Tuesday, February 18, 2014

Anak

       Ini kisah tengah hari semalam lagi..nak jugak cerita sebab tersentap dengan kata-kata anak teruna mama yang sorang tu...Gini critenya...Dah berminggu-minggu mama yang hantarkan dua bradik tu ke sekolah..Selalunya sebelum anak teruna mama berjalan ke pintu pagar ...seperti biasalah macam mak-mak lain jugak akan peluk cium anak-anaknya kan...begitu jugak mama lah kononnya nak bagi semangat lah untuk belajar bersungguh-sungguh dan memberi perhatian sepenuhnya apa yang cikgu ajar..kononnya lah...upenya lain pulak anak teruna mama pikirkan...

      Gini....tengah hari semalam mama pergi ambil dari sekolah sesi pagi untuk hantar ke transit dan kafar....tiba-tiba bila nak keluar dari kereta dia pesankan kat mama " mama bolehtak lain kali bila mama hantar ajiq kesekolah pagi tolong jangan cium-cium macam mama selalu buat tu ye...siap peluk-peluk lagi tu........cium macam biasa jah lah.....sampai hati dia katakan begitu kat mama kan....Tapi bila ingat-ingatkan kata-kata dan nada suaranya macam kelakar dan nak tertawa serang-sorang lak....hahahaha....rupa-rupanya anak saya dah ada perasaan malu upenya...kahkahkah...Dah besar dah anak aku upenya...Bila dia duduk sorang-sorang mama cuba tanya kenapa dia pesankan kat mama cangitu...katanya kawan-kawan ajiq selalu kata-kata kat ajiq...haish...selalu nak ikut-ikutkan orang..

        Tapi sekarang walau dia tak suka mamanya buat sebegitu rupa namun mama tetap buat...hahaha...Jangan jadi anak durhaka ye abang...sebab mama selalu doakan abang agar jadi anak yang soleh di dunia dan akhirat,berjaya di dunia dan akhirat...amin

Anak bertuah mama...



Wednesday, February 12, 2014

Dah Besar Dah Anak Mama


Ni kisah  sebulan dua bulan lepas lagi ni...tapi nak jugak cite..Sekarang kesemua anak mama dah bersekolah di sekolah kebangsaan dah...Maknanya semua anak mama dah besar...Adik dah mula sesi persekolahan untuk darjah satu dah....Sekejap je masa berlalu kan anak-anak semua dah besar dah kan.. Adik darjah satu yang abang pulak dah darjah tiga dah..Setakat hari ni adik amat berminat ke sekolah.. Abang seperti biasalah dengan sikap yang serba tau tu berlagak dengan adik..Selalu di bulinya adik.

Mintak tolong memilih jadual sekolah adik pon berlagak dan susah untuk menolong.  Selalu mama yang menyinga dengan sikapnya...Hurm tiap-tiap malam asyik gaduh je..nak buat kerja sekolah pon bergaduh.Tapi disebalik perangai sebegitu abang memang ambil tahu tentang keselamatan adik.  Sentiasa pantau pergerakan adik samada berada disekolah pagi atau sekolah petang. Diharap adik dan abang akan lebih rajin dan tabah dalam mencari ilmu serta mengutip semua pengalaman yang berharga untuk menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat...Ini doa mama...


Gambar kenangan adik dan abang untuk tahun ini.  Adik masih terkejut kot dengan suasana persekolah baru ni...Asyik duk sebut sekolah tadika dan cikgu lamanya saje...nampaknya sekarang dah boleh sesuaikan diri dengan suasana dan kawan-kawan baru..terlebih seronok lah pulak...

Monday, February 10, 2014

Retreat 2014

Assalam kekawan semua...
Rasanya lama benor dah tak menggarap di muka blog mama ni...bizi memanjang je..
Lagi pulak tak dek idea nak tulis,  hari-hari bukak blog pon tak dek nafsu nak menulis nape tah lansung hilang idea.

Hari ni mama curi waktu rehat menggarap idea ke blog mama jugak...Rasa mama dah setahun percutian mama sekuarga ke cameron highland  tak silap mama lah... kini  time yang sama jugak tahun ini mama ke sekali lagi berpeluang bercuti bersama keluarga ke Langkawi... Perjalanan kami memakan masa selama 3 hari sahaja.  Pergi bersama kawan-kawan ofis amat menggembirakan kami anak beranak.  Kawan-kawan ofis amat sporting.

Kalau nak ikutkan tak banyak tempat pon kami berpeluang untuk pergi sebabnya masanya agak singkat...Anak-anak, kami cutikan dari sekolah..itu sudah biasa mama dan abah buat.  Bila berada disana semuanya berkenan.  Kalaulah kami kaya...........????

Anak-anak seronok yang amat...mana tidaknya bila naik feri  teruja sangat...tak pernah katakan..kami naik feri di Jeti Kuala Perlis..memakan masa lebih kurang sejam untuk sampai ke Langkawi.  Ferinya amat selesa.


Besar sesangat feri untuk ke langkawi 2 tingkat lagi.  Kalau lah gini tak terasa lah sangat takut mak nye..Selalunya bila melibatkan bot dan air ni mak nye amat memikirkan tetang benda-benda yang seram aje..Tapi kali ini tidak la pulak..


Sesudah sampai di Langkawi kami semua menginap di Hotel Bayview...Hotelnye boleh tahan dan strategik untuk aktiviti menghabiskan duit..Nampaknya bukan kaum ibu je yang memborong sakan kaum bapak lagi terlebih budget membeli napaknye..


Hah...nampak tak kat bawah tu walaupun hanya membeli ubat gamat je...kaum lelaki lagi teruja untuk memborong..Kami ketempat pembuatan gamat.  Harganya boleh tahan.  Tapi kami tak le banyak membeli gamat memandangkan ubat luka gamat yang kat umah setahun belum tentu habis sebotol jadi kami hanya membeli untuk dibagikan kat saudara mara je.


Nampak tak pasangan bahagia ni ..Walaupun gambarnya tak boleh dibesarkan namun romantik sangat..


Maaf ye saya curi gambar laki http://iniblogsiti.blogspot.com/. Nak ikutkan semua gambar kat sini hasil curian dari blog ibunya...Thank you manyak-manyak ye...Sorry


Lepas dari kedai gamat kami terus ke tempat Cable car...Tak perlu beratur beli tiket kerana awal-awal lagi dah tempah.  Sebenarnya memang mama tak kan naik benda ni tapi dipaksa oleh en. somi..Saat itu bagaikan mati hidup semula tiada jantung dan  nadi  bila berada diatas.  Memang seram...Boleh pulak bila berada di atas anak dara mama menanyakan ayat ini...'Mama kalau kita jatuh cnne ye mama'....Geram je mama...Tapi dia orang memang teruja sangat.


Cantik sangat kan pemandangan bila berada di atas.  Tapi untuk sampai ke sini Allah saja lah tahu degup jantung ini..hampir pengsang...Semua anak-anak mengetawakan mamanye..

Anak-anak selalu menumpang kasih orang lain..
Mama rasa dah malas dan kering idea lah nak menulis so apa kata layan gambar je lah...Berikut percutian yang memberi seribu kenangan manis untuk kami semua..Tahun depan kita bercuti bersama lagi ye kekawan...atau sapa yang nak joint lagi...Tahun depan

Anak kami seronok berkawan

Geng rombongan kami..Mak-mak yang amat sporting
Gambar kenangan kami
Terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan yang banyak mengisi keseronokan percutian ini.

Wednesday, February 5, 2014

Hadiah Buat Mama

Assalam kekawan ..
entry sebelum ni pernah mama cite sal harijadi kami serentak kan  Boleh rujuk enty  Scorpion ..hahaha...So hari ni rasanya nak cite kosong plak sal hadiahnya pulak..Tahun ni tak de la meriah dan besar sangat pon hadiah just sepasang baju kurung je..En. suami buat surprise bila malam je tergantung kat almari..dan dia pulak buat-buat tak tahu je...Kelakar pulak riaksinya time tu...perasaan time tu tak tahu nak cite lah. Dapat kek pon just sekeping je...Jadi lah sekeping sorang...boleh je beli bila rasa nak makan...


Ni lah bajunya...kata kawan en. somi nak pilih baju selai ni pon makan masa 3 jam...nak termuntah si 


kawannya itu...kihkih.. Ni  pulak kek yang kawan opis mama kasik...terharu sangat...terima kasih banyak-banyak kerana ingatan iklas nya...Terharu sangat

Tapi hari ni mama nak citte sal hadiah yang paling terkejut dan sedikit terharu lah...hadiahnya ialah .......Abang ajiq telah dapat anugerah ini...

Walaupun mama tak dapat hadiah yang mahal-mahal tapi sejuk hati mama kali ni sebab abang dapat anugerah ini..Terharu sangat...Harapan mama agar abang akan lebih berusaha dan istiqomah lagi bagi tahun-tahun akan datang.  Dan juga abang akan jadi anak yang soleh untuk mama dan abah serta seluruh isi alam ini.. Sempena hari jadi abang jugak mama dan abah hadiahkan basikal ini untuk abang.  Tak ketinggalan adik pon dapat jua hadiah yang sama...


Pada tarikh tersebut mama dan abah telah hadir bagi memeriahkan majlis penganugerahan itu..Berikut sekitar majlis penganugerahhan.  Layan lah gambar ini ye... Secara kesimpulannya mama amat bersyukur kerana dikurniakan reseki sebegini tuk mama..Dan segala yang berlaku ini atas kekuasaan mu ya Allah...Berkatilah ia untuk selamanya..
Amin


Monday, November 11, 2013

Scorpion

Assalam semua kekawan...
Sekejap je dalam tahun ni dah sampai bulan sebelas dah...
Hari ni mama terlebih rajin plak nak tulis entry sal hari jadi untuk kami anak branak..
Sebenarnya ramai yang sambut hari jadi bulan November ni @ SCORPION..

Kebetulan plak dalam bulan november ni kami berkongsi bulan kelahiran bersama dengan bapak mertua mama yang jatuh pada 9 november, manakala 11 november plak jatuh kepada anak saudara mama iaitu iman yang ke 2 tahun..Tarikh kelahirannya ialah 11/11/2011..Cantikkan tarikh itu..hurm...Ingat lagi semasa ibunya mahu lahirkannya memang ditempah-tempah tarikhnya..Macam ibunya senang memang dia bekerja disitu...

Kemudian 13 november plak dikongsi oleh mama dan abang ajiq....Dulu mama terasa teruja sangat dapat berkongsi tarikh yang sama tetapi sejak akhir-akhir ini mama rasakan dah tak best dah...sebabnya orang sekeliling mama tak hiraukan mama semua tumpukan pada teruna ni..Hadiah pon  selalu diingatkan tuk dia je...yang paling tak best mama pon terpaksa habiskan duit sediakan hadiah tuknya...Hurm...sungguh tak best...tapi tak pe lah mama dah tua dah tak kesah da sal hadiah ni asal suami mama ingat dah..peluk cium pon tak pe..


Tahun ni abang ajiq mintak nak kan basikal...semalam baru mama pergi servey yang mana rasanya yang sesuai dengan nya dan mengikut budget..dulu-dulu mama rasa basikal sebegini hanya dalam 100-200 je pon...sekarangni harga dah berganda-ganda dah...fening plak mama nak belikan hadiah tahun ni...manakan tidak jika belikan tuk abang sudah pastilah adiknya sekali...rasa-rasanya dalam setahun 2 kali hadiah birthday kena sediakan..itu pon baru 2 orang anak kalau 3 ke 4 ke cnne ni...kopak...kopak..  Belum lagi masukkan jajan dan kek ni...apa-apa pon tengok je lah besok cnne..


Ah....terlupa lak adik mama pon bulan november jugak iaitu 26/11...hurm...boley lah rai kan skalilah kan..apa-apa pon tunggu....Wassalam

Anak Saudara Baru

Assalam...
Mama dapat lagi anak saudara yang ke....??? ah.....biarkanlah yang ke berapa pon tak hinggat sebab ramai sangat..boley gitu...!ni anak pertama kepada adik lelaki mama....Bestnye dia dah dapat baby boy...sebijik muka dia..Nama baby ni Mohd. Ariq Haiqal...Comel namanya. Lahir pada tanggal 28 Oktober 2013 di Hospital Kuala Krai..Nak jugak 03...Anak kelahiran Kelantan la kan...Haruslah kan. Maknya orang Kelantan, bapaknya orang Terengganu, namun bekerja di Kuala Lumpur...

Minggu lepas mama dah pulang ke kampung untuk menjenguk-jenguk baby baru ni...namun sayang sekalai kami tak dapat melihat dan memegangnya disebabkan kelahiran tidak cukup minggu terpaksalah diletakkan dibawah pengawasan doktor  ICU bagi baby...Kami pulang ke KL dengan hampa, kini katanya ibunya telah sihat dan telah discharge...

Mohd Ariq Haiqal
Sama tak dengan mak bapak nya..
 Harapan mama harap Ariq jadi anak yang soleh...


Sunday, November 10, 2013

Cuti Sekolah Datang Lagi

As salam semua..

musim cuti skolah datang lagi..hurrey untuk abang dan adik.. 
Mana tak nya dua-dua ni nak bercuti kat kampung.  Umah nek ndanya...Awal-awal lagi nekdanya dah tempah suh duduk dan mengaji kat sana selama sebulan..Hurm...nampaknya mama dan abah lah yang melompong kat Nilai nanti... Asyik rindukan bebudak dua ni.  Kalau tahun lepas abang je bercuti di kampung...mama masih ada lagi pengubat rindu adik ...ni semuanya dah tak dek...Apa mama nak buat bila hari minggu????Nak ikut abah kat Skool alah............BOSAN LAH...........
Ah.... selingannya mama nak cite sal ni...

Adik sebenarnya dah tamat dah skolahnya...lau tak nak datang pon tak pe dah...Sekarang ni tunggu abang je lagi seminggu..Jumaat lepas hari konvokesyen adik kat Sekolah Taska Permata KDN.  Selama 2 tahun adik belajar kat sini mama bersyukur sangat kerana adik dah pandai membaca dengan lancar samada Bahasa melayu @ English, tambah tolak adik dah faham...Walaupun adik tak tergolong dalam pelajar Ter cemerlang tapi syukur adik antara top 5 di sekolahnya...Gambar di bawah ni adalah gambar yang sempat mama masukan je...Lau nak ikutkan memang banyak gambar-gambar dan video tapi susahnya nak masukkan tenet ni macam kura-kura je..tapi tak pelahkan ini pon dah cukup buat kenangan.

Adik dan Rakan Sebaya...Adik jangan ada fair ye....blajar dulu
Ni pon sama rakan sekelas adik
Adik lihat sape tu...jangan pandang anak teruna orang ye..AWAS
Sopannya Adik....ye ke...???
Adik bersama abah dan abang...Abang pon turut memberi semangat kat adik...siap ponteng skolah lagi

Mama pon nak jugak masukkan..
Ni lagi mama nnak je lebih dari yang lain...op kos la mamakan...
Harapan mama kedua-dua anak mama ni akan beroleh rahmat, semangat, hidayah yang baru untuk meniti kehidupan akan datang...Semoga kedua-dua akan menjadi anak yang soleh dan solehah..AMIN