Tuesday, July 17, 2012

Weekend

As salam semua......
Dalam minggu ni banyak sangat hal yang telah kami lalui namun tak terpanggil nak up date blog mama ni oleh kerana ' spoil mood'.....le rase..entah nape?  Nak cite satu persatu rasanya banyak sangat la....plak kan tapi ok lah mama pendekkan ye.

Weekend lepas bermula dengan penat dan berakhir dengan penat  di Casa Calcado..huhuhu. tapi best la jugakkan dapat bersama geng-geng and family diaorang. Anak-anak pulak berpeluang mandi kolam sampai puas.  Mungkin ini pengalaman baru bagi anak-anak.walaupun en. suami sibuk namun ianya banyak berbakti kepada kami ketika itu...

 Di penghujung ahad syukur jugak dapat bersama dengan mak, nenek dan adik beradik bershoping di IOI Mall Puchong..Puas hati dapat melayan kuarga cam gini sekali sekala bershoping sakan dan makan-makan.  Walaupun perjumpaan agak sekejap dengan mereka tapi cukup berpuas hati.  Selepas itu mereka terus pulang ke kampung halaman...

Kini kepenatan beransur hilang walaupun banyak kerja rumah telah tertangguh.  Ianya  perlu di lakukan dengan segera sebelum menjelang Bulan Ramadhan ini.  Syukur jugak kehadrat Illahi kerana telah memberikan kekuatan dan kesabaran dalam menggantikan puasa yang lepas...

Kini kita sama-sama menunggu kedatangan bulan mulia...


Bersungguh-sungguh afik n amirah bermain air sampaikan baju yg sepatutnya kt depan dah berubah ke belakang...hihihi


Saturday, July 7, 2012

Catatan baru Azam baru

As salam semua......
dah lama rasanya mama ni tak up date blog mama ni sal kehidupan anak branak...hurm dalam 2 3 minggu ni asyik mengejar waktu je...lelah asenya.....

Kehidupan tidak banyak berubah namun kesempatan yang perlu mama cari....sayu je rasa bila fikirkan kehidupan yang sentiasa bizi ni akan tetapi tanggubgjawab kepada illahi tidak dilupai....hurm....lg seminggu lebih kot dah nak masuk bulan Ramadhan kan...dah bersediake semua dengan menggantikan puasa yang lepas....baju raya ofcoz la dah bersediakan....huhuhu.

Niat mama dalam buku catatan baru ni mama nak buatkan yang terbaik untuk anak, suami, ibu bapa mertua ipar duai dan semua lah yang terlibat dan satu lagi tentang rumah kami ni?hurm.....x sabar asenya.

Friday, June 29, 2012

Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W


"MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W"

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti
... rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

Sunday, June 24, 2012

Di saat ini

As salam semua
entah apa2 tajuk kan...dah tak tahu nak letak tajuk ape....main blasah je le yg terlintas...
Sebenarnya kan terasa dah lama sangat tak up date blog mama ni sal "my life" n "my family" huhuhu .almaklumlah bz memanjang kt opis of coz lh bz sbbnya keje PSU pon mama jugak yg kene buat.PSU mama dah xde kursus DPA la plak so sparuh kejenya spt buat2 surat mama lh yg kene buat.

Cite bz kt umah plak menguruskan umah tangga ni bukan senang la tambah2 mama sorang yg perlu ambik tau sal anak2, mkn minum, pakai dan sewaktu dengannya. Dalam masa sebulan ni p final exam en. suami jd of coz la en.suami mama bz gile dgn studynya...huhuhu mama tengok pon dah pening apatah lg tuannya yg menanggungnya kan....

Thursday, June 21, 2012

Jom Solat......

As salam....
Kawan-kawan ...
Percambahan ilmu hari ini saya pinjam dari Email Biro Agama Kementerian mama...
Di harap boleh lah kiranya kita berkongsi maklumat ini...
Terima kasih yang teramat kepada En. Wan (KR) iaitu PSU (A) yang telah menyampaikan maklumat berguna ini.

Jom........kita baca dulu kasi faham,


Riwayat:  (Muslim)

Hadith:
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya:
”Segerakanlah solat subuh sebelum matahari terbit. Sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar daripada sarangnya. Ketika itu pula orang-orang kafir tengah bersujud kepada matahari.”
Huraian Hadith:
  1. Solat fardhu wajib dilaksanakan dalam waktunya. Ia tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa jua keadaan sekali pun, kerana meninggalkan solat termasuk dalam dosa-dosa besar sehinggakan dalam keadaan sakit yang tenat (teruk) sekali pun di mana jika hanya mata sahaja yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan juga iaitu dengan menggunakan isyarat mata.
  2. Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengerjakan solat pada awal waktu kerana di akhirat kelak, perkara yang pertama sekali disoal oleh Allah S.W.T adalah mengenai solat. Jika sempurna solat seseorang itu maka sempurnalah amalan-amalannya yang lain.
  3. Seorang muslim yang taat tidak akan melewat-lewatkan solatnya. Contohnya bersolat Zohor apabila sudah hampir sampai waktu Asar, solat Maghrib menghampiri waktu Isyak, solat Subuh ketika matahari sudah terbit,  tetapi berusaha memperbaiki solatnya agar menjadi lebih sempurna bukan sahaja dikerjakan dalam waktunya tetapi dikerjakan secara berjemaah sama ada di masjid atau surau dengan menjaga kekusyhukannya, bacaannya serta rukunnya dan mengambil wudhu' secara sempurna.
  4. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang maksudnya: "Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak." (Muttafaqun Alaih)


Wallahu a’lam.
----------------------------------------------
Biro Agama
Kelab Kebajikan dan Sukan, KKLW
Tel     : 03-8891 5662

*Sumber rujukan: JAKIM

Sunday, June 17, 2012

Doa kasih sayang...


  • Pinjam ye Doa ni untuk mama dan sahabat.....
    Di harap kita sama-sama dapat mengamalkan doa ni agar rumah tangga yang kita bina kekal dan aman sentosa.......Amin..

Saturday, June 16, 2012

Al kisah hidupku...

As salam semua...
Al kisahnya hari ni ahad bukak2 je fb ramai yg mengucapkan hari bapa pada hari ni...aik mama pon hairan nape hari ni ke hari bape?

Pada minggu cuti sekolah hari tu en. suami bagitau yg hari tu adalah hari bapa. Mama pon terus je ke KB Mall Dengan adik mama carikan hadiah tuk en. suami.  Dengan ghairah mama amat yakin dengan en. suami siap ucap , peluk cium n kasi hadiah dah pon..,..ayoooo mama tertipu la plak...

So camne la pulak dengan hari ni kene beli hadiah lg ke....hukhukhuk...