah sebaya dengan kedua-dua anak mama. hah......harap kawan mama tabah dalam menghadapi dugaan ini. Kepada Arwah suaminya agar ianya dicucuri rahmat oleh Maha Esa. Kepada kawan-kawan mama yang lain diharap dapat menghargai hubungan kekeluargaan. Wassalam

Monday, April 16, 2012

Selasa yang kelam kabut

As Salam semua......
Hari ni hari yang paling kelam kabut bila nak ke opis jam 6.30 pagi manakan tidak kan, bila semua dah ready start je kete tak hidup lak..Si kancil tu dari semalam lagi menunjukkan tanda-tanda rajuknya asyik menyala je lampu bateri. Manakala kete yang satu lagi tu wira je pon pon rosak.  enjinnya tak hidup gak...adoyai!!!pagi pagi buat hal la plak.

 So, En. suami rileks je pon kami je lah yg cuak sebabnya nanti teruna lewat masuk perhimpunan mesti lah kene marah kat cikgu kan. Pas2 teruna biasalah nak jaga macho lah tu....!kan nangis plak kan. hihihi.  Bila en. suami gunakan kepakaran yang ada maka kami pon dapat lah bertolak ke Putrajaya.  Fuh...gila lega mama.  Nasib baik le teruna sampai ke sekolah masih di kira waktu yang selamat baginya..Tersenyum je dia!

Di Dalam perjalanan saya terpikirkan cakap-cakap kosong antara mama dan en. suami semalam.  Adakah ke dua-dua kete ni dah merajuk hati dengan kata-kata kami semalam ek?  Kalau lah benar camne ek? tapi tu cuma perancangan atau omongan yang tak tahu bila akan jadi kenyataan pon kot..........!harap-harap jangan ngajuk ye.

Friday, April 13, 2012

Semalam punya cerita

As salam semua....
syukur.. akhirnya en. suami  telah tunaikan janjinya tuk bawak kami semua ke SOGO, KL.semalam dapatlah mama tunaikan niat mama tuk kasik hadiah sempena birthday en, suami.  tq lah buat en. suami kerana bawak kami.huh.... nak cite kt cni sejurus tamat keje lebih kurang jam 6.30 ptg terus je terjah ke kl namun terlalu perit terpaksa kami alami keadaan kesesakan jalan kt kl....fuh peritnya....kalau lah gni keadaannya tak kuasa mama nak ye kan cadangan en. suami.namun setelah berjam2 di jln raya kami sempat gak sampai kul 9.00 mlm lg sejam je sogo dah nak tutup.

..hihihi gile stress mama time tu.tp tak pe en. suami ckup pantas memilih barangan yg tlh ditargetnya.cukup manfaatkan budget mama.syabas buat en. suami ats comitmen itu kahkahkah.ops...jangan tak tau mama pon dapat gak hadiah yg en. suami kasik lebih kurang dgn budget mama gak.huhuhu..o rupanya  sape yang kene.upenya budget en. suami lg banyak habis dr mama manakan tidak semua dapat dgn teruna 2 3 jenis, dara 3 4 jenis ditambah mama jugak dapat...aik pelek sape yg sepatutnya berhabis kan?berbaloi baloi......

Thursday, April 12, 2012

ada satu kisah....

AsSalam semua....
syukur baru skrang mama baru boleh melabuhkan bontot mama ni ke sofa yg tak seberapa empuk ni.walaupun hari ni mama tak masak hnya mkn kt luar je tapi mama tetap penat melayan karenah teruna dan dara.  enchik suami terchinta dah pegi study dgn kawan2 nya dh kt putrajaya tinggal lah mama sendirian urus bebudak ni...penat sangat layan dia org.  teruna dengan keje sekolahnya yang belambak nk disiapkan manakala dara yg terlebih manja jelesssnye bila mamanya asyik dgn teruna je penat memujuk rajuknya tu..kemas pakaian lagi tuk esok dan macam2 lah.however mama enjoy dlm kehidupan ini...Amin Ya Rabbi...

Wednesday, April 11, 2012

hari ini punya cerita..

As salam....
camne dengan kawan2 semua cukup sihat x.ok hari ni punya cite tak de cite la...hihihi.  post sy yg sebelum ni ada cite yg enchik suami kita ajak p shoping2 kan kt SOGO tp kan hari ni punya cite tak pegi pon hihihi padan muka mama sebabnya ape kan enchik suami kita tak larat smlm study sampai kul 4 pg...huhuhu skali ada gk ase nk ngajuk ni tp mama msih waras lg ni..ahaks.tp dara dan teruna pon duk mengajak je ke funfair kt tesco tu katanya x pernah pegi ag. tp mama ni tak boleh nak kata apa lah yg punya kuasa kekanda terchinta..ok lah nanti lau petang  ada cite ag mama up date lg ye...bye Assalamualaikum

opsssss....AsSalam semua, skng jam 9.25 mlm mama sambung lagi kisah hari ni .petang td anak anak mama teruna dan dara disambar pak saudaranya ke nilai 3...jadi mama dan en. suami ambil kesempatan lah kepasar tuk jenguk2 lauk apa yang nak dibeli minggu ni.so mama berjalan lah berdua seiring dan sejalan.sekali sekala mama rasa best jugak kan...hihihi.

kisah teruna dan dara lak dengan pak saudaranya..fuh sah2 kene sembelih dgn dua orangni yang dara lak pau mainan manakala teruna lak mainak gak masing2 panjang akal dalam mengepau....skali skala apa salahnya kan uncle wa...