Wednesday, February 12, 2014

Dah Besar Dah Anak Mama


Ni kisah  sebulan dua bulan lepas lagi ni...tapi nak jugak cite..Sekarang kesemua anak mama dah bersekolah di sekolah kebangsaan dah...Maknanya semua anak mama dah besar...Adik dah mula sesi persekolahan untuk darjah satu dah....Sekejap je masa berlalu kan anak-anak semua dah besar dah kan.. Adik darjah satu yang abang pulak dah darjah tiga dah..Setakat hari ni adik amat berminat ke sekolah.. Abang seperti biasalah dengan sikap yang serba tau tu berlagak dengan adik..Selalu di bulinya adik.

Mintak tolong memilih jadual sekolah adik pon berlagak dan susah untuk menolong.  Selalu mama yang menyinga dengan sikapnya...Hurm tiap-tiap malam asyik gaduh je..nak buat kerja sekolah pon bergaduh.Tapi disebalik perangai sebegitu abang memang ambil tahu tentang keselamatan adik.  Sentiasa pantau pergerakan adik samada berada disekolah pagi atau sekolah petang. Diharap adik dan abang akan lebih rajin dan tabah dalam mencari ilmu serta mengutip semua pengalaman yang berharga untuk menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat...Ini doa mama...


Gambar kenangan adik dan abang untuk tahun ini.  Adik masih terkejut kot dengan suasana persekolah baru ni...Asyik duk sebut sekolah tadika dan cikgu lamanya saje...nampaknya sekarang dah boleh sesuaikan diri dengan suasana dan kawan-kawan baru..terlebih seronok lah pulak...

No comments: